Kruck kruck kruck...
Sebuah kereta kuda pedagang melalui satu laluan sunyi dengan beberapa pengembara upahan. Mereka ditugaskan untuk melindungi pedagang dari perompak. Beberapa orang yang tidak dikenali yang memakai jubah berhud hitam menghalang laluan membuatkan pedagang mula panik.
"Siapa kalian?" Soal penunggang kuda yang paling hadapan sambil memegang pedang di sisinya sebagai langkah waspada.
Beberapa jam sebelumnya,
Predat meletakkan beberapa buah buku yang tebal ke atas meja. Kini aku terus berada dalam bentuk manusia memandangkan dalam bentuk ini aku rasa lebih selesa dan mudah untuk menulis.
"Ini sahaja buku yang kami jumpa dalam tulisan humana," ujar Predat. Ini agak baik walaupun ia hanya 5 buah buku tapi ia lebih baik daripada tidak ada langsung. Kandungannya hanya buku mitos makhluk lagenda, cerita untuk kanak-kanak, langkah permulaan untuk pengembara, asas magik dan erm... Aku patut buang yang ni. Melihat dari kulit buku ni dan beberapa halaman yang dah rosak sememangnya ini buku yang dibuang dan tak berguna bagi humana.
"Tak apa ini dah mencukupi. Erm.. Buang buku ni," ujarku lalu mengarahkan Predat membuang buku yang sememangnya tak patut untuk jiwa suci aku ni. Fuhh... Mereka tentu kutip semua ni dari jalan.
"Menurut arahan tuan muda," ujarnya lalu terus membawa buku itu keluar. Aku harap dia tak buka buku tu dan melihat kandungannya. Buku tu memang tak patut diterbitkan. Mengapa aku arahkan mereka mengumpul buku tulisan humana yang boleh dijumpai sebabnya... Humana takkan faham apa yang lizardman kata jadi aku perlu menulis dengan perkataan yang boleh difahami mereka.
Aku membelek buku itu untuk melihat bentuk huruf yang digunakan dalam dunia ni dan aku memahaminya menggunakan [Translate] dengan menggunakan translate aku menukarkan perkataan asal menjadi tulisan humana di dunia ini. Hehe... Ia lebih mudah dari yang dijangka.
Aku terus bertemu Ixcel dan Ailana yang boleh menggunakan [disguise] walaupun hanya menyorokkan ciri-ciri diri mereka sebagai lizardwoman dan bertukar kepada humana. Aku memberinya kertas yang ditulis dalam bentuk tulisan humana. Malah aku memberikannya satu beg kecil yang penuh dengan sisik segar.
"T-tuan muda... Ini..," Redeth mula cemas apabila melihat sisik segarku yang penuh di dalam beg kecil itu. Sisik segar lebih berharga dari sisik gugur. Perbezaannya, sisik gugur adalah sisik mati seperti kulit mati yang tiada apa-apa melainkan ia keras dan sesuai untuk dijadikan baju perisai manakala sisik segar adalah sisik yang dicabut terus dari tubuh naga dan masih menyimpan mana kalis elemental yang membuatkan ia lebih berharga. Sememangnya mustahil untuk pedagang tolak sesuatu yang lebih berharga dari wang mereka.
"Ah... Jangan risau, saya cabut satu dan gunakan [duplicate] untuk gandakan mereka," ujarku. Sememangnya mereka risau kerana rasa sakit sisik ini dicabut sama seperti BILA KAU TENGAH BERLARI KEMUDIAN TIBA-TIBA JARI KELINGKING KAKI KAU TERLANGGAR BUCU MEJA. Yep, begitu rasa dia.
"Yang lain yang boleh menyamar sebagai manusia boleh ikut Ixcel dan Ailana tapi pastikan kalian tidak tunjukkan muka kalian memandangkan kalian masih tak dapat bentuk sempurna humana seperti Ixcel dan Ailana. Sebagai langkah berjaga, saya letakkan magik benteng [appraisal] supaya kalian tidak dapat diperiksa oleh pedagang tu yang mungkin mempunyai [appraisal]," ucapku lalu melibaskan tanganku dan cahaya magik terkena ada mereka.
"Terima arahan! tuan muda," ujar mereka semua dan tujuh dari mereka mengekori misi Ixcel dan Ailana. Aku tersenyum puas dan yakin rancangan ini pasti akan berjaya.
.
.
."Siapa kalian?" Soal penunggang kuda yang paling hadapan sambil memegang pedang di sisinya sebagai langkah waspada. Ailana dan Ixcel membuka hud mereka dan menunjukkan diri mereka yang dalam bentuk humana membuatkan mereka terdiam.
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasiaRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...