Bab 11

1K 134 21
                                    

Pagi itu, aku terdengar bunyi rekahan membuatkan aku terjaga. Aku menggosok mataku dan menguap luas.

"Keuk... Keuk..." Bunyi pelik kedengaran membuatku membeku. Anak biawak yang baru menetas itu memandangku. Kami bertentang mata seketika sehinggalah, "mama!!"

"Arghhhh!!! Aku bukan mama kau lah! Aku lelaki! Maksud aku... Aku jantan! Jantan!" Jeritku terkejut dan cemas apabila dia melebarkan tangannya seakan ingin memelukku.

"Ahh maaf tuan muda, mereka sudah menetas? Ia terlalu awal dari dijangka," kata Luna sambil meluru masuk mendengar jeritanku. Dia terus mengambil anaknya yang baru menetas.

"Tak apa, saya cuma terkejut," balasku sambil berpeluh dingin. "Mama!"

"Maafkan saya tuan muda, sepatutnya saya perlu datang lebih awal," balasnya sambil melutut hormat. Nasib baik lizardboy itu mengenali ibunya yang kini mendukungnya mungkin kerana bau yang sama dengannya.

"Tak apa tak apa... Lagipun memang terlalu awal," balasku sambil memandang pintu khemah yang masih ada cahaya obor. Jika hari sudah pagi sepatutnya obor itu sudah dipadamkan. Mungkin kini dalam sekitar pukul 3 pagi.

Telur yang lain turut menetas, membuatkan Luna memanggil Lizardmen dan Lizardwomen yang lain. Mereka semua datang memenuhi pintu khemah itu, Basak juga datang untuk memeriksa lizard yang baru dilahirkan.

"Ah... Sememangnya lagenda itu betul, anak-anak muda kali ini lebih kuat dari sebelumnya," kata Basak sambil mendukung anak Luna tadi membuatkan aku tertanya-tanya.

"Badan yang tegap dan kuat, sisik yang lebih keras dan tenaga yang masih banyak biarpun baru sahaja menetas. Ini sememangnya menakjubkan," kata Basak sambil mendukung dengan teruja.

"Ya, semasa saya mengangkatnya tadi dia sememangnya lebih berat dari anak-anak kita yang sebelum ini," balas Luna sambil membelai kepala anaknya. Tiba-tiba telur yang kedua pecah dan seekor lagi lizard jantan keluar.

"Ohh anakku," Lizardwoman yang lain mendukungnya dan kelihatan terkejut.

"Dia lebih sihat dari anak saya yang sebelum ni, lihatlah mata dia yang bersinar dan sisik yang berkilat," kata lizardwoman itu dengan teruja dan menggesel pipinya ke muka lizardboy itu.

"Saya tak ada kene mengena..." Kataku cuba mengelak dari pernyataan mereka.

"Tuan muda, ini sememangnya disebabkan tuan muda. Kami sangat berterima kasih, disebabkan tuan muda anak-anak kami lebih sihat dari sebelum ni," balas lizardman yang merupakan ayah kepada lizard kedua tadi.

"Tapi bukan ke semua ni disebabkan usaha awak semua menjaga telur ni dengan baik selama ni? Kalau saya tak ada pun mereka tetap lahir dengan kekuatan begini," balasku memberi pendapat sendiri. Aku sendiri lihat betapa susah payah mereka menjaga telur ini sebelum diserahkan kepada aku.

"Tidak tuan muda, sebelum ini 3 daripada 4 telur yang ada tidak selamat menetas. Tenaga mereka tidak cukup untuk memecahkan telur mereka dan mereka akhirnya mati. Kadang-kadang kami sendiri menolong mereka untuk keluar tapi... Umur mereka terlalu pendek. Kali ini, sudah terbukti dengan adanya tuan muda anak-anak kami diberkati dengan kekuatan yang luar biasa. Kami akan mendidik mereka menjadi pahlawan yang hebat untuk melindungi tuan muda dari 'dragon slayer' selepas ini. Terima kasih tuan muda," balasnya sambil melutut. Matanya mengalirkan air mata jujur dengan apa yang mereka katakan membuatkan aku terbeku dan terdiam.

Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk membalas satu lagi telur cuba untuk menetas membuatkan aku tak jadi untuk meneruskan. Perhatian mereka mula tertarik kepada telur itu.

"Keuk... Keuk..." Suara halus kedengaran namun penuh semangat sehinggalah seekor lizard betina keluar dengan sisik putih sepenuhnya yang sangat cantik sehingga membuat semua tergamam.

"Ha... Dia sangat cantik," balas Juna, ibu kepada lizard itu dan terus mendukungnya bersama tangisan.

"Dia ada magik penyembuhan," kata Basak sambil memegang kepala lizard yang baru dilahirkan itu.

"Magik?! Sudah 10 tahun kita tak ada generasi yang lahir dengan magik!," kata Juna dengan tangisan teruja.

"Akhirnya ada juga lizard muda yang boleh saya ajarkan magik dan dapat menggantikan saya selepas ini," balas Basak juga turut ingin menangis.

"Tapi... Bukan ke Basak sememangnya mengajar kanak-kanak yang lain magik?" Soalku keliru.

"Ya, tapi anak-anak muda tidak mampu menggunakan magik yang tinggi dan ia mudah dipatahkan. Dengan lahirnya anak muda ini, dia sudah mempunyai asas [mana] yang boleh menggunakan magik yang lebih tinggi," terang Angura membuatkan aku lebih faham. Ya, dengan keadaan yang seperti itu puak ini bila-bila masa akan pupus. Ia lebih teruk jika pengembara jumpa sarang mereka dan musnahkan mereka semasa keadaan mereka yang sedang lemah ini. Tiada peluang untuk mereka melawan balik.

"Saya faham, saya akan ajar mereka magik juga," kataku bersemangat membuatkan yang lain terkejut.

"T-tapi tuan muda, tuan muda masih bayi," kata Angura terkejut. Alamak aku lupa di dunia ini aku masih bayi tapi...

"Hei... Jangan pandang ringan pada saya, ayahanda saya sudah mengajar magik yang kuat dan saya paling berbakat dalam keluarga saya," kataku sambil mendongakkan kepala. Aura sage secara tiba-tiba keluar tanpa aku jangka dan memandang mereka dari atas membuatkan yang lain memandang atas dan tersentak lalu terus melutut dengan serentak.

"KAMI MEMERLUKAN BANTUAN TUAN MUDA, TERIMA KASIH TUAN MUDA!" Kata mereka serentak diketuai Frangis membuatkan aku pula yang terkejut. Aku tak tahu bagaimana aura itu boleh keluar secara tiba-tiba sedangkan aku cuma ingin nampakkan diri aku boleh diharapkan. Malah, dalam tubuh bayi ini sebenarnya seorang remaja 17 tahun yang bijak.

Tiba-tiba satu lagi telur menetas dan lizard betina yang berwarna hitam pula keluar. Ia sememangnya sesuai untuk disatukan sebagai teman kepada lizard betina yang putih tadi. Mereka sememangnya cantik dan comel malah warna dia sama macam aku. Hehe aku ada geng.

"Ini juga ada magik, sememangnya menakjubkan. Semua telur selamat menetas," kata Predat teruja dengan mata bersinar. Ekor mereka semua bergoyang tanda gembira dengan senyuman lebar.

"Tuan muda... Sila berikan nama kepada anak-anak kami," pinta Frangis sambil melutut. Mereka semua tersenyum lebar dan kelihatan berharap. Alamak, aku tak pandai letak nama patut ke aku letak je nama yang sama macam kucing-kucing aku dulu?

Ah... Tak boleh, ini nama mereka seumur hidup mereka. Aku mula memegang dagu gaya berfikir cuba mengorek idea. Kalau ikutkan aku nak sahaja beri nama 'keuk 1, keuk 2, keuk 3, keuk 4' memandangkan itu bunyi pertama mereka sewaktu keluar.

"Untuk bayi pertama, Aegeus yang bermaksud paling berani dan kuat. Dia akan melindungi semua dengan berani apabila membesar nanti," kataku dengan senyuman manis. Ohhh... Aku rasa teruja beri nama sebegini sebab aku rasa seakan beri nama kepada anak aku. Uhuk. Nama itu aku kutip sewaktu aku bermain permainan video di duniaku dahulu.

"Terima kasih tuan muda," balas Luna bersama tangisan.

"Untuk bayi kedua, Redeth yang bermaksud seorang yang bertuah. Harap dia dapat membesar dengan baik dan membawa tuah pada awak semua," kataku sambil memandang dengan telus. Ibunya mengangguk seakan tidak tahu lagi untuk membalas.

"Terima kasih tuan muda," Balas ayahnya mewakili.

"Untuk yang ketiga, Ixcel yang bermaksud dewi kesembuhan dan juga boleh bermaksud dewi pelangi," balasku dengan senyuman lebar. Aku rasa nama itu paling sesuai untuknya yang mempunyai magik kesembuhan.

"Terima kasih tuan muda," balas Juna dan suaminya serentak.

"Yang terakhir," aku memandang lizard yang menguap sambil memandangku membuatkan aku bertukar merah kerana kecomelannya.

"Ailana, yang membawa maksud pembawa harapan," sambungku dengan senyuman nipis. Mereka semua tersenyum nipis dan bangga dengan pemilihan namaku.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now