[21 followers have died due to enemy attack]
Satu notifikasi membuatkan aku tergamam dan membuatkan aku tersentak. Aku terus meluncur angin dengan lebih laju ke arah Lizardre. Sebaik sahaja aku sampai ke Lizardre, satu pemandangan yang merisaukan aku telah pun terjadi. Mereka semua menjadi kelam kabut kerana pergerakan musuh tidak dijangka. Aku sememangnya tak patut tinggalkan tempat ni.
"Aegeus!!" panggilku sambil mendarat ke arah Aegeus yang kelihatan hampir memukul salah seorang hero. Aku terus menghentikannya dengan memegang tangannya.
"Apa jadi?" soalku dalam cemas.
"Tuan muda... tuan muda tak patut tinggalkan kami. Hero yang tuan muda lindungi... adalah pengkhianat!!" jerit Aegeus membuatkan aku tersentak. Gohan hanya senyap seakan sedia menerima pukulan dari Aegeus.
"Berhenti! Kami tau kami salah," ujar salah seorang perempuan dan menghalang Aegeus dari terus memukul Gohan.
"Kami... nak pulang," ujar salah seorang dari mereka dan mula menangis.
"Apa yang jadi sebenarnya?" soalku masih keliru dengan apa yang baru berlaku.
"Tuan muda sedar siapa yang tiada di sini?" soal Aegeus kepadaku. Aku melihat sekeliling dan perasan bahawa bilangan Heroes kurang dari yang asal. Budak yang agresif sebelum ini hilang bersama beberapa yang lain.
"Maafkan saya Rain... saya gagal mengawal mereka. Mereka lebih sukakan dunia ni berbanding dunia kami," ujar Gohan dengan wajahnya yang kelihatan depresi.
"Ini bukan salah Gohan! Mereka tikam belakang Gohan. Kami fikir kita semua setuju untuk pulang ke bumi tapi... saya tak sangka yang mereka sanggup membelot demi kuasa. Mereka mahu menetap di sini selepas dah terlepas dari sumpahan tu! Tak guna!!! Kenapa mereka buat begini pada kami?," ujar Maya dengan penuh sedih dan kecewa. Yang lain hanya diam sambil memegang lengan.
"Kau kata kau boleh kawal dan uruskan mereka dan aku percaya," ujarku terus memandang Gohan yang hanya duduk memandang tanah.
"Ini bukan salah Gohan! Awak ke mana hah?! kalau bukan sebab awak tinggalkan kami semua ni takkan berlaku!" jerit Maya lagi masih melindungi Gohan dari terus disasarkan membuatkan aku diam seketika.
"Saya tahu... Hah... saya cuma tak mahu orang-orang dari bumi yang aman berdepan dengan peperangan malah kamu semua masih muda. Kamu tak patut lalui semua ni. Ini... ia adalah sebab untuk raja di dunia ni ingin hapuskan 'demon lord'. Ia adalah gerbang ke bumi tapi ritualnya agak sukar. Saya akan hentikan mereka... ambil ni dan ikut langkahnya," ujarku lalu menghulurkan bunga hell spider lily dan rama-rama yang kembali bertukar kepada sisikku yang terdapat informasi tentang hell spider lily.
"Ini..." Maya cuba mengatakan sesuatu namun aku hanya membalas dengan senyuman pahit.
"Kamu ada keluarga yang masih menunggu kamu semua. Pergi balik! Dengar apa yang abang besar ni cakap!" Ujarku dengan senyuman pahit.
Aku cuma manusia biasa yang bukan genius, yang bukan pintar sedangkan peperiksaan dulu pun aku selalu mendapat tempat kelima terakhir dalam tingkatan. Hanya badan fizikal aku sahaja yang buatkan aku terus hidup dengan wang tapi sekarang aku bertarung dengan manusia yang mempunyai pengalaman dalam peperangan sebenar. Aku terlalu bongkak sampai buta dengan semua tu dan akhirnya yang jadi mangsa adalah mereka semua.
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasyRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...