Bab 25

939 125 57
                                    

Aku berdiri tanpa sebarang perasaan takut di atas batu sambil memandang beratus-ratus manusia sedia untuk menyerangku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berdiri tanpa sebarang perasaan takut di atas batu sambil memandang beratus-ratus manusia sedia untuk menyerangku. Nampaknya hero agak kuat dengan skil mereka yang sememangnya boleh melengkapi satu sama lain dan mereka agak berlagak. Tentu masing-masing dah lama berangan untuk ada kebolehan ni.

"Humana dari dunia lain. Ehem! Apa yang patut saya katakan? Hmmm... Berundur atau ma... Tak tak tu nampak macam jahat. Oh! Kami tak mahu berlawan dengan anda semua. Demon lord dan kamu itu masalah kamu bukan kami. Sila turunkan senjata masing-masing," ucapku selamba membuatkan mereka memandang sesama sendiri dengan wajah keliru.

"Oh ye... Saya bukan anak atau ada kena mengena dengan demon lord jadi tarik balik tuduhan tu dan saya cuma naga yang mahu hidup secara aman dengan keluarga saya dan sekarang kamu semua cuba menghapuskan keamanan yang ada sekarang ni," ujarku lagi selamba sambil memandang mereka satu persatu. Tiba-tiba salah seorang hero lelaki menampilkan diri ke hadapan memandangku.

"Hei kamu... Kami dengar ada naga yang gemar menyerang kampung berdekatan dan ia dikatakan tinggal di puncak gunung ni. Kami ke sini untuk menuntut keadilan," ujar salah seorang dari mereka yang merupakan seorang hero. Melihat mukanya dia kelihatan seolah orang jepun. Aku yakin semua hero secara automatik diberi skil [translate].

"Nama?" Soalku pendek sambil terus menyilangkan tangan. Dia senyap seketika lalu membalas.

"Nama saya Gohan Fuji. Hero kerajaan Wisinger," balasnya tenang membuatkan aku yakin dia sememangnya datang dari Jepun. Aku tersenyum nipis.

"Kau sedar ke yang kau di bawah pengaruh raja yang tamak dan pentingkan diri?" Soalku dalam bahasa jepun membuatkan mereka semua terkejut.

"Apa yang berlaku?"

"Itu bahasa jepun kan?"

"Bagaimana dia tahu bahasa tu?" Soal mereka semua terkejut terutamanya hero yang sememangnya berasal dari Jepun.

"Pfff... Hahahha!!! Hei, Gohan! Kau ikut saja apa arahan mereka walaupun kau tak pernah ada dalam dunia ni? Kau yakin apa yang mereka kata betul? Kau pasti hanya kami yang serang? Sekarang ni apa yang kalian buat? Kalian pun serang kami juga. Dengan sikap kalian semua macam ni... Putaran ni takkan berakhir," ujarku cuba menyedarkan mereka.

"K-kamu tu cuma demon! Demon pemusnah!" Ujar seorang askar dengan berani tampil lalu disambut dengan yang lain kecuali hero yang kelihatan terganggu.

"Jadi apa?!! Kami naga kamu humana!! Pemusnah? Siapa yang musnahkan dan hancurkan kawasan ni terlebih dahulu?! Kalau naga yang kalian buru berjaya ditumpaskan apa yang kamu lakukan pada tempat ni nanti? Sememangnya tak salah lagi... Kalian cuma akan tumbangkan semua pokok di kawasan ni untuk membina empayar kamu sendiri," ucapku lagi membuatkan mereka telan air liur pahit.

"Tapi... Misi kami untuk melindungi penduduk," ujar salah seorang dari mereka.

"Saya bersedia untuk membina hubungan yang aman dengan kamu. Sekarang pilihan di tangan kamu sendiri untuk setuju atau tak. Sebelum itu, tanya diri kamu sendiri lagi sekali... Samada kamu buat ini untuk habuan atau melindungi," ujarku lagi sekali penuh tenang membuatkan mereka hilang kata-kata.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now