Bunyi ngauman naga kedengaran dari jauh membuatkan aku risau dan terus memandang lubang di siling gua menunggu ketibaan papa dan mama yang mungkin keluar untuk memburu. Mereka yang lain pula main sesama mereka dan menguji magik yang mereka baru belajar.
"Leavy, Leavy! Tengok ni! Aku boleh gunakan kuasa papa sekali," ujar Tornado lalu menyelimuti tubuhnya dengan kilat mengingatkan aku pada Pekachu. Mungkin disebabkan dia merupakan anak pertama jadi kebolehan papa turun kepadanya dengan elemen yang lain.
"Kita semua ada kebolehan papa kecuali Snowy dan Leavy kan?" ujar Volcano sambil menguap kerana mengantuk.
"Heh! Saya ada kuasa penuh mama tau! Sebab tu mama lebih sayangkan saya," ujar Leavy lalu memunculkan lumut di sekelilingnya serta dengan bunga yang langka. Melihat kuasa Leavy itu menarik perhatian aku.
"Snowy lemah ke? Semua tak sayang Snowy ke?" Soal Snow mula ingin menangis kerana kuasanya hanya boleh membuatkan sekeliling menjadi dingin.
"Jangan risau Snowy, kami semua sayangkan Snowy dan saya yakin bila Snowy besar mesti jadi naga yang kuat lagipun... mama dan papa pun boleh gunakan satu kuasa saja kan tapi mereka jadi naga lagenda paling digeruni," pujuk Blizzard cuba menaikkan semangat adik kesayangannya itu.
"Betul ke?" soal Snowy dan mereka yang lain semua mengangguk membuatkannya tersenyum lebar. Aku terus merapati Leavy dan melihat bunga yang baru sahaja dihasilkan.
"Oi Leavy, boleh ke awak munculkan bunga yang lain selain ni?" soalku ingin tahu.
"Mestilah! cendawan, pokok semua jenis tumbuhan saya boleh wujudkan selagi saya dapat melihatnya," ujarnya dengan bangga memberi petunjuk pada aku. Kalau aku belajar darinya mungkin aku boleh gunakan magik sepertinya. Aku patut gunakan skil seperti ini dan cuba hasilkan Hell Spider Lily sendiri dan aku tak perlu bersusah payah pergi berjumpa dengan Demon Lord semata-mata untuk dapatkan bunga itu.
"Boleh Leavy ajar saya?" pintaku dan Leavy terkejut.
"Kamu boleh guna kuasa mama?" soalnya semula dengan teruja.
"Ya... kuasa papa pun hehe," jawabku sambil tersengih.
"Wahhh!! Ini sememangnya jarang berlaku! Maknanya bukan sahaja Rain boleh gunakan kuasa mama dan papa tapi kuasa air juga kan? Maknanya awak ada tiga kebolehan?" soal Leavy dengan terujanya.
"Y-Ya..." balasku sambil memandang ke tempat lain. Aku tak mahu tambahkan lagi masalah bila aku beritahu tentang diriku yang boleh gunakan hampir semua jenis elemen.
"Wah!!! Hebatnya! Kamu mungkin boleh jadi naga lagenda macam papa!" ujar Leavy teruja.
"Betul ke?! Kalau begitu biar aku ikut kau Rain!" ujar Volcano dengan mata bersinarnya.
"H-Hah? Untuk apa?" soalku semula rasa keliru dengan apa yang Volcano katakan.
"Kau cuba bayangkan... naga se'hot' aku ni keluar dari sini dan tinggal berseekoran tentu banyak makhluk macam apes tu cuba nak dapatkan aku! Sisik aku ni tentu sangat berharga buatkan mereka ingin dapatkan aku jadi aku perlukan pengawal peribadi sekuat kau, lagipun... kita kan adik beradik kan kan kan? Biar aku ikut kau dan jadikan kau naga paling terkenal dalam dunia ni dengan aku sebagai penarik perhatian," ujarnya sambil membayangkan apa yang bakal terjadi yang masih belum terjadi. Beginikah cara dia mengajak Tornado dulu? Dasar narsistik.
"Daripada kau ikut aku, aku rasa lebih baik kau kuatkan kuasa kau supaya kau boleh hidup sendiri nanti lagipun aku lebih suka hidup secara senyap," balasku sambil mengerutkan kening.
"TIDAK!!!!! RAIN! Biarlah abang kau ni ikut kau! Kalau aku gunakan kuasa aku bulu aku yang cantik ni hilang terbakar! Kau tak ingat ke dulu ekor aku pernah terbakar bila aku cuba keluarkan nafas api nak bakar Tornado dulu? Kau tak ingat ke?! Kau tengok bulu kat ekor aku mula kasar lepas tumbuh semula!" Jeritnya sambil mengalirkan air mata separa merayu. Kuasa dia agak kuat tapi disebabkan dia tak mahu bulunya terbakar dia tidak mahu gunakannya. Ceh! menyedihkan.
"Oi Volcano! Aku abang dan paling pertama! Aku paling kuat dalam keluarga ni kenapa kau nak merayu dengan yang paling muda?" Soal Tornado sambil mengunyah daging yang diburu mama sebelum dia keluar untuk memburu lagi.
"HAH?! Siapa nak ikut kau hah?! Aku tak nak ikut kau yang musnahkan semua yang kau nampak! Hutan depan gua kita ni pun terbakar sebab kau gunakan kuasa petir kau tu semata-mata nak kejar tikus! Lepas tu kau pergi pula munculkan puting beliung semata-mata nak cari tikus tu yang bersembunyi dalam semak! Kau beritahu aku macam mana aku boleh percayakan kau hah?!" jerit Volcano menerangkan apa yang baru berlaku semasa kami semua berlatih untuk memburu sendiri.
"Hm? Ia latihan kan? Jadi ia biasa berlaku kalau kadang-kadang gagal," balas Tornado sambil terus mengunyah daging itu.
"BIASA PALATAO KAU!! AKU TAK NAK IKUT NAGA YANG CUMA TARIK MASALAH MACAM KAU! Lagipun heh! Kau paling kuat? Dari Rain ni kecil lagi serangan kau tu tak pernah kena," jerit Volcano sambil terus berbalah dengan Tornado. Sebelum ni pun kau tetap ikut Tornado, hahaha... Aku dan Leavy terus memalaukan mereka sementara Snow dan Blizzard hanya memerhati seakan melihat wayang.
"Jadi Leavy... Sebenarnya saya boleh pulihkan kawasan hutan yang musnah tapi ia cuma mewujudkan anak-anak pokok di atas tumbuhan yang asal. Saya masih tak dapat wujudkan tumbuhan dari asalnya yang tiada apa-apa," terangku ingin tahu lebih lanjut tentangnya. Aku tak pernah fikir kuasa tumbuhan boleh jadi sangat berguna seperti ini. Tiba-tiba Leavy membuat wajah keliru.
"Eh?... K-kakak rasa kita patut belajar dari mama tapi... bila kakak bayangkan tumbuhan yang kakak nak, ia akan muncul," balasnya dengan teruja. Aku melihat tanganku lalu memejamkan mata membayangkan untuk membentukkan bunga Hell Spider Lily menggunakan kuasa tumbuhanku. Apabila aku rasakan ada sesuatu terbentuk di tanganku aku terus membuka mata. Sekuntum Hell Spider Lily terbentuk di tanganku.
"Kenapa aku tak pernah fikir tentang ni sebelum ni? Kalau aku gunakan kuasa ni dari awal, aku tak rasa aku akan mati. Haih..." ucapku sendirian.
"Wahhh... ni bunga apa?" soal Leavy yang kelihatan tertarik dengan bunga yang berada di tanganku.
"Oh ini... bunga yang saya secara tak sengaja jumpa. Oh ya! Terima kasih sebab ajar," balasku. Aku baru sedar bahawa semua skil dan magik yang aku pernah belajar kembali kepada tahap yang asal.
"Okey," ujarnya sambil tersenyum dan tiba-tiba gua itu menjadi gelap membuatkan kami semua terus memandang ke siling. Kelihatan mama dan papa muncul bersama mangsa mereka tetapi papa kelihatan mengalami kecederaan yang agak teruk. Terdapat sebatang anak panah masih tercucuk di matanya. Dia mendarat dengan nafas berat dan terus berehat di sebalik batu gua.
"Papa?" panggil Snowy mula risau dan menghampiri papa.
"Papa okey?" soalnya lagi dan kami semua turut mula menghampiri.
"Beberapa dari mereka berjaya melarikan diri, buat masa ni jangan keluar sehingga papa dapat pastikan keadaan selamat," ujarnya lalu menutup mata untuk berehat. Kami hanya melakar raut risau namun pada masa yang sama kami tidak mahu mengganggu papa berehat.
Terdapat darah segar yang mengalir di bawah perutnya dan matanya meyakinkan aku mereka juga tentu pengguna [item] sehingga dapat mencederakan seekor naga sebegini teruk. Kami terus mendiamkan diri melihat papa yang bernafas berat seakan menahan kesakitan. Jika manusia, mereka akan segera dibantu untuk rawatan tapi bagi haiwan apa yang mereka boleh lakukan hanya bertahan dan berserah kepada nasib.
"Papa kata apes tidak begitu kuat tapi sekarang ni..." Volcano mula resah.
"Tsk! Kalau aku dapat berlawan dengan mereka aku takkan lepaskan mereka," ucap Tornado penuh geram.
"Shhh... jangan bising biar papa berehat," ujar Leavy dengan suara perlahan. Aku memandang papa lama dan mendekatinya.
"Ya Rain? Apa kamu mahu?" soal papa masih memejam matanya kepenatan.
"Abaikan saya, saya cuma nak teman papa," ujarku lalu baring di sebelahnya dan dia terus mendiamkan diri seakan menyambung tidur. Aku tak tahu kalau ini adalah masa yang sesuai untuk gunakan kuasa [Holy] aku tapi kalau aku cabut keluar panah tu tentu ia akan buatkan papa mengamuk dan mungkin di luar kawalan lagipun aku dapat rasakan anak panah tu bukan anak panah yang biasa.
Bersambung...
🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲
Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasyRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...