Bab 51

546 93 21
                                    

"BETULKAN POSISI! BEGINI KAMU CUBA KALAHKAN APES?! DALAM 15 SAAT KAMU MATI! JANGAN CUBA GUNAKAN MAGIK KAMU KALAU SKIL ASAS KAMU SEPERTI SAMPAH!" Jerit Rufus lalu menyepak belakangku membuatkan aku tersadung ke hadapan.

"Arghhh!!! Rufus! Bukan ke kau ni roh? Macam mana kau boleh pukul aku?" Soalku sambil menggosok daguku yang pedih kerana terheret di tanah.

"BETA BUKAN SEBARANG ROH! SEKARANG KAMU MAHU MENJADI LEBIH KUAT ATAU LEBIH LEMAH?! BANGUN DAN BETULKAN POSISI KAMU!" jeritnya lagi sambil menyilangkan tangan penuh bengis. Dia ibarat komander askar yang tegas melatih pengikutnya.

"Ya... Ya... Apa gunanya magis kalau aku kena belajar berlawan pedang?" Ujarku sendirian dan tiba-tiba kepala dipukul sehingga membuatkan aku tergigit lidah.

"JANGAN MENGELUH BUDAK DUNGU! KAMU MAHU KESILAPAN KAMU YANG DULU BERULANG?!" jeritnya membuatkan aku terus berusaha lebih keras mengikut arahannya.

Selesai sahaja berlatih, aku kepenatan dan terus tertidur. Buka sahaja mata, aku dipaksa untuk berlatih lagi sehingga aku kepenatan dan kadang-kadang aku pengsan akibat terlalu letih. Ini... Sememangnya neraka.

Naga yang lain hanya memandangku dari jauh. Melihatku yang boleh bertukar menjadi manusia menarik lagi perhatian mereka. Aku menggunakan kuasa tumbuhanku untuk mewujudkan pakaian daun yang menutup tubuh. Ia tidak selesa berbanding dengan kain tapi sekurangnya ia tidak memalukan aku.

"Oi Rufus, kalau kau boleh sentuh aku maknanya kau boleh bunuh aku?" Soalku ingin tahu.

"Kamu semakin berani untuk bercakap begitu pada beta. Hmm! Menjawab soalan kamu budak dungu... Beta kini merupakan roh naga bertahap tinggi jadi ya, beta boleh membunuh kamu tapi beta tak kan lakukannya," jawab Rufus masih dengan lengannya yang disilangkan.

"Ha? Kenapa? Kau akan terus bebas kan?" Soalku lagi ingin tahu.

"Biarpun begitu... Beta akan lenyap jika tidak dapat menumpang dalam tubuh seseorang dan seseorang yang mampu menahan kuasa daripada roh beta hanya kamu. Makhluk lain akan mati sebaik sahaja beta masuk ke dalam tubuh mereka disebabkan mana beta yang tinggi membuatkan mereka meletup. Jadi mengapa beta perlu pilih menjadi roh yang merayap dan hilang begitu saja daripada tinggal di tubuh kamu dan turunkan semua ajaran beta?" Balasnya bersahaja.

"Haha... Baiklah baiklah... Aku percaya..." Kataku bermalasan.

"Dasar budak tak bersyukur," balasnya sambil menghembus nafas tidak puas hati. Latihan terus berjalan dan beberapa bulan selepas itu dan aku terima berita bahawa hero telah diseru. Hero dalam senaraiku pula semakin bertambah daripada hanya 21 kini telah menjadi 36 maknanya ada 15 orang yang telah diseru mungkin ia adalah mereka yang dari kelas Gohan dulu.

Tahapku semakin tinggi dan tubuh manusiaku yang pada dunia asalku dulu kelihatan biasa kini berubah menjadi sasa hasil dari usaha keras latihan fizikal. Tahapku juga meningkat dengan pantas. Disebabkan aku sudah terbiasa dengan etika diraja aku tidak perlukan lagi Rufus mengantikan aku.

Naga sangat berlainan dengan manusia. Mereka hanya akan menghormati mereka yang kuat. Dengar dari cerita tentang mama, untuk menentukan dia sebagai ratu dia perlu berlawan dengan adik-beradiknya yang lain apabila sudah dewasa. Ada antara mereka mati semasa bertarung namun ada antara mereka yang berundur dan menghilangkan diri.

Dunia naga sememangnya ganas. Demi keselamatan aku dalam kerajaan ni, aku turut perlu menjadi lebih kuat. Disebabkan naga adalah salah satu makhluk terkuat dalam dunia ini, aku mendapat banyak (EXP) selepas bertarung dengan mereka sebagai bahan latihan dan untuk membuktikan kekuatanku.

Rufus akan masuk campur jika keadaan menjadi semakin bahaya untuk keselamatan aku dan dari situ aku belajar gerak gerinya dan menghafal corak bertarungnya yang menggunakan tubuhku. Walaupun tahap aku rendah namun Rufus sangat pandai dan licik menggunakan pelbagai skil untuk memperdayakan lawanku yang mempunyai tahap lebih tinggi.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now