Side note: sampan = perahu
🥨
Hwayoung menelan air liurnya. Pemandangan di hadapannya itu sungguh tidak mendatangkan kebahagiaan dalam diri. Dia menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan. Mata digosok berkali-kali, pipi ditampar kuat. Semuanya dilakukan untuk memastikan bahawa dia memang tidak bermimpi.
"Kau nak bantuan untuk menampar pipi kau tak? Tangan aku gatal nak tampar orang ni." Seokjin dijelingnya tajam. "Kau diamlah! Kau tak tahu betapa takutnya aku sekarang!"
Seokjin tergelak kecil. Kepalanya digeleng. Padahal dia yang beria nak pergi sini. Bila dah berhadapan dengan kehidupan sebenar kat sini, kecut pulak.
Perahu di hadapan mata hanya diperhatikan. Seokjin mengambil langkah untuk turun dahulu ke permukaan perahu tersebut. Dia menyeimbangkan dirinya dia atas perahu yang bergoyang itu.
Usai itu, dia mula mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan punggung. Namun niatnta terhenti apabila melihat Hwayoung.
"Kau tak reti nak turun ke?" Mata Hwayoung membulat, sebijik macam anak anjing yang comel dan sesat kehilangan ibu anjing, dan dia mengangguk perlahan. Seokjin mengeluh kecil.
"Meh sini tangan," tangannya dihulurkan. Lambat-lambat Hwayoung mencapai. Seokjin tersengih kecil apabila tangannya menyentuh tapak tangan Hwayoung yang basah dek peluh sejuk dan sedikit bergetar. Takut sangat dia ni.
Seokjin menarik Hwayoung perlahan. Kalau tak ditarik, memang tak bergerak Hwayoung dari tempat dia berdiri.
Sedang dia gigih menarik Hwayoung yang semakin mengeras, tiba-tiba air sungai menjadi sedikit berombak dan menyebabkan perahu menjadi tidak stabil. Hwayoung pun apa lagi, memang menjerit wanita itu dan kakinya hampir tergelincir sebelum sempat mendarat di permukaan perahu.
Namun tangan Seokjin bergerak lebih cepat. Belum sempat Hwayoung terjatuh ke dalam air, Seokjin terlebih dahulu memeluk pinggang Hwayoung untuk mengelakkannya daripada jatuh.
Capaian Seokjin menyebabkan kaki Hwayoung selamat mendarat di atas permukaan bot, namun didakap erat oleh Seokjin.
Awwwwwh sweetkan?
(Eh, aku yang tulis, aku pulak yang excited. Sorry...)
Sejenak Seokjin menundukkan kepala, memerhatikan Hwayoung yang berada dalam dakapannya. Hwayoung masih tak sedar dia berada dalam keadaan yang macam mana akibat dia menutup mata.
Seketika jantung Seokjin berdegup kencang. Macam orang baru lepas buat larian sepuluh kilometer. Hwayoung yang sudah selesai gemuruhnya kemudian sedar dengan bunyi 'drum' yang dia dengari.
Siapa pulak main drum tengahari macam ni? Ada perayaan ke?
Hwayoung menjauhkan badannya dari Seokjin. Dia memasang telinga namun tiada yang berbunyi. Dia kembali memandang ke arah Seokjin yang masih tak lepas pelukkannya dari tadi. Muka Seokjin masih merah. Rosy cheeks gitu.
3 saat berlalu, barulah Hwayoung sedar akan apa yang dia dan Seokjin lakukan. Dengan pantas dia meleraikan pelukan dan menjauhkan diri dari Seokjin. Hwayoung berdehem kecil dan memalingkan muka ke tempat lain. Tempat lain, asalkan tidak memandang Seokjin.
Seokjin pun melakukan perkara sama. Dia mula bergerak mengambil tempat duduk. Pergerakkan dia sekali lagi menyebabkan perahu itu bergoyang.
Bergoyang teruk pulak tu, sampaikan Hwayoung terjatuh.
Atau lebih kepada, hampir pengsan?
Begitu teruk takutnya pada air, sampaikan boleh hampir pengsan apabila perahu bergoyang.
"HWAYOUNG!" Jerit Seokjin. Dengan cepat dia bergerak menuju ke tempat Hwayoung berada. Mujur perahu itu tak terlalu panjang, Seokjin tak perlu berlari.
Seokjin mengangkat kepala Hwayoung. Dia meletakkan kepala Hwayoung di atas lengannya.
"Sir, is she okay?" Tanya pemandu perahu. Dia yang dari tadi memandang drama Seokjin dan Hwayoung kini bersuara. Nampak macam takut benar isteri pelanggannya itu untuk naik sampan. Tak pernah-pernah ada pelanggan yang pengsan bila sampan bergoyang.
"No, we are not okay. Can you please help me to call Ariana? It looks like my wife cannot go to the market with us." Pemandu itu mengangguk dan bergerak ke arah kawasan rumah panjang untuk mencari Ariana.
"KAU JANGAN NAK PENGSAN ATAS PERAHU NI PULAK, HWAYOUNG!" Jerit Seokjin sambil menampar lembut (kuat, sebenarnya) pipi Hwayoung.
Mata Hwayoung terbuka sedikit. Dia tersenyum pelik. Faham tak macam mana senyum pelik? Ibarat senyuman Gong Yoo bila perjalanan hidup dia terimbas di matanya dekat filem Train to Busan musim pertama. Haa, macam tu lah senyuman Hwayoung.
"KAU JANGAN SENYUM MACAM TU LAH GILA! BUKANNYA KAU LEMAS PUN." Seokjin mengambil botol air yang terdekat. Air di dalamnya ditakung dengan menggunakan tapak tangan. Kemudian dia mula merenjis air itu ke arah muka Hwayoung.
Hwayoung akhirnya sedar sepenuhnya. Pemandu perahu tadi dan Ariana sampai di tempat mereka berada.
"HWAYOUNG UNNIE, CAN YOU WALK?" Jerit Ariana namun tiada jawapan dari Hwayoung. Terlalu lemah, mungkin.
"Kau boleh jalan ke sana tak?" Tanya Seokjin lembut. Hwayoung menggelengkan kepala. Seokjin mengangguk kecil. Dia mula bangun dari duduk. Perlahan dia menyeimbangkan badannya da dia melangkah.
Sambil menggendong Hwayoung.
ㅡ TBC.
Ketakutan nak naik sampan is real ya gais? Huhuhu
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...