Hwayoung ' s °
Sinaran mentari pagi memancar ke arah mata aku yang tertutup rapat. Silau amat! Terpaksa aku bingkas bangun dan membuka mata. Mata aku digosok rakus dengan rasa amarah yang masih berbekas di hati.
Mengantuk punya pasal tapi sapa yang berani larikan langsir ni?! Tak tahu ke aku masih mengantuk?!!
Mata aku melilau menilik ke sekeliling. Nafas dihela dan aku bangun dari pembaringan. Selimut dan bantal disusun dalam posisi asal. Debu yang melekat aku tepis.
Aku memusingkan badan aku ke arah sofa dan menemukan bantal dan jaket kapas di atasnya. Terletak elok bagaikan tidak diusik oleh sesiapa. Aku baru sahaja ingin mengambil jaket itu, tindakan aku terhenti apabila aku mendengar pintu bilik mandi bilik aku terbuka.
Tindakan refleks menyebabkan tangan aku melekap di dada. Terasa dinodai anjirrr walaupun aku berpakaian penuh!
" Ke-kenapa kau kat sini?! " Dengan selamba, dia berjalan keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala kecil. Nasib baik dah guna baju. Bertimbang rasa jugak dia ni.
" Mandi. " Ah shi-
Oops jangan carut.
" Kenapa mandi kat sini?! " Ya aku marah , tapi aku masih berhati-hati. Dalam aku marah tu pun aku masih berbisik. Kalau ada sesiapa dengar nanti, aku pulak yang kena tegur. Tegur je okaylah. Kalau kena marah? Kalau kena tanya soal hubungan kami berdua? Penat nak cari alasan nanti.
" Dah tu aku nak mandi kat mana lagi? Bawah tanah? "
" Ishhhhh! Bilik Hansol kan ada! "
" Kau nak aku masuk bilik Hansol walaupun bilik kau ada bilik mandi? Lawak apa kau buat pagi-pagi ni Hwayoung? " Aku mendenyus geram. Jelingan tajam aku ajukan kepada dia.
" Kau tidur sini semalam? " Dia mengangguk. Namun dia membelakangi aku. Seluar dipakai, baju dikemas, kot dikenakan. Rambut yang separa kering, dia keringkan yang selebihnya dengan menggunakan pengering rambut.
" Kenapa? "
" Hwayoung, " Panggilnya sekilas. Aku tidak memberi sebarang respon. Hanya mendengus geram dengan jelingan tajam aku berikan. Dia berpaling memandang aku.
" Kau nak orang dalam rumah ni tahu kita ni saling membenci sesama sendiri? Kau nak mereka tahu kita ni kahwin atas dasar nak jaga hubungan keluarga? " Air liur aku telan. Pahit pulak rasanya. Sepahit pernyataan yang Seokjin ajukan.
" Lagipun, bukannya aku tidur sekatil dengan kau. Aku tak usik pun tilam kau, bantal kau, selimut kau, cadar kau. Bantal yang aku guna tu pun hasil daripada penemuan aku dalam almari kau tu. Nasib baik jumpa. Kalau tak, tak berbantal aku semalam. " Nahhh setepek lagi kau terkena Hwayoung! Itulah. Tidur mati. Kalau orang bawa lari pun tak tentu aku sedar. Kalau dah tidur tu, payah betul nak terjaga.
" Sorry... " Kata aku perlahan. Perlahan sangat, agaknya semut je boleh dengar.
" Apa dia? " Tanya lelaki itu. Tangan diletak di belakang telinga. Gaya dah macam gajah pulak aku tengok.
" SORRY! " Nak sangat kan dengar aku insaf? Siap jerit pulak aku bagi. Tapi sukacita saya maklumkan bahawa seketul Cheon Hwayoung tidak berniat nak jerit. Terjerit je. Mungkin sebab dah biasa buat macam tu kot.
" Tak ikhlas. Sorry anda tak diterima. " UGHHH!
Aku berdiri dan berjalan mendekati Seokjin. Bahunya aku peluk, lengannya aku capai. " Maafkan isterimu, wahai suamiku. Tidak berniat untuk berlaku kasar, jahat dan tidak prihatin sebegitu terhadapmu. " Wajahnya aku pandang. Berkelip-kelip mata aku. Semata-mata nak nampak comel di hadapan dia walau aku tahu peratusan untuk dia cair dengan aegyo yang aku buat adalah 5%. Tak pun 1%.
Dia tersenyum. Lebih tepat lagi, menahan ketawa. " Busuklah awak ni sang isteri. Pergi mandi. " Wah, menyimbah minyak dalam api betul dia ni. Tanpa rasa kesal lagi, aku tolak badan dia sampai dia terdorong ke sebelah kanan. Terlepas ketawanya sambil tangan menahan diri daripada jatuh akibat tolakan aku.
Dengan marah, aku mencapai tuala dan berlalu ke dalam bilik mandi. Pintu bilik mandi aku hempas dengan agak lembut (sebab takut kalau hempas kasar, bergegar satu rumah).
" Hish! Sampai bila-bila pun aku dengan dia takkan ngam! " Monolog aku sendirian.
🤯
Kereta diparkir kemas. Walaupun drama pagi tadi dah berlalu, namun amarah masih berbekas dalam hati aku. Seokjin seperti biasalah, kaki mengusik. Tahu yang aku langsung takda mood nak bercakap dengan dia, dia pulak tanya aku itu ini. Kalau aku gam mulut dia, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.
Aku bergegas keluar dari kereta.
Nota ringkas : Aku keluar sebegitu bukan sebab aku marah. Sebab aku dah lambat!
Pagi ni aku ada mesyuarat tergempar. Tetiba Jihyo telefon dan cakap ada perubahan yang sikit tapi besar dekat event fashion week tu nanti. Aku ni dahlah cemas nak suruh event tu berjalan dengan lancar. Lagi cemas bila dapat tahu ada benda yang nak kena tukar. Dan sekarang aku lambat nak ke meeting tu! Mujur tadi dah sarapan. Takdalah aku pengsan menahan lapar tadi.
Butang lif aku tekan. Seokjin di belakang aku hiraukan. Buka sahaja pintu lif, aku masuk dengan pantas. Hampir tertutup pintu lif namun ada tangan yang menahan.
" Kau ni dah kenapa tergesa-gesa? Ada orang kejar ke? " Pedulikan dia Hwayoung!
Dia turut terkesan dengan aku. Butang tingkat tujuh dia tekan. Butang pintu lif ditutup juga dia tekan. Selepas itu dia tidak bersuara. Langsung. Diam seribu bahasa sahaja.
Tiba di tingkat tujuh, aku keluar dan disambut oleh Seunghyun. Ada seorang gadis mengekori di belakangnya. Tanpa aku sangka, gadis itu memberikan segelas kopi panas kepada aku. Aku tak sempat nak berikan ucapan penghargaan, sekadar memberi anggukan ringkas. Dia pun tak mendongak. Asyik tunduk je sedari tadi.
" Bilik mana Seunghyun? "
" Bilik enam. Jihyo noona dah tunggu kat sana. " Aku angguk sekilas.
Dalam syarikat aku ni, ada banyak bilik mesyuarat untuk setiap pekerja aku berjumpa. Daripada tunggu lama untuk bilik mesyuarat kosong, lebih baik aku bina bilik yang banyak. Kan tak membuang masa?
Pintu bilik enam aku buka. Wajah Jihyo membelek fail menyapa pandangan mata. Setiausaha Aesthete pun ada sekali. Kim Minji dan Cha Miyeon.
Aku mengambil tempat di tempat duduk utama. Jihyo di sebelah kiri aku dan kerusi sebelah kanan dibiarkan kosong. Seunghyun dan gadis tadi membiarkan kerusi itu kosong. " Tunggu siapa? "
Belum sempat mereka menjawab, pintu dibuka dari luar. Terpampang jelas wajah Seokjin, Lisa dan seorang lagi manusia di belakang mereka.
Manusia yang aku pernah nampak sebelum ni.
Manusia yang..... sangat aku kenali.
Kejap.
" Mingyu? "
ㅡ TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...