t u j u h b e l a s

87 11 5
                                    

Hwayoung ' s °

" Bos Hwa kenal? " Tanya Lisa. Aku mengangguk. Mustahil aku tak kenal Yoo Mingyu! Kawan rapat, geng keras Hansol. Merangkap adik angkat aku yang entah keberapa.

" Dia pekerja baru? " Tanya aku. Lisa mengangguk.

" Kerja untuk aku. Kau jangan nak rembat. " Hek eleh berbunyi pulak dia. Aku taknak maki, dia minta kena maki.

" Tak kuasalah aku nak main rembat-rembat macam budak-budak. Aku bukannya kau. "

" Cheon Hwayoung, Kim Seokjin. We are in the middle of a meeting. Kalau nak bertekak, pergi gelanggang boxing. Nak saya daftar nama korang berdua? " Berbunyi dah mama bear. Terserlah aura keibuan yang tegas, garang, dan menyeramkan datang daripada Jihyo.

Senyum sumbing aku lemparkan kepada Jihyo dan semuanya yang berada di dalam tu. Lupa pulak ada banyak manusia yang menyaksikan drama ringkas kami. Ni Seokjin lah punya hal! Tak pasal-pasal aku lupa diri.

" Okay lepasni kita buat sesi pengenalan dengan orang baru. Saya nampak ada dua yang baru masuk ni. Tapi sekarang kita fokus dengan tujuan mesyuarat ini diadakan. " Semua manusia di situ menganggukkan kepala. Semua mulai serius dengan kerja, termasuk bos model.

" Pagi tadi saya menerima panggilan daripada bos Kang. Dia cakap ada perubahan dalam fashion week kita yang akan diadakan tak lama lagi. Boleh saya tahu apa perubahan tersebut? "

.

.

.

Tiada bunyi. Lama juga aku menunggu seseorang untuk bersuara. Jihyo sendiri pun terdiam seribu bahasa. " Jihyo? " Panggil aku lembut.

" Urm... "

" Takpa, you can tell me. Minji, Miyeon, boleh beritahu dengan saya. Kita selesaikan benda ni sama-sama. "

" Yayllow & Co. dah ambil alih event fashion week kita tu. " Membulat mata aku. Badan aku yang tadinya menyandar menjadi tegak serta-merta.

" Kenapa? " Wah bagus Hwayoung. Dah pandai kawal kemarahan dah sekarang ya? Minji masih mengelak daripada memandang aku. Dia membiarkan Miyeon menjawab pertanyaan aku. Sementara itu, yang lain masih mendiamkan diri.

" Sebab Aesthete dah handle fashion week ni tahun lepas. Dorang kata tahun ni nak bagi company baru untuk handle event yang sama. Memandangkan Yayllow & Co. tu baru, dorang nak mereka ambil alih. "

" Habis tu kita? Dibiarkan macam tu je? Segala penat lelah kita for the last three months dibiarkan berlalu macam tu je? " Jihyo mengusap lengan aku untuk meredakan rasa geram di dalam hati aku.

" Dorang suruh kita teruskan fashion week tu. " Kata Jihyo lembut. " Tapi dorang nak kat tempat lain. "

" Tempat lain? Maksud awak? " Tanya Seokjin pulak. Mulut aku bagaikan terkunci mendengar pernyataan Jihyo itu.

" Mereka nak kita buat fashion week dekat tempat yang orang lain tak terfikir pun nak buat. Mereka nak kita buat di tempat yang unik, tempat yang cantik, tempat yang orang lain tak tahu. Segala kos ditanggung sebab itu salah satu projek dorang untuk menjadikan industri kita ni berkembang. " Aku menarik nafas panjang. Kepala aku ditundukkan, mata aku ditutup rapat.

Kegilaan apa yang aku dengar ni? Kalau orang lain tak pernah jumpa, apalagi kami yang tak tahu apa-apa dalam hal ni?

" Habis tu kita kena cari? " Tanya Seunghyun.  Jihyo mengangguk sambil mulutnya dimuncungkan. Aku mengetap bibir. Seokjin mendongakkan kepala. Miyeon dan Minji pula termenung. Entah berfikir atau tidak mereka berdua tu, aku pun tak tahu.

Mingyu pula masih bermain dengan pensel. Gadis tadi memandang ke luar tingkap.

Masing-masing diam! Aku pulak terlebih stress.

" Takda sesiapa ada secebis idea ke? Tak banyak. Secebis je. " Tanya aku. Muka aku diraup kasar. Nasib baik aku tak bersolek lebih pagi tadi. Kalau tak, memang rosak make-up aku. Dahlah muka memang kentang. Kalau rosak make-up, tak ke sepuluh kali kentang tu?

" Qayla masih sponsor kita? " Tanya aku.

" Urm....Itulah masalah yang satu lagi bos. Qayla Lee sponsor Yayllow sekarang. Sebab dorang tak percayakan kita dan taknak pergi jauh. " Ah sudah. SUDAHLAH.

Aku mencapai telefon. Pergi tanya encik google. Pergi tengok cik instagram. Pergi lawat abang twitter.

Scroll scroll scroll scroll ....

" Malaysia? " Bisik ku perlahan. Tapi dengan keadaan dalam bilik yang sangat takda sebarang bunyi tu menyebabkan bisikanku jelas kedengaran.

" Hm? Malaysia? " Tanya Jihyo kembali. Aku berpaling memandang dia. Bagaikan ada satu connection di antara kami, kami berdua tersenyum.

" OUR DREAM PLACE! "

Dan semua yang lain di situ memandang kami dengan pandangan pelik lagikan curious.

ㅡ TBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now