Jieun ' s °
Aku mendongakkan kepala aku untuk memandang bangunan berprestij yang sangat tinggi di hadapan aku ini. Wow, tak sangka aku yang kecik ni akan kerja kat syarikat besar macam Aesthete Management ni.
Agak lawak tapi tak mustahil.
Tapi yang lebih mengujakan, hari aku interview tu aku lihat ada kira-kira 100 orang appliers yang interview nak minta kerja kat Aesthete. Out of 100 orang tu, hanya 10 orang yang dipilih. 4 orang akan dilatih untuk jadi model. 2 orang akan bekerja di bahagian pengurusan model, 2 orang lagi di bahagian pemasaran dan lagi 2 orang bekerja dengan bos.
Ya, bos. Bos Aesthete ni. Cheon Hwayoung.
Dan aku, Yoon Jieun yang sebelum ni dah buat banyak kerja part-time sebelum aku habis belajar, akan bekerja dengan bos Aesthete ni sendiri.
Aku belum tau lagi apa jawatan aku tapi satu je aku harap. Harap-harap aku ni bukan secretary atau orang penting untuk bos.
❄
" Awak Yoon Jieun? " Tanya seorang lelaki berkaca mata sambil bersuit dihadapan aku ni.
" Ya. "
" Okay, bagus. Selamat datang ke Aesthete. Mulai dari harini awak dengan rasminya menjadi kakitangan company ni. Tahniah kerana telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Aesthete. " Aku mengangguk sambil tersenyum.
" Terima kasih. "
" Sama-sama. By the way, nama saya Choi Seunghyun. Saya merupakan seorang manager kat company ni tapi saya hanya uruskan para pekerja dan sometimes account syarikat. Jadual bos dan models tu semua saya tak sentuh. Tapi, kalau awak ada sebarang masalah, boleh refer kat saya. " Aku mengangguk sekali lagi.
" Please take care of me. " Kata aku kepadanya lalu menunduk 45 darjah.
" Baiklah. "
" Jadi Cik Yoon, sekarang ni office awak masih dikemas jadi saya akan bawa awak untuk melawat sekitar office dulu. " Aku mengangguk perlahan.
" Baiklah. Sebelum tu saya nak cerita tentang sejarah penubuhan Aesthete ni. Aesthete ni pada mulanya hanyalah sebuah company yang macam model agency tu yang terletak di bangunan atas kedai di Hongdae. Dulu sikit je pekerja. Kira-kira 10 orang termasuk bos kita iaitu Cheon Hwayoung dan orang kanan bos, Kang Jihyo. Oh ya, awak akan ganti tempat Kang Jihyo nanti dan Kang Jihyo akan jadi bos ketiga syarikat. Baiklah, berbalik kepada objektif utama kita. Aesthete ni dulu hanya ada 5 orang model, dan 2 orang trainer dan seorang manager iaitu saya. Dulu kerja tak banyak macam sekarang tapi kerja saya banyak. Haa, sebab kurang manager kan? Lepastu event-event besar macam fashion week tu kitaorang tak buat. Kami hanya ambil job yang macam photoshoot barang atau majalah. Kadang-kadang ada jugak models dulu jadi models untuk butik terkenal yang kemudian jadi rakan kongsi Aesthete. Contohnya, butik Jennie Kim tu. Dulu orang gerun dengan butik dia tapi kami dijemput untuk jadi rakan kongsi bersama. Dalam diam, kuat jugak pengaruh bos Hwa tu. " Aku ketawa kecil tengok gelagat dia yang separa berbisik di part hujung sekali tu. Dia pun ketawa bersama sebelum dia menyambung kembali ceritanya.
" Setelah beberapa tahun bos Hwa dan kami semua berganding bahu untuk memajukan Aesthete, akhirnya Aesthete menjadi seperti apa yang kamu lihat sekarang. Terkenal, berprestij dan digilai ramai. Banyak orang tak sangka Aesthete mampu mencapai taraf yang tinggi setanding dengan company besar macam Esteem Entertaiment. Tapi berkat usaha bos Hwa, Jihyo noona, saya sendiri dan semua pekerja lain, Aesthete kini menjadi sebuah syarikat yang kami banggakan dan suatu hari nanti awak pun akan turut bangga dengan tempat kerja awak ni. " Aku mengangguk sambil memerhati sekitar office yang kami berdua lawati.
" Jadi, termasuk dengan bos Kang nanti Aesthete akan ada 3 bos? "
Choi Seunghyun mengangguk.
" Tapi mereka bekerja di bahagian berbeza. Macam bos Hwa bekerja di bahagian event termasuk photoshoot and so on. Bos Kang nanti probably akan handle bahagian wardrobe dan penggayaan macam tu kot. Bos model, of course akan handle model dia. Bos Hwa dan bos Kang akan bekerjasama. Bos model tu je yang bawa diri sikit. Sikit jelah. " Aku mengangguk sekali lagi. Besar betul syarikat ni sampai memerlukan tiga bos dalam satu syarikat.
" Choi Seunghyun - ssi , nanti saya akan handle jadual harian bos Hwa je ke? "
Choi Seunghyun tersenyum.
" Tidak semudah itu, Cik Yoon. " Katanya sambil berlalu. Kemudian dia berhenti dan memusingkan badan ke arah aku sambil tersenyum.
" Jom, saya belanja awak makan? Selepas ni awak akan mula training dengan Jihyo noona. Awak perlu bersedia sebelum awak tak ada masa nak rehat, even untuk makan. "
Aku menelan air liur aku dalam ketakutan. Here we go again.
You can do it, Jieun!
- TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...