Side Note: Terima kasih kerana masih membaca. Chapter ni mungkin tak panjang, tapi saya harap akan dapat memuaskan pembaca semua dan melunaskan rindu anda kepada Seokjin dan Hwayoung! Saya akan terus update setiap hari, sekiranya diberi kesempatan. For now, enjoy!
Side note 2.0: Dalam dunia fan fiction aku takda Covid. Jadi mereka tak perlu mandi selepas keluar dari rumah. Tapi korang lepas balik dari luar, MESTI MANDI okay? Makasihhh ~
🥨
Seokjin tiba di rumah mereka dengan membawa barangan yang dia beli dari pekan tadi. Dia mengetuk pintu, namun tiada sebarang bunyi didengari dari dalam. Seokjin mengeluh kecil. Barangan yang dia pegang diletakkan seketika di atas lantai. Tombol pintu dipulas.
Eh, tak kunci? Aduh perempuan ni. Bahaya betul!
Barangannya tadi dicapai semula dan dia melangkah masuk ke dalam rumah mereka itu. Langkahnya terhenti seketika apabila melihat Hwayoung yang sedang tidur berbantalkan lengan di atas lantai.
Seokjin mengeluh sekali lagi melihat Hwayoung. Barangannya tadi dihantar ke dapur dan dia kembali semula ke ruang tamu. Dia duduk mencangkung dan memerhatikan Hwayoung. Setelah seminit dia melihat Hwayoung dalam posisi begitu, dia mencapai Hwayoung dan didukungnya isterinya itu.
Hwayoung yang masih tidak sedarkan diri walau dirinya sedang dalam dukungan Seokjin mengundang senyuman ke bibir Seokjin.
Macam ni sekali kau punya takut dengan air sungai? Sampai sakit pulak tu. Haishh. Hwayoung, Hwayoung. Keluh Seokjin di dalam hati.
Dia membaringkan Hwayoung di atas katil. Bantal di sekitar Hwayoung disusun. Kipas dibuka dan Hwayoung diselimutkan. Sempat dia mendekatkan jari telunjuknya ke arah hidung Hwayoung untuk merasai nafas wanita itu.
Oh, bernafas lagi. Nasib baik.
Dia kemudian berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam.
"Nafas Hwayoung tadi panas. Aku syak dia memang demam. Nak masak apa eh? Hmm.... Sup ayam je lah. Lagipun sup ayam aku laku keras bila ada orang sakit memerlukan perkhidmatan sup ayam aku."
Seokjin mula mencapai kepingan ayam yang dia beli. Mujur pakcik kedai tadi berbesar hati nak potong ayam itu menjadi kepingan daging. Tak perlu dia bersusah-payah nak potong ayam sendiri.
Periuk dicapai, air diisi ke dalam periuk. Setelah itu, periuk tadi dia letakkan di atas dapur memasak. Api dihidupkan dan air di dalamnya dibiarkan panas sehingga mendidih.
Sementara menunggu, Seokjin menghiris halia, bawang merah dan bawang putih, daun bawang, daun sup, serta sedikit cendawan butang untuk dimasukkan dan dimasak bersama sup ayamnya tadi. Tidak lupa juga, dia turun mencampurkan kentang 2 biji yang telah dipotong dadu ke dalam sup ayamnya. Bahan-bahan tersebut dia letakkan berasingan ke dalam pinggan.
Setelah air di dalam periuk tadi mendidih, dia masukkan kepingan ayam supaya ayam itu direbus dengan lebih lama. Bahan-bahan yang dia sediakan tadi dimasukkan setelah ayam menjadi separuh masak.
"Then, kacau kacau kacau dan masukkan kiub ayam. Masukkan juga garam dan MSG. Kacau kacau kacau lagi, biar mereneh seketika then siap!" Senyuman Seokjin melebar. Benda yang paling dia suka lakukan apabila memasak ialah berlakon seakan-akan dia berada dalam sebuah rancangan memasak.
Setelah sup ayamnya siap, dia menghidangkan sup ayam ke dalam mangkuk. Nasi juga turut dia hidangkan bersama. Dia mengambil air kosong dan satu papan panadol yang sempat dia cari di dalam beg galasnya tadi dan semuanya diletakkan di atas dulang.
Dia mengangkat dulang itu dan masuk ke dalam bilik Hwayoung berada. Mujur ada meja dalam bilik itu. Ada juga tempat untuk dia letak makanan. Kalau letak atas katil nanti, kotor pulak.
"Hwayoung..." panggil Seokjin lembut. Hwayoung masih tidak bergerak.
Dia menyentuh bahu Hwayoung dan digoncang lembut.
"Hwayoung, bangun makan. Aku masak sedap ni. Jangan tidur dengan perut kosong, please? Lepas makan nanti sambung tidur balik. Bangun, Hwayoung." Hwayoung mula menggeliat dan matanya mula dibuka. Dia menggosok matanya untuk memastikan penglihatannya menjadi lebih jelas.
"Dah pukul berapa ni? Bila kau balik?"
"Dah malam dah. Aku balik lama dah tadi. Sempat masak lagi. Dah habis masak dah pun. Kau bangun cepat, makan ni. Sementara kau makan, aku nak pegi mandi. Melekit ni. Lapar pulak tu." Seokjin mula bangkit selepas itu. Hwayoung pula sudah duduk di atas katil dan mencapai sudu yang terletak di atas dulang.
Baru sahaja Seokjin berpaling dan ingin melangkah, lengannya dicapai oleh Hwayoung. Lembut capaiannya, tapi erat.
Seokjin memandang Hwayoung. Mata Hwayoung membulat. Pipi Hwayoung kemerahan. Namun dia masih mengukir senyuman.
"Teman aku makan? Aku kalau sakit, aku benci makan sorang."
ㅡ TBC.
Aku sorang je ke rasa yang chapter ni macam buku resipi? Tapi kalau salah prosedur nak masak sup ayam tu, maafkan saya ya? Ssungguhnya saya hanya kentang yang belum pernah masak sup ayam huhuhuhu.
![](https://img.wattpad.com/cover/206775224-288-k23806.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...