Hwayoung masuk ke dalam kereta setelah segala beg disusun rapi oleh suaminya dan Mr Edward. Hatinya bengang namun terpaksa ditahan. Sejak dari dia dan Seokjin keluar daripada lapangan terbang, perkataan yang paling selalu dia dengari hanyalah 'you and your wife' sahaja.
Jelas terpancar rasa kekok di wajah mereka berdua. Ketika di dalam kereta pun suasana sunyi sahaja tanpa sebarang bunyi.
"Errr Mister Edward-"
"It will be easier for you to call me Ed, or Uncle Ed. After all, we will be family in these 14 days." Kata Uncle Ed dengan senyuman. Hwayoung berasa agak lega. Sekurang-kurangnya Uncle Ed ni peramah orangnya. Walau dia memerlukan penjelasan tentang tujuan mereka buat program yang Hwayoung sendiri tak tahu apa kandungannya, namun dia bersyukur apabila ditemukan dengan orang yang baik pada pertemuan pertamanya.
Well, it's just my first impression. Harapnya memang baik lah.
"Okay Uncle Ed. Where are we heading now?" Tanya Seokjin. Sekadar untuk memecahkan kesunyian. Suram sangat suasana ni, dia pun tak lalu nak duduk dalam keadaan sebegitu.
"To my village. I am the head village of Rumah Edward. The program will be held there."
"May I know what is the program about?" Tanya Hwayoung. Ada nada geram pada suaranya. Namun mendatar sahaja percakapannya.
"Basically, the program is good to strengthen the bond between family members and also partners. The participants will be given some tasks to do and they need to do it together. At one point, there will be a mysterious and adventurous task for the participants to experience which can make them to become more closer than ever. That is what we believe. I hope both of you also will get the benefit from it." Panjang lebar penerangan Uncle Ed. Sambil-sambil itu tangannya mengatur cermin agar dia dapat melihat reaksi sang penanya soalan.
Hwayoung sekadar mengangguk. Dia kemudian membuang pandang ke luar tingkap.
Entah apa yang akan jadi antara dia dengan Seokjin, tiada siapa yang tahu.
"Uncle Ed, who registered our names?" Soal Seokjin ringkas. Dalam kusyuk memandu, Uncle Ed tersenyum lalu menjawab. "The one who called us earlier. I guess her name is Kang Jihyo. She told us about both of you. Good friend, indeed."
Hwayoung tersentak. Seokjin terpaku. Tanpa sedar Hwayoung terdorong ke ruang tengah antara kerusi Seokjin dengan Uncle Ed di depan. Disebabkan itu, Seokjin akhirnya memberi sedikit reaksi akibat tindakan tiba-tiba isterinya itu. "Is everything alright, Mrs Kim?" Dia hanya mengangguk dan mengatur kembali posisinya.
Dalam minda mereka berdua, bagai ada sesi dialog berlaku. Terlalu banyak benda di fikiran sampaikan mereka tak tahu perkara sebenar yang mereka fikirkan.
Okay Hwayoung. Bertindak rasional, balik nanti terus tanya Jihyo. Macam manaaaa dia boleh tahu pasal kau dengan Seokjin. Tunggu aku Jihyo. Aku akan datang kepadamu! Monolog Hwayoung dalam hati.
🤡
Seokjin ' s °
"Kenapa kau tak beritahu aku tentang tu? Aku berhak tahu, Jihyo. Aku tuan punya badan. Kau sanggup tipu aku eh?" Turun naik dada Hwayoung dek menahan amarah. Aku hanya mendengar dari sudut bilik. Nak menyampuk, takut dibaham mama singa. Elok lagi kalau aku mengemas barang aku. Mengeluarkan segala isi yang ada dari dalam beg.
Usai sahaja tiba di kampung itu tadi, aku dan Hwayoung dibawa ke rumah panjang uncle Ed. Apabila naik ke rumah panjang, kedatangan kami disambut dengan alunan muzik yang aku rasakan muzik tradisional kaum yang ada di kampung ini. Kami kemudian diberi air yang rasanya menyerupai soju tetapi lebih lembut daripada soju. Lembut sikit. Macam susu pun ada. Tapi agak beralkohol.
Tidak lupa juga kami dipersembahkan dengan tarian yang aku kira tarian tradisional kaum di sini. Kaum apa? Aku tak pasti. Biasalah, semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Tujuan asal memang untuk melihat kawasan. Namun, semua rancangan ditentukan oleh Tuhan. Aku dan Hwayoung pula terkandas di sini, mengikuti program yang kami sendiri tak pasti.
Dari sudut bilik, aku dengar Hwayoung telah menamatkan perbualan dengan Jihyo. Keluhan berat juga dapat aku dengar keluar dari arah Hwayoung.
"Jihyo cakap apa?"
"Dia nak hubungan kita macam pasangan suami isteri yang lain."
Aku terdiam.
"Good friend." Ah bodohnya aku. Kenapa dalam banyak-banyak ayat, aku kena cakap dua perkataan tu?
"Apa kau cakap? Good friend? Itu ke good friend yang kau cakap?"
See, kan dah kena. Salah langkah kau ni Seokjin.
"Err.... Yelah. Dia nak betulkan hubungan kita. What's the best for you. This is what she thinks, what's the best for you." Hwayoung bangun dan berjalan menuju aku. Apabila dia semakin mendekati aku, dia duduk.
Aku menghentikan penyusunan barang, untuk fokus dengan perbualan aku dan dia.
"How could you think that this is the best thing for me? Aku dan kau kahwin, bukan aku yang nak. Semua benda tiba-tiba untuk aku. Aku jumpa dengan kau, tiba-tiba. Kau datang rumah aku untuk melamar aku, tiba-tiba. Kita kahwin, tiba-tiba. Tapi aku turut, Kim Seokjin. Aku turutkan semua. I only asked one thing. Aku minta supaya kita ada batas. Kau dan aku takkan bersentuhan. Kita kahwin tak lama. Tiba masanya nanti, kita cerai. Aku taknak pun tidur satu katil dengan kau, apatah lagi nak ada hubungan dengan kau macam pasangan lain. Once I'm tired of this thing, aku akan minta supaya aku dilepaskan dari semua ni.
Kau cakap tadi Jihyo buat semua ni untuk kebaikan aku kan? What is it, Seokjin? Apa kebaikan daripada semua ni? Semua nak aku bahagia tapi takda siapa tahu apa yang boleh buat aku bahagia. "
Aku terkedu. Panjang hujahnya namun aku tak mampu nak membalas. Aku faham rasa kecewa yang dia rasakan. Dan aku tahu semua yang dia buat ni, semuanya terpaksa.
Disebabkan dia sangat mengutamakan keluarga, dia sanggup mengorbankan bahagianya. Dia terima aku, dia kahwin dengan aku.
Dengan harapan aku dapat faham apa yang dia mahukan daripada perkahwinan ini dan Jihyo sebagai kawan rapat dia faham yang dia kahwin bukan atas dasar cinta. Dia percayakan aku dan Jihyo untuk memberi dia ruang untuk mencari bahagia.
Namun aku dan Jihyo seakan-akan mahu merosakkannya. Merosakkan semua bahagia yang ingin dia bina.
Dia bingkas bangun dan pergi ke arah begnya. Tuala dan barangan mandi dia capai. Kakinya diatur menuju ke bilik mandi dan meninggalkan aku sendiri.
Takpa, aku beri dia masa malam ni. Esok aku perbetulkan semuanya kembali.
ㅡ TBC.
![](https://img.wattpad.com/cover/206775224-288-k23806.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...