d u a

182 22 20
                                    

Hwayoung ' s °

Aku masuk ke dalam office dengan amarah yang masih berbaki kat bos model. Anjing punya orang. Aku dah pujuk baik-baik dia buat perangai tak guna dia tu.

Aku siap call lagi dia sambil aku bawak kereta dan bersarapan, tapi hampehh! Dahlah jawab aku pun tak ikhlas, lepas tu aku call dah 4 kali tapi kali kelima baru dia jawab. Nasib baik aku kesian dengan pekerja aku yang duk kejar si Qayla Lee , pereka fesyen terkenal merangkap bos Q Boutique semata-mata nak suruh dia sponsor event kami.

Dahlah tahun ni tahun kedua syarikat aku - atau lebih senang dikenali dengan nama Aesthete Management - handle event besar macam fashion week ni. Tapi ini kali pertama kami guna baju-baju rekaan boutique dari luar dan si mangkuk bos model tu taknak bagi kerjasama pulak?

Dah kenapa nak kena susahkan kerja aku?

Kalaulah nanti pihak Qayla Lee tu tarik balik tawaran nak sponsor, mana nak cari duit untuk cover semua jumlah yang perlu dibayar untuk fashion week tu? Dahlah event lama. Banyak VVIP kena jemput lepas tu semua benda mesti perfect sebab kalau bagi dorang event yang cincai, memang company aku ni tak akan disuruh untuk handle any fashion event dah.

Habis tu kalau takda job, takda income. Kalau income pulak tak ada, memang lingkuplah syarikat aku ni.

Bos model tu apa tau? Masuk dahlah 7 tahun lepas aku bersusah-payah menaikkan nama Aesthete sorang diri lepas tu sedap pulak dia kongsi jawatan bos dengan aku. Walaupun dia sekadar manage para models dia tapi aku terkilan jugak sebab dia masuk kerja kat Aesthete pun masa Aesthete dah tak berada dalam kesusahan lagi. Lepas tu, dia terus jadi bos model kat syarikat. Tak aci lah sebab aku banyak buat kerja tapi dia pun dengan penuh tiber jadi orang yang berjawatan tinggi dekat syarikat aku. Syarikat milik aku. Syarikat milik Cheon Hwayoung.

Ni semua sebab papa lah ni.

Aku mengeluh sekali lagi. Aku tengok jam di dinding office aku. Dah nak dekat pukul 10 ni, tak lama lagi si mangkuk tu pegi lunch tapi dia masih belum beri kelulusan untuk aku rembat model dia untuk fitting. Aduh, masalah betul la mangkuk ni.

Aku menekan interkom untuk memanggil orang kanan aku , Kang Jihyo yang sekarang ni sedang mengandung 6 bulan.

" Ye Hwa? "

" Masuk bilik aku sekarang boleh? "

" Okay Hwa. "

Aku menyandarkan badan aku ke kerusi sambil mengeluh lesu. Aku memicit kepala aku yang mula berdenyut-denyut akibat terlalu risau akan semua keburukan yang akan berlaku kepada Aesthete di masa akan datang.

" Hwa? " Aku mengangkat kepala dan memandang Jihyo yang nampak lelah sambil tangannya mengusap perut yang agak tidak kelihatan di sebalik dress hitam yang dia pakai.

" Haaa, Jihyo. Meh sini, duduk depan aku. Oh ya, tutup pintu jugak. Aku taknak orang lain dengar perbualan kita. " Dengan perlahan, Jihyo menutup pintu bilik aku.

" Kenapa? "

" Boleh bagi aku idea tak macam mana nak convince bos model untuk bagi aku model? Aku dah buntu gila ni. Tak lama lagi boleh naik gila aku dibuatnya. "

" Dia masih taknak bagi jugak? Aku dengar dari pukul 7 lebih tadi semua pekerja duk complain yang bos model tu susah sangat nak dibawa bekerjasama. Siap call kau lagi tu. Yang peliknya, dorang taknak pulak mintak tolong aku. Aku boleh je maki bos model bagi pihak kau. "

" Itu sebabnya dorang taknak kau yang mengandung ni terberanak sebab melayan perangai monyet si bos model tu. Aku pun taknak susahkan kau. Nanti kau penat , dahlah kau kena bawa baby dalam perut kau tu. Kesianlah kau kalau kau kena jugak layan mangkuk tu. "

" Habis tu sekarang ni kau nak buat apa? " Aku membenamkan muka aku ke meja. Aku pun taktau nak buat apa sekarang ni wahai Kang Jihyoooooo!

" Erm, kau nak aku pujuk dengan lembut? Manalah tau hati dia berlembut tengok aku yang berbadan dua ni. Tak gitu? "

" Kan aku dah cakap aku kesian tengok ka- "

" Tak, aku takkan berkeras. Aku gunakan kelembutan. Kelembutan seorang ibu. Kalau dia masih buat perangai baru aku back off. Alah, takkan dia tak kesiankan seorang ibu mengandung macam aku? "

Aku mengangkat muka aku . Ye tak ye jugak. Takkan lelaki tu tak gentleman sampai sanggup buat seorang ibu mengandung bersedih dan kecewa. Kalau Jihyo ni buat muka penat , nanti dia mesti teringatkan mak dia. Pastu mesti dia sedih tengok pengorbanan seorang ibu demi mencari rezeki untuk anak yang sedang dikandung.

Aku mengukir senyuman lebar. Bodoh lah kau Hwa. Kenapalah kau tak terfikir benda ni tadi?

" Betul ni? " Jihyo mengangguk laju.

" Aku pergi sekarang? "

" Okay , aku backup kau. Aku ikut kau dari belakang. "

ㅡTBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now