dua puluh

32 3 0
                                    

** bermula dari bab ini, saya akan menggunakan pov orang yang ketiga iaitu saya. muah sayang korang**

*tok tok tok*

Pintu diketuk. Kurang kuat bunyinya. Masih lagi tak mampu untuk mengejutkan manusia-manusia yang sedang dibuai mimpi.

*TOK TOK TOK*

Haaa, baru kuat.

Hwayoung memusingkan badan sambil menggosok mata. Badan dibangunkan dan dia bersedia untuk berdiri. Setelah dia meregangkan badan sedikit, dia berjalan menuju ke pintu.

Walaupun agak terkejut dengan struktur rumah yang tampak asing baginya, dia mampu juga menyedarkan diri bahawa dia tidak berada di Seoul. Sebaliknya, di sebuah rumah panjang di Sarawak, Malaysia.

Dengan malasnya, dia membuka pintu. Terpampang wajah ceria, putih, bersih, jernih, dan suci seorang gadis berbaju biru dan berkaca mata. Rambut diikat gaya ekor kuda dan tinggi ibarat ikatan rambut Ariana Grande.

"Hi!" Katanya dengan ceria. Hwayoung sekadar mengukir senyuman malas.

"Saya Ariana, boleh panggil Ari, Ria, atau Riana, atau Nana, atau Cantik." Katanya sekilas sambil mengenyitkan mata. Kali ini Hwayoung tersenyum ikhlas. Dan terkejut.

Terkejut gila, actually.

Kenapa?

Sebab si Ariana ni dapat berbahasa Korea!

"Wait..... your language.....?"

"Yes, Korean Language! Sebab itu saya di sini menjadi pengurus program anda berdua." Senyuman ceria masih tak lekang di bibirnya.

"Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan memberi taklimat ringkas pada Puan Kim. " Puan Kim? Ew.

"Sekarang pukul 7. Puan dan suami diberi masa sejam sehingga sejam setengah untuk bersiap. Sebelum pukul 9, mesti dah ada di Dewan Masyarakat Orkid. Slot hari ini dimulakan dengan sarapan bersama penduduk kampung. Namun tak semudah itu ya Puan Kim. Anda berdua harus bawa bahan sendiri untuk memasak sarapan anda. Kalau tak, takdalah makanan! Hihi. " Hwayoung mengangguk.

"Kemudian sampai sana, saya akan ada untuk melancarkan perjalanan program anda berdua. Jangan risau, apa-apa hal nanti boleh tanya saya. Saya ada sebagai pembantu anda dan suami. Sekarang, anda diminta untuk bersiap dengan cepat dan memikirkan barang makanan anda dengan tepat dan nanti kita berjumpa di sana ya? See you later!" Cepat sahaja dia menutup pintu tanpa sempat Hwayoung menjawab sesuatu.

Hwayoung berdiri di belakang pintu dan mengeluh perlahan. Dia memusingkan badan untuk kembali ke pembaringan namun,

"Kenapa tu?"

"OPOCOT KEPALA KAU TERCABUT!"

Seokjin yang mamai tadi meletuskan tawanya disebabkan oleh Hwayoung yang melatah. Awek Korea pun melatah okay?

"KAU DAH KENAPA GILA?"

Panas hati Hwayoung. Dahlah bangun pun dikejutkan oleh ketukan pintu, nak tidur balik pun dikejutkan oleh si mangkuk Seokjin yang tiba-tiba sergah dari belakang.

"Kenapa apa? Aku tanya je kot. Alahhh."

"DAH TU PERLU KE BERDIRI TERPACAK KAT SITU?"

Seokjin berjalan menghampiri Hwayoung. Mulut Hwayoung ditekup menggunakan tangan. "Jangan jerit boleh tak? Kita dekat rumah orang." Amaran Seokjin hanya dibalas dengan jelingan maut Hwayoung.

Tangan Seokjin dialihkan, kasar. Hwayoung berjalan meninggalkan Seokjin. Sebelum meneruskan perjalanannya dalam keadaan marah, dia berhenti dan menoleh. Dia menarik nafas panjang dulu untuk meredakan panas hatinya.

"Tu tadi Ariana. Dia ni orang sini. Kerja macam tour guide. Dia suruh kita bersiap dan pergi ke dewan apa entah sebelum pukul 9. Kena bawa bahan sendiri dari sini untuk dimasak kat sana. Sana nanti kita makan sarapan beramai-ramai. Dan sekarang aku nak mandi. Bye."

Sekali lagi Hwayoung berlalu. Tanpa kata. Meninggalkan Seokjin yang terkebil-kebil seorang diri. Macam biasa.

🥨

"Kita nak masak apa?" Seokjin menjongket bahu. Benda berlaku tiba-tiba. Macam mana nak rancang dari awal?

"Tteok?" Tanya Hwayoung sambil memegang bekas berisi tepung pulut.

"Tak leceh ke nak buat?"

"Ye tak ye jugak. Habis tu nak masak apa?" Seokjin berjalan menuju peti sejuk. Dia membuka dan melihat ke dalam peti sejuk tersebut.

Baguslah penganjur program ni. Para peserta yang masuk program ni sekadar bayar yuran je. Semua barangan disediakan kecuali barangan mandi. Dari tilam ke bantal, periuk kuali ke barangan makanan, garam gula bawang dan semua perencah yang ada, semua mereka sediakan terlebih awal setelah mendapat tempahan. Peserta memang hanya perlu mengikuti program dan mengeratkan hubungan dengan keluarga atau pasangan masing-masing.

"Kalau nak masak nasi goreng kimchi, semua bahan dah ada ni. Kecuali kimchi. Kau reti ke masak nasi goreng kimchi tanpa kimchi?" Kata Seokjin sekilas. Pandangan dialihkan dari peti sejuk dan memandang ke arah Hwayoung.

Hwayoung terdiam sebentar, seakan-akan memikirkan sesuatu. Tak lama selepas itu, bibirnya mengukir senyuman yang lebar.

"Haaa!" Katanya sambil jari telunjuk menunjuk ke atas. Ala ala budak yang jadi bijak lepas minum susu kat iklan televisyen tu.

"Kenapa?"

"Aku tau nak masak apa!" Dahi Seokjin berkerut menandakan dia perlukan jawapan.

"Pernah makan nasi goreng dabai tak? Tu makanan orang sini. Aku dan Jihyo dulu belajar sebab kami terpengaruh kaw-kaw dengan budaya orang sini. Tadi aku ada tengok beberapa ketul buah ni. Seakan-akan buah dabai. Jadi nanti aku minta resipi dari Jihyo, then kita bawa barangan kita dan sana nanti aku masak untuk kita. Macam mana?"

Seokjin mengukir senyuman.

"Whatever makes you happy." Bisiknya perlahan.

"Hah? Apa kau cakap?"

"Aku cakap, masak je lah! Tak sedap, siap kau."

"Hek eleh, kau kena sedar yang kau berhadapan dengan seorang masterchef sekarang ni tau."

Dan mereka meletuskan tawa. Kan indah kalau setiap masa mereka jadi baik macam tu saja?

TBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now