l a p a n b e l a s

67 9 2
                                    

Author ' s °

Seokjin menjeling Hwayoung di sisinya. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang bengang.

Keputusan secara tiba-tiba itu membuatkan dia rasa nak termuntah. Rasa nak pengsan pun ada. Sudahlah pagi tadi dia makan spaghetti. Isi perutnya pun ingin terkeluar akibat perkhabaran yang baru dia terima itu.

" Jadi nanti korang berdua turun dekat KLIA. Korang ada empat jam sebelum penerbangan seterusnya ke Kuching, Sarawak. Dalam empat jam tu bolehlah korang beli apa yang patut untuk dijadikan buah tangan. Apa-apa je lah, aku tak kisah. Atau korang brainstorm ke cara untuk kita jayakan fashion week tu nanti. Sebab kita dekat tempat orang. Lagi satu-- "

" Ye, ye Kang Jihyo, ye. Banyak sangat la pesanan. Bak sini tiket, detail semua tu. Pandai-pandai la kami nanti bawa diri. " Hwayoung merampas tiket dalam genggaman Jihyo. Nasib tak terkoyak tiket tu. Seokjin sekadar memerhati tanpa bersuara.

" Hotel, homestay aku tak book tau. Pandai-pandai korang cari. Aku cuma dapat cari kampung yang korang pergi je. " Hwayoung mengangguk.

" Kampung? " Tanya Seokjin. Jihyo memandang lelaki itu lalu mengangguk. " Yelah, kampung. Awak expect apa? "

" Kenapa saya yang kena pergi? "

" Kau tak nampak perut dia tu? Kau nak dia terberanak kat sana nanti? " Pedas Hwayoung menjawab. Seokjin hanya boleh menjeling. Jelingan dia yang tidak diendahkan oleh Hwayoung menambahkan rasa panas di dalam hati.

Tamparan lembut mendarat di lengan Hwayoung. Dia terkejut lalu terjatuh pen di tangan. Tersenyum sumbing Seokjin melihatnya.

" Kau janganlah berkasar sangat dengan dia. Kau ada dia je tau nanti! Kalau ada apa-apa jadi antara korang, korang memang bergantung dengan satu sama lain. " Hwayoung mendengus. Hilang mood dia untuk melancong. Ingatkan dapat jalan-jalan tanpa hiraukan kewujudan Seokjin. Dalam mimpi jelah dia dapat berjalan dengan tenang.

Tangan Hwayoung ligat menaip sesuatu di dalam telefon. Nombor telefon ketua kampung disertakan dengan nombor telefon anak ketua kampung merangkap penolong ketua kampung diambil. Jadual perjalanan dan aktiviti juga digambar.

Tiket penerbangan dia simpan sekeping. Sekeping lagi diberi kepada 'partner in crime' dia.

" Nah. " Dengan muka yang muncung dan tidak ikhlas dia menyua tiket itu. Seokjin tersengih. Apalah nasib aku nak kena hadap pompuan ni nanti.

" Habis dua minggu dekat sana, korang balik sini. Masa tu baru aku hantar Jieun dan geng-geng dia yang lain dengan korang. "

" Habis tu takkan kami nak balik sana lagi lepas balik sini? " Dahi Jihyo berkerut. Tangannya mengusap perut.

" Ye tak ye jugak kan? Eh takpa lah nanti aku pikirkan jalan. Alah, tak perlu pun nak buat plan awal semua tu. Benda ni pun last minute. Kita ni bila je buat kerja dengan awal ye tak? " Hwayoung merengus. Bibirnya dimuncungkan kembali namun Seokjin hanya berteleku di sisi.

Panggilan penerbangan menyelamat tenaga mereka daripada terus bertengkar. Dengan langkah yang tidak bersemangat, Hwayoung pergi ke arah Jihyo sambil menarik bagasinya. "Sepatutnya kita tau, Hyo."

Jihyo menganggukkan kepalanya. Dia mengusap bahu Hwayoung. "Ye aku tahu. Kau pergi la sana dulu bagi kita. Nanti senang kau jadi tour guide aku." Guraunya sambil mengenyitkan mata. Hwayoung sekadar tersenyum. Tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. Mungkin aku patut salahkan Seokjin.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now