Seokjin ' s °
Majlis hari jadi papa berlangsung dengan jayanya. Papa pulang disambut dengan alunan lagu 'selamat hari jadi' yang dinyanyikan oleh keluarga tersayang. Dapat aku lihat jelas terpancar segala penat lelah papa hilang begitu sahaja apabila disambut dengan penuh riang sebegitu rupa.
Usai papa mandi dan berkemas, papa dan mama turun ke bawah. Bagaikan selebriti yang hadir ke majlis gala atau majlis penganugerahan setiap hujung tahun, begitulah lagaknya papa dan mama tadi. Karpet merah sempat dibentang sepanjang anak tangga dari atas ke bawah.
Tidak cukup dengan itu, permaidani baldu mama pulak diambil dari stor untuk dibentang di atas lantai.
Aku yang merupakan orang luar, merangkap menantu mama dan papa, sekadar memerhati dari jauh sambil bergelak ketawa. Macam-macam ragam manusia yang ada dalam keluarga itu. Sempat juga aku menghulurkan tangan, mengangkut permaidani sebesar sebidang tanah itu dari stor ke ruang tamu. Nasib baik tak patah tulang belakang aku.
Habis sahaja sesi mengusik itu, kami pergi ke meja makan. Makanan yang terhidang membuatkan perut aku hampir berlagu riang. Hampir okay. Bukan macam Hwayoung, berbunyi perut gadis itu. Lepas tu dengan selamba dia menyanyi dan mengeluarkan suara kataknya sambil bersembunyi di belakang badan aku.
Mujur mood aku baik, kalau tak takdanya aku nak berkompromi dengan dia.
Dan sekarang, Hwayoung hilang entah ke mana. Selepas sahaja dia mengisi perut, mencuci pinggan, mengemas meja dengan yang lain, aku tak menemui dia lagi. Pelik kan bila tengok aku tercari-cari?
Jangan pelik sangat lah. Aku cari dia pun sebab aku nak tidur. Kalau aku masuk tidur tanpa dia, kantoi ooo nanti yang kami tak kisah di antara satu sama lain. Jadi untuk selamat, aku pergi cari dia. Leceh memang leceh. Namun apakan daya, aku cuma seorang insan biasa. Haaa gitu sendu tak?
" Hyung? " Aku berpaling apabila mendengar diriku dipanggil. Muncul Hansol yang kacak lagikan bergaya di sebelah aku sambil memakan kek. "Hyung cari noona?" Aku mengangguk laju.
"Tu noona." Jari telunjuk dia halakan ke satu kawasan semak yang agak gelap kalau nak lihat dengan mata kasar di malam hari. Meremang jugak bulu roma di tengkuk aku. Pasti ke orang kat sebelah aku ni Hansol?
" Mana? " Kataku. Kecik besar kecik besar mata aku. Nak fokus untuk lihat apa yang ditunjuk punya pasal. " Ishh sini. " Lengan aku dicapai dan aku ditarik oleh Hansol. Gila kuat budak ni! Yang dia makan tu kek ke besi?
Eh kejap. Pasti ke orang kat sebelah aku ni.... orang?
Aku menelan air liur aku dalam aku masih seram dengan situasi itu. Angin kelegaan mula menampar bila aku nampak Hwayoung. Hwayoung yang tengah tidur di atas meja kecil penuh dengan kertas dokumen yang aku selalu nampak sebelum ni. Dokumen yang aku pun kena buat dan tandatangan dan semak dan macam-macam lagi!
" Kalau hyung nak tahu, kat sini tempat kegemaran noona. Kalau dia stress, kalau dia dalam mood sedih dan kalau dia kena marah dengan mama dengan papa sekalipun, pondok kecik ni memang tempat pertama dia akan pergi. Tadi Hansol nampak noona macam penat. Dengan beg sandang yang dia bawa keluar, Hansol dah syak yang dia ada kerja yang dia nak kena buat. Bila dia hilang lepas habis makan dan kemas-kemas tadi, memang Hansol tahu noona pergi mana. " Bisik Hansol panjang kepada aku. Lama juga dia berhenti sebelum menyambung kembali.
" Noona banyak kerja keras tapi jarang dia mengeluh kat sapa-sapa. Suka pendam. Macam sekarang ni pun dia lari ke sini sebab taknak orang lain terganggu dengan dia yang banyak kerja. Sibuk mana pun tetap utamakan keluarga. Hyung untung dapat noona sebagai isteri. Jaga noona baik-baik, hyung. Kalau boleh, sekarang ni hyung kejutkan noona. Tak pun, gendong. Bawak pergi tidur kat atas. Esok nak kena turun awal jugak kan? " Tersentak sekejap aku. Aku nak kena bawa Hwayoung ke atas? Dengan cara gendong dia macam bridal style gitu? Mampuih hang Seokjin!
" Errrr kenapa tak Hansol je gendong? Hyung tengok Hansol macam semakin sasa je sejak dah bersenam ni. " Senyum senget aku ukir. Taktik aku tu kalau nak mengampu. "Hishhh taknak lah! Hansol belum habis lagi nak melahap makanan. Mahunya tengah-tengah jalan Hansol pengsan sebab tenaga dah habis digunakan, hyung nak angkat dua orang? Taknak kan? Hah dah Hansol pergi dulu. Selamat malam! "
Dan dia berlalu bagai angin malam yang meniup kemudian pergi. Cisss! Bertuah punya adik ipar.
" Hurmm nak kejut macam mana ni? " Monolog aku sendirian. Aku tundukkan badan untuk lihat wajah Hwayoung. Semakin lama aku semakin mendekati dia. Langkah kaki aku tujukan untuk mendekati dia.
Tenang sahaja wajahnya. Tiada pergerakan. Hanya bunyi hembusan nafas dia sahaja yang kedengaran, meniup kertas-kertas di hadapannya. Nyenyak betul dia tidur. Boleh nampak segala lelahnya terlepas dari bahu tatkala matanya terkatup rapat.
" Nak taknak kena gendong jugak ni. Kesian pulak nak kejutkan dia. " Dengan langkah yang sangat janggal, aku duduk di tepi Hwayoung. Bersedia nak mengangkat wanita itu. Sempat aku membuat ilustrasi cara-cara untuk mengangkat dia sebelum aku mencapainya.
Dengan perlahan, aku mengalihkan kedua-dua tangannya yang menjadi bantal untuk kepalanya dari meja. Dia hampir terjaga, cepat-cepat aku mendodoikan dia semula. Kembali tidur Hwayoung selepas itu.
Badannya aku baringkan di atas paha aku. Kepalanya aku bantalkan dengan menggunakan tangan aku. Kakinya aku lilit dengan lengan aku. Nasib baik Hwayoung tidak seberat yang aku sangka. Dapat juga aku bangun dari posisi duduk aku dan berlalu meninggalkan pondok kecil itu. Kertas-kertas di atas meja aku lekapkan batu untuk dijadikan pemberat, agar semuanya tidak berterbangan.
Aku pilih untuk masuk ke rumah dengan menggunakan jalan belakang. Agar jauh dari orang yang menggerumuni ruang tamu. Cukuplah sekadar Hansol yang tahu apa yang aku buat ketika itu. Taknak aku dengar yang lain kecoh tengok aku angkat bini aku sendiri sebab nak bawak masuk bilik.
Pelik pula bahasakan Hwayoung sebagai bini. Padahal di pejabat asyik nak bertekak memanjang. Dunia, memang lawak kan?
ㅡ TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romansa" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...