dua puluh empat

25 4 0
                                    

Seokjin menongkat bahu. Matanya sekadar merenung ke arah Hwayoung yang begitu menikmati hidangan yang dia sediakan. Sup dihirup empat kali, nasi pula dicedok dengan menggunakan sudu. Nasi di atas sudu tadi direndam ke dalam sup dan ketulan ayam atau kentang pula dipotong kecil dan diletakkan di atas nasi itu tadi. Setelah semua rutin itu selesai, sudu berisi nasi dan potongan ayam tadi dimasukkan ke dalam mulut.

Habis dah ke? Belum lagi, rutin diulang kembali berkali-kali dalam turutan yang sama sampailah makanan habis. Masalahnya sekarang, Hwayoung ni jenis yang lambat makan. Jadi, dengan paksanya, Seokjin kena duduk depan Hwayoung semata-mata nak teman wanita itu makan. 

"Dah ke?" Seokjin tanya, acuh tak acuh. Hwayoung mengangkat muka. Matanya merenung Seokjin dengan pipi mengembang disebabkan oleh mulutnya yang penuh. "Nhamfpak machsam dhah khe?" 

Seokjin automatik memukul lengan Hwayoung. "OUCHHHH!!" 

"Nak bercakap tu, telan dulu makanan. Tak belajar adab ke hah?" Hwayoung mengerut kening. Hidungnya mula memerah. Sudu dilepaskan dan dia terus mengangkat punggung, berlalu dari situ. 

Seokjin mengeluh kecil, sedar dirinya tersilap kata. Terlalu tegas sampaikan Hwayoung dilayan macam anak kecil. Lambat-lambat, Seokjin mengemas hidangan yang ditinggalkan Hwayoung. Salah dirinya juga sebab terlalu jujur. Padahal Hwayoung bukannya sihat sangat. Maklumlah, asyik gaduh dengan Hwayoung. Mungkin sebab tu mulut dia senang je nak marah Hwayoung setiap kali wanita itu membuat kesalahan. 

Pinggan mangkuk diangkat dan dibawa ke singki. Satu-persatu pinggan, mangkuk, cawan dan juga sudu dibasuh rapi. Dilap sampailah hilang semua kotoran. Sekali-sekala kepala melilau menjenguk keberadaan Hwayoung. 

Eh, hilang pula perempuan ni?

Panik sebentar. Seokjin melepaskan barangan yang dia basuh lalu berlalu mencari Hwayoung. Dengan tangannya yang masih bersabun dia berjalan sekitar bilik.

EH, TAKDA?

"Aduuuu pergi mana pulak minah ni. Teruk sangat la merajuk sejak akhir-akhir ni." Gumam Seokjin perlahan.

Pergerakannya terhenti apabila terdengar sayup-sayup bunyi tangisan dari arah luar rumah. Ah, sudah. Ada hantu ke kat sini?

Perasaan takut menguasai dirinya. Otak ligat menyuruh dia melupakan segala bunyi yang dia dengari namun kakinya giat melangkah menuju ke beranda luar rumah. Pintu dapur dibuka perlahan. Jantung Seokjin berdegup kencang. Nafasnya tidak menentu. Dadanya turun naik akibat rasa gemuruh yang kian membuak-buak.

Sebelah kanan kakinya sudah berada di kawasan beranda rumah. Kaki kanan eh? Bagus bagus. Kaki kanan membawa berkat. Pujuk hatinya sendiri. Namun rasa gemuruh tetap tidak menurun.

Tanpa sedar kini keseluruhan dirinya berada di luar rumah. Matanya terpejam rapat namun suara tangisan tadi terhenti. Oleh disebabkan perasaan ingin tahu itu semakin menebal, dia membuka mata perlahan.

Alangkah terkejutnya Seokjin apabila berhadapan dengan figura di hadapannya itu. Rambut terjuntai, berbaju hitam, sambil duduk memeluk kedua-dua kakinya.

"H-hantu?" Tanyanya dalam ketakutan.

Figura itu tidak bergerak. Tidak mengeluarkan sebarang bunyi sekalipun.

Dalam takut, Seokjin menggerakkan jari telunjuknya ke arah figura itu dan hampir mencucuk figura tersebut sebelum figura itu--

"Ini akulah. Kau takut apasal?"

Ah, Hwayoung.

EH? HWAYOUNG!

"Hwayoung!!!"

*pap!*

Tangan Hwayoung laju sahaja memukul lengan Seokjin. "Jangan bisinglah. Malam dah ni." Suaranya kecil sahaja, namun nadanya tegas.

Seokjin menghembuskan nafas. Lega mungkin. Atau penat? Boleh jadi juga dia marah. Ah, terpulang pada Seokjin lah. Dia berhak untuk mempunyai seribu satu perasaan pada ketika itu.

Seokjin mengimbas tempat Hwayoung berdiri. Wah, ada tikar. Patutlah pergi sini sebab nak nangis. Tempatnya bersih.

Lalu Seokjin mengambil tempat duduk di sebelah Hwayoung. Hwayoung tidak berganjak, tidak juga memarahi Seokjin seperti selalu. Hwayoung masih berada dalam posisi seperti tadi. Hanya kepalanya dia dongakkan untuk memandang langit yang dipenuhi bintang. Seokjin pun melakukan perkara yang serupa.

Sepuluh minit masa diambil untuk mereka bertenang dan melayan perasaan sendiri. Sepuluh minit itu juga masa yang diperuntukkan untuk Seokjin menyusun kata sebelum memulakan bicara. Dalam cemas, dia bersuara.

"Kenapa nangis? Kau....okay?" Fuh, good one Seokjin. Goooood one.

"Aku......aku takut. " Kening Seokjin berkerut. Dia hanya terdiam, menunggu luahan hati daripada Hwayoung dengan penuh sabar.

"Aku takut yang fashion week kita ni tak jadi. Semua benda aku dah rancang awal. Semuanya cantik je rancangan aku. Aku teruja nak pergi sini, nak buat kerja, nak laksanakan semua. Aku pergi pun bukan untuk bercuti walau ada niat ke situ. Tapi kau pun tahu kan fashion week ni penting bagi aku?" Luah Hwayoung dengan tersedu-sedan.

"Sekarang tengok apa jadi? Jihyo daftarkan kita untuk pakej yang kau dan aku sendiri tak setuju. Hanya sebab dia risaukan kita dan nak kita-- Argh aku nak cakap pun malas. Semua benda tak berjalan lancar, Seokjin. Ibaratkan aku boleh nampak dengan mata aku sendiri masa depan aku perlahan-lahan musnah. Satu-persatu hancur. Aku penat la. Aku....aku hanya nak impian aku tercapai, itu je." Hwayoung terus membenamkan semula muka nya ke arah lengan yang masih memeluk kedua-dua lututnya.

Seokjin memandang Hwayoung dengan penuh kasihan. Dia memang tahu semangat Hwayoung untuk Aesthete. Banyak benda Hwayoung sanggup korbankan demi memajukan syarikatnya itu. Hanya ketika badannya tidak boleh menerima penat yang terpaksa dia tanggung, barulah Hwayoung berhenti seketika.

Soal Jihyo pula, Seokjin faham tindakan kawan baik isterinya itu. Semestinya nak yang terbaik untuk Hwayoung dan sekali-sekala berehat dan memikirkan tentang dirinya sendiri. Namun bagi Hwayoung, dirinya adalah nombor tiga. Keluarganya dan Aesthete adalah segalanya.

Seokjin dengan perlahan merapatkan diri dengan Hwayoung. Tubuh kecil Hwayoung dia lilitkan dengan kedua-dua lengannya. Dia dakap isterinya itu. Lama. Sehingga Hwayoung berhenti menangis. Sehingga mereka berdua sedar akan perlakuan yang agak intim tersebut.

Perlakuan yang memaksa mereka untuk bertindak menjauhi antara satu sama lain dengan kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya.  Situasi kemudian menjadi janggal seketika. Hwayoung mengelap air mata dengan hujung lengan baju dan Seokjin pula menggosok lengan akibat kedinginan malam.

"Jadi....err....apa penyelesaian kau?" Tanya Seokjin ringkas dan janggal.

Hwayoung menjongket bahu. "Minda aku bercelaru, aku tak dapat fikir."

"Baiklah kalau macam tu. Aku ada satu cara untuk selesaikan buat masa sekarang. Esok awal pagi, Ariana akan pergi sini kan? Masa tu sebelum dia ajak kita pergi mana-mana, kita sarapan dulu dengan dia. Lepas tu kita beritahu perkara sebenar dan juga kalau boleh berhenti dari pakej ni, kita berhenti. Kalau tak, nanti kita ajar dia fikir sekali penyelesaiannya. Macam mana? Okay?"

Hwayoung mengukir senyuman kecil. 

"Thank you, Seokjin."

ㅡ TBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now