Hwayoung ' s °
Aku meneguk air liur aku perlahan-lahan. Bangunan besar gedabak di hadapan aku ni aku pandang dengan perasaan penuh kagum. Terasa kerdil aku di sini. Dahlah sedari tadi perut aku buat hal. Tekak aku pun terasa loya. Silap hari bulan, boleh termuntah aku kat sini.
" Kenapa kau duk pandang je bangunan tu dari tadi? Dia ada cakap sesuatu kat kau ke sampai kau fokus sangat sampai macam tu sekali? " Aku menjeling Seokjin di sebelah aku. Sukahati makpak dia je cakap macam tu kat aku. Rasa gementar aku ni pun boleh hilang sebab aku memang rasa nak bagi penyepak kat mulut dia yang minta kena cili tu.
" Aku nervous lah gila. Kau mana tau? Kerja kau duduk je kat office kau tu pastu main game. Bila aku masuk baru kau acah buat kerja. Padahal buku pun terbalik, nak membaca konon. Pft. " Dia mengerling ke arah aku. Seketika itu dia mengeluh dengan kuat. Saja je tu nak panaskan hati aku. Ceh..
Ingatkan cucu sedara aku je budak, rupanya laki tinggi lampai sebelah aku ni pun dah macam budak.
" Dahlah kau. Bebel pulak depan bangunan ni. Acah berani padahal kecut. Jomlah masuk hanat. Tadi kau pulak yang berleter nakkan model. Takut syarikat lingkup lah, apa lah. Ceh... " Katanya seraya dia berjalan meninggalkan aku.
Berani je budak tu. Ingat si Qayla tu adik dia ke sampai dia berani sangat sampai macam tu sekali?
🤯
Bukan adik bro, tapi awek.
30 minit aku dan Seokjin dah masuk ke dalam office Qayla ni tapi sepatah haram pun dia tak cakap dengan aku. Bukan setakat cakap, nak pandang sebelah mata pun dia tak sudi.
Sedari tadi asyik bergelak ketawa dengan Seokjin. Laki tu apa lagi. Pantang bila tengok orang yang ketawa dengan lawak dia tu. Dari tadi asyik mengarut. Kerja ni bila nak buat?
" Ehem.. " Aku berdehem seketika. Terpaksa, dik. Kalau tak, memang tak pulang kami berdua. Tak pun aku yang kena pulang guna bas. Seokjin ni pulak kena culik si Qayla nanti.
Kedua-dua pasang mata itu memandang ke arah aku. Eleh. Nak maki aku ler tu sebab kacau daun. Padahal dorang kacau bisnes aku.
Aku memandang Seokjin dengan tajam. Memberikan isyarat menyuruh dia berhenti dan fokus dengan kerja.
" Oh ya.. Qayla, ni kami berdua nak fitting baju. " Haa, pandai pun serious.
" Eh? Habis tu mana model? "
" Erm, sebenarnya Qayla- "
" Tak perlu model, pereka baju semua tu pun dah cukup menyerupai model di mata saya. " AKU LEMPANG SI BAHU PANJANG NANTI KARANG.
ORANG DAH ELOK SERIOUS DIA BUAT HAL. CIA CIA CIA BAGAI INGAT AKU HADAP?! NAK TERMUNTAH SIOT AKU DENGAR. KALAU AKU MUNTAH SINI DIA NAK LAPKAN KE?!
Aku mengetap bibir aku. Qayla pulak masih ketawa sambil menutup mulut dengan sopan. Untuk menenangkan diri aku yang terbakar dari tadi, aku menutup mata kemudian menarik nafas panjang.
Memang tak boleh ngam aku dengan Seokjin ni. Memang aku rasa nak bunuh dia je. Tinggal nak ambik pisau je ni.
Sabar Hwa sabar. Kau anggun, kau cantik, kau baik. Kau takkan buat jahat.
AFUFUFUFUFUFU
" Boleh serious sikit tak? " Bisik aku keras ke telinga Seokjin. Air mukanya serta-merta berubah. Dari tersenyum macam kambing, dia kembali menjadi seperti bos model yang riak.
" Ya, kami berdua model. Disebabkan semua models kami masih ada urusan di luar bandar. Jadi saya dan Seokjin yang akan fitting semua baju tu nanti. " Qayla mengerutkan kening. Dia mengimbas aku dari atas ke bawah.
Amboi, dik. Buruk sangat ke ghupe aku ni?
Hello! Aku dulu ratu cantik sekolah aku kot?!
" Erm, bolehlah. Kita mulakan dengan Seokjin - ssi dulu boleh? " Seokjin di sebelah aku menepuk tangannya macam memerang bila diberi makanan. Benci gila aku tengok dia macam tu. Rasa nak ludah pun ada.
Aku sekadar mengangguk. Tapi rasa meluat dalam hati aku dah menggunung. Tu nanti pergi fitting mesti lama. Yelah, nak pakai baju satu hal. Nak mengorat sesama sendiri pun satu hal jugak.
Hailahh Hwayoung. Nasib kau lah kena hadap semua benda ni.
ㅡ TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...