Author ' s °
Hwayoung menuruni anak tangga dengan laju. Seokjin menggelengkan kepala. Tangannya diseluk ke dalam poket jaket jean yang dia kenakan.
Ni kalau jatuh ni nanti memang macam buah nangka bergolek ni nanti. Eh kejap.. Kalau dia jatuh aku kena sambut eh? Ke tak? Alahhh. Kalau jatuh nanti aku bawa dia ke hospital. Ye eh? Boleh tak macam tu?
Sedang dia berfikir, tanpa dia sedar kakinya terlepas satu anak tangga. Bagai buah epal jatuh dari pokok dan terkena di atas kepala Isaac Newton, sebegitulah Seokjin yang terjatuh dari tangga itu dan mencium lantai.
Namun dia tak sempat mencium lantai. Dia terlebih dahulu mencium bahu Hwayoung. Seperti tindakan refleks, Hwayoung cepat-cepat melarikan diri daripada Seokjin. Seokjin bernasib baik. Tangan Hwayoung mencapai lengan lelaki itu agar muka kacaknya tidak bersentuhan dengan lantai.
Bagaikan berada di dalam filem Bollywood, mereka terpeluk di antara satu sama lain. Satu saat, dua saat, tiga saat dan masa seakan-akan terhenti. Mereka berpandangan. Menatap mata redup masing-masing. Lama-kelamaan, mereka berdua bagai tersedar daripada lamunan. Muka mereka memerah. Dalam hati saling mengata diri sendiri.
" Tu dah kenapa tu? Ada kamera tersembunyi ke kat sini yang mama tak tahu? " Berbunyi sahaja mama, baru mereka melepaskan pegangan. Hwayoung tersengih ke arah mama. Senyuman lebar dicampur dengan gelengan ditujukan.
Kemudian, dia kembali memandang Seokjin.
Kalau dalam drama memang akan bertanya dengan nada dan ekspresi yang risau. Tapi hidup Seokjin dan Hwayoung memang bukan drama jadi ;
" Kau dah kenapa? Buta? Jalan guna apa hah? Kaki dengan telinga? Ada mata, mata letak kat mana? Kalau aku tak sambut tadi, free-free je ambulans datang sebab nak ambik kau! " Memang bunyi keras. Namun disebut perlahan dalam nada berbisik. Naya kalau yang lain dengar. Tak pasal-pasal kena halau.
Seokjin menarik nafas panjang. Nasib kau lah dapat bini yang tak cintakan kau. Tahu membebel je.
" Kepala aku kat tempat lain. Kaki je bergerak. Sorry. " Pendek saja penerangan yang diberi. Takut nanti kena maki pulak kalau beri banyak alasan. Untuk mengelakkan sebrang pertelingkahan berlaku, baik mengaku dan minta maaf dengan segera. Baru hubungan menjadi lebih okay gitu. Manalah tahu Hwayoung berlembut dan memaafkan dia. Bolehlah dia diberikan senyuman sebagai hadiah haaa.
Tapi benda yang diminta bukannya selalu akan dapat. Diharapkan senyuman, jelingan yang Hwayoung beri. Sejurus itu, dia berlalu menyertai yang lain. Pahit senyuman yang Seokjin ukir di bibir. Dalam agak terluka, dia berlalu juga dari situ dan mengekori Hwayoung dari belakang.
🤯
" Ma, nak sikit. " Tak sempat mamanya memberi kebenaran, tangan Hwayoung terlebih dahulu mengambil pinggan berisi kek cawan itu. Alah, ambik satu je papa takkan perasan punya. Lagipun Hwayoung ni memang suka makan. Kalau dia cakap nak makan sesuatu, jangan dihalang kalau taknak tengok dia berubah menjadi singa kelaparan.
Mama Hwayoung menggelengkan kepala. Dari kecik memang tak berubah perangai anaknya yang sorang tu. Nasib baik dah ada Seokjin. Itu pun belum tentu lagi Seokjin ni dapat tahan dengan perangai suka melahap dia. Harapnya bertahanlah. Itu je satu-satunya suami anak dia. Tak nak dia tengok anaknya itu nanti hancur rumah tangganya. Well, siapa je nak tengok rumah tangga anak sendiri hancur kan?
" Hwa, lepas makan tu nanti tolong mama bawa ayam ni ke sana ya? " Hwayoung mengangguk laju. " Mama pergilah bersiap dulu. Sambut depan pintu ke macam sambut orang kenamaan tu. Make papa feel special okay? " Sempat dia kenyitkan mata ke arah mamanya. Tertawa kecil wanita itu.
" Hey! " Bisik Seokjin dalam nada jeritan. Laju dia berjalan menghampiri Hwayoung. Dia jeling Hwayoung yang tidak menghiraukan dirinya. Bibir diketap. Jari telunjuk dah bersedia untuk mencucuk perut Hwayoung. Berani kau tak layan aku ya?
Hwayoung masih lagi menikmati kek cawannya. Aising kek yang tercalit di jari runcing dia, dia jilat perlahan. Panjang bibirnya mengukir senyuman.
Sebelum kebahagiaan dia dimusnahkan oleh Seokjin. Semua gara-gara si mangkuk Seokjin mencucuk perutnya.
" HOI! " Terjerit Hwayoung di dapur itu. Mata Seokjin membuntang dan dia menekup mulut Hwayoung. Hwayoung meronta-ronta kecil disambut tawa Seokjin.
" KENAPA TU? " Laung mama dari arah pintu. Seokjin berbalas jeritan dengan mama, mengatakan bahawa tiada apa yang pelik berlalu. Pergaduhan manja antara laki bini gitu. Mujur orang-orang di dalam dapur itu sudah bertempiaran lari ke ruang tamu untuk menyambut kepulangan papa.
" Kau dah kenapa gila?! Nak tengok aku mati tercekik kat sini? " Memerah muka Seokjin akibat terlebih ketawa. Senang hatinya dapat nengusik Hwayoung. Lagi senang bila Hwayoung langsung tak boleh nak balas balik kalau mereka masih berada di hadapan yang lain.
Semakin Hwayoung marah, semakin suka Seokjin menyakat.
Alahai, kalau rasa itu bertukar kepada rasa yang lain, habislah mereka.
ㅡ TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...