Author ' s °
" Habistu nak buat apa sekarang ni? Tunggu sampai minyak kereta terisi sendiri? " Seokjin mengerling Hwayoung. Ada mulut nak kena cili ni!
" Kau expect aku nak sorong kereta pergi stesen minyak? Lambettt lagi! " Hwayoung mendengus. Dia memeluk tubuh. Mulutnya dimuncungkan.
" Takkan nak kena tunggu sini je? "
" Kau sabarlah. Tak nampak aku tengah nak telefon orang ni? " Hwayoung mendengus lagi. Dia membuang pandang ke luar tingkap.
" Haa helo? Hyung ni. Ni kereta hyung habis minyak. Kat simpang jalan nak ke rumah kau tu. Haa situlah. Cepat sikit. Hyung dengan noona ni. Iye noona ada sebelah hyung ni. Cepat sikit. Haa okay. Hyung tunggu. "
Tit. Panggilan dipadamkan.
" Siapa tu? " Soal Hwayoung tanpa memandang ke arah Seokjin. Matanya tajam merenung kukunya. Hmm nampaknya aku perlu buat pedicure manicure ni, getus hati kecil Hwayoung.
" Namjoon. " Sepatah sahaja jawapan. Malas nak bercakap. Elok tidur sekejap.
" Namjoon pemilik stesen minyak tu? " Tanya Hwayoung lagi. Seokjin mengangguk malas.
" Weh aku cakap dengan kereta ke ni? Helo kereta? Adakah saya bercakap dengan anda? " Kepala Hwayoung serta-merta ditunjal. " Bengonglah kau. Aku angguk tadi kan? "
Hwayoung memegang kepalanya yang ditunjal tadi. Dalam dia marah, jelingan maha tajam dia hadiahkan kepada lelaki di sebelahnya itu. " Kau angguk bukannya aku dengar! "
" Masalah kau lah tu. Sapa suruh tak tengok aku? Daripada tengok kuku berkulat kau tu, lebih baik tengok aku yang kacak ni. "
" Eh helo?! Banyak cantik kau cakap kuku aku berkulat?! "
" Aku tak cantik, aku handsome. " Hwayoung mencebik.
" Pasu bunga tu lagi handsome dari kau tau? "
" Ewah ewah.. Sejak bila kau berkenan dengan barang tak hidup ni? Sejak sendu kahwin dengan aku lepastu tak dapat kasih sayang yang kau nak ke? " Ah sudah. Seokjin ni mulut tak pandai nak jaga langsung.
" For your information Kim Seokjin - ssi , bukan aku yang nak kahwin dengan kau tau? Kita kahwin atas dasar perjanjian keluarga dan sebab aku muak dengan lelaki. Ingatkan bila dengan kau, persepsi aku terhadap lelaki bertukar tapi you know what, men are all the same! " Bentak Hwayoung. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar dari situ. Sesak nafas duduk dengan lelaki yang asyik nak salahkan dia atas apa yang jadi.
Dia berlalu ke kafe yang terdekat. Nak pesan makanan, nak pesan minuman. Biar dia bersendirian. Dia tak kisah dah dengan Seokjin. Padahal suaminya sendiri. Pft, suami pun kalau tak hargai isterinya sendiri sebagai manusia, apa gunanya?
Kakinya berjalan memasuki kafe berada beberapa meter dari keretanya. Air mocha dipesan. Sandwich tuna juga dibeli. " Cik boleh duduk dulu sambil tunggu. " Ujar pekerja kafe itu. Hwayoung senyum kecil dan berlalu. Tangannya membawa buzzer bulat berwarna hitam.
Dia memilih untuk duduk di sudut paling belakang kafe itu. Nak tenangkan hati yang panas, kena tenang bersendirian. Takut nanti hati tu tak sejuk. Panas memanjang.
Hwayoung merenung awan yang bergerak seiring dengan tiupan angin. Dirinya tersenyum kecil tanpa dia sedari. Lama dia dah tak rehatkan minda sebegitu. Walaupun tujuan dia pada waktu itu adalah sebab dia marah dengan Seokjin tapi itu pun dikira berehat jugak kan? Berehat dari bertikam lidah dengan Seokjin.
Lama dia menumpukan perhatian kepada kawasan sekeliling sebelum fokusnya terganggu. Sentuhan lembut di bahu mematikan lamunannya. Membara kembali amarah di hati melihat Seokjin berdiri sambil tersenyum kecil di samping dirinya.
" Apa lagi kau nak? " Soal Hwayoung malas. Tanpa dijemput, Seokjin mengambil tempat duduk di hadapan Hwayoung.
" Sorry. " Ucapnya ringkas. Matanya merenung wajah mendung Hwayoung. Terkilan bersarang di hati. Salah dia juga. Bukannya Hwayoung minta nak ada jalan hidup sebegini rupa. Walau mereka saling tak suka di antara satu sama lain, sekurang-kurangnya mereka dapat menghormati sesama sendiri.
" Kau tahu kan aku tak suka kau atau aku ungkit pasal ni? Pertanyaan tu buat aku rasa yang pilihan aku untuk hidup tanpa cinta dengan kau tu memang salah. Sedangkan aku nak kejar cita-cita aku. Dalam masa yang sama aku nak berbakti untuk papa mama. Kalau dengan berkahwin dengan kau dapat buatkan mereka bahagia, I'm glad to do so- "
" Tapi kau bahagia? " Hwayoung menarik nafas panjang. Dia menghembus nafas perlahan, cuba untuk bertenang setenang lautan yang tidak bergelora.
" Let me ask you the same thing, kau bahagia? " Seokjin senyum sinis.
" Aku bahagia bila tengok kau datang jumpa aku sebab nak dapatkan duit untuk bayarkan semua makanan kau tu. Kut ya pun nak merajuk, bawaklah beg sekali! Kalau aku tak perasan yang dompet kau tertinggal, kau nak bayar benda yang kau beli tu guna apa? Daun? " Mata Hwayoung membuntang bila melihat dompet dia yang Seokjin pegang. TAK GUNA! BARU NAK ACAH COOL!
" Kau!! " Terlepas ketawa Seokjin melihat reaksi Hwayoung. Nak merajuk konon lepastu beli makanan. Tak sedar yang diri tu sehelai sepinggang, ada hati nak bawa diri.
" Disebabkan aku suka reaksi kau, aku belanja. "
" Yeke? Bukan rasuah ke ni? " Seokjin menjongket bahu.
" Terpulang dengan apa yang kau nak tafsirkan. Tapi ini hadiah dari aku. Dan jugak tanda minta maaf. Aku silap, aku cuai. Maafkan aku ya? " Ibu jari Hwayoung dicapai. Kekoklah nak pegang tangan. Baik pegang ibu jari je.
" Hurm yelah... Kau jangan ungkit lagi pasal tu tau? Aku pun takkan ungkit kat kau. Kita setuju perkahwinan ini terjadi. It's not your fault and it's not my fault. Ini cuma perjanjian antara keluarga kita dan- "
" Dah dah lah tu, penat aku nak dengar semua tu. Aku takkan ungkit dah okay? Dah jom, nanti datang pulak Si Namjoon tu bawa minyak. Nanti lambat karang, kau jangan meroyan. " Hwayoung senyum kecil. Kot Seokjin dicapai dan dipegang. Taknak pegang lengan punya pasal, pegang baju pun okaylah kan?
ㅡ TBC.
![](https://img.wattpad.com/cover/206775224-288-k23806.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romansa" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...