s e p u l u h

89 14 19
                                    

Hwayoung ' s °

Aku mengurut tangan aku. Sesekali aku mengigit bibir. Tak pun aku gigit kuku aku.

Ah, Hwa. Itulah kau sibuk sangat dengan kerja. Birthday bapak sendiri pun lupa.

Tapi kenapa aku boleh lupa? Setiap tahun aku orang pertama yang wish papa. Even aku yang selalunya urus birthday party untuk papa, mama dengan Hansol.

" Kau kenapa? " Tanya Seokjin. Ish dia ni. Tak boleh lurus lagi ke pertanyaan? Geram betul aku bila dia tak pandai nak bertapis dengan perempuan. Dengan bini dia sendiri pulak tu!

" Aku rasa macam.... entahlah. Rasa macam aku ni gagal jadi seorang anak. Birthday bapak sendiri pun lupa sebab kerja. " Ujar aku kecil. Nada kecewa aku gunakan biar Seokjin ni memujuk diriku yang kesedihan. Itu baru namanya suami kan?

" Lahhh... Itu je yang kau bimbangkan? Alah kau rilek lah. Aku dengan appa pun ada satu masa tu dua tahun aku tak wish dia. Elok je hubungan kitaorang sampai sekarang. Kadang-kadang seminggu tak berbual. Masih jugak dia selalu datang beri aku makanan. Kau banyak sangat fikir ni, sebab tu kau sendiri tertekan. " Haih. Kalau dah namanya Kim Seokjin hati gula-gula dengan perempuan lain tapi hati batu dengan aku, apa lagi yang aku perlu buat untuk tukar baru tu jadi biskut?

" Kau ni! Aku perempuan ni memanglah banyak fikir benda macam ni. Aku mementingkan penghargaan, kasih sayang yang ditunjukkan melalui aksi macam apa yang patut aku buat ni. Aku tak bolehlah bayangkan papa rasa tak disayangi oleh aku sebab aku lupa. Alaaaaa Seokjin macam mana ni? "

" Manalah aku tahu. Habistu sekarang ni kau nak aku buat apa? " Aku pandang dia dengan pandangan berkaca. Tahap buntu aku sampai nak nangis dah aku sekarang ni.

" Eh kau nangis ke? Alahhhhhhhhhhhh janganlah nangis macam mana aku nak pujuk???? " Dia mula menggelabah. Sekejap-sekejap matanya beralih memandang aku. Tak lama selepas itu dia memandang juga jalan raya di hadapannya.

Tangannya mencapai pipi aku. Belakang tapak tangan dia gunakan untuk menyeka air mata yang keluar dari mata aku.

" Dah, dah jangan nangis. Meh aku bawa kau ke kedai kek. Kita beli kek untuk papa ya? Janji kau tak nangis lagi. " Semakin kuat tangisan aku. Lama aku tak nangis. Lelagi bila aku semakin stress sebab banyak kerja ni. Makin Seokjin cakap macam tu, makin deras air mata aku mengalir.

" Wehhh aku salah cakap ke? Aku cakap jangan nangis kan? Aku bawa kau beli kek. Aku bawa kau beli hadiah. Apa lagi kau nak? Aku bawa kau buat semua tu. " Ada bunyi desakan di nadanya. Ada juga nada memujuk keluar dari dia.

" Jennie! "

" Kenapa dengan Jennie? Kau nak beli pakaian perempuan dengan papa dari butik Jennie ke? " Lengan dia aku pukul perlahan. Tak faham bahasa betul dia ni lah!

" Taklah! Temu janji dengan Jennie kita belum buat lagi! " Seokjin menepuk dahinya. Dia mengeluh perlahan.

" We are two hours away Hwayoung! Esok jelah dengan Jennie tu. Awal pagi aku teman kau pergi sana. Ngam tak ngam? " Aku pandang dia sekilas.

" Urm... Okaylaaaa. Jom beli kek. "

" Jangan nangis okay? " Aku mengangguk. Tisu yang berada di dalam beg aku, aku capai. " Iya, tak nangis. "

🤯

K

ek sudah dibeli. Tali leher baru berwarna ungu gelap juga sudah tersusun kemas di dalam kotak hadiah.

Senyuman lega menghiasi wajah aku. Nafas aku ditarik perlahan. Dada aku diurut sekilas. Sempat juga otak aku berfikir nak beli sesuatu untuk papa. Seokjin juga membeli jam tangan baru untuknya. Makin bertambahlah koleksi jam dia. Makin besar peluang Hansol untuk dapatkan jam dari papa. Tapi tu lah, seribu jam untuk Hansol tu pun tetap tak cukup untuk buat dia menepati masa.

" Dah happy? " Aku angguk.

" Thank you tau! Kalau kau tak ada, kemungkinan besar aku tak dapat berfikir dengan lurus sebab aku risau. " Dia ketawa. Jarinya membetulkan posisi tangan yang memegang stereng kereta untuk menjadi lebih selesa.

" Aku tahu sangat perangai kau yang terus buntu bila ada masalah tu. Walau kita tak lah lama sangat berkenalan tapi aku boleh nampak kau jenis yang macam mana. " Aku mencebik. Malaslah nak bertekak. Baik aku tidur.

Mata aku dipejamkan rapat. Nak buat power nap kejap selama beberapa minit. Nanti takdalah aku terbongkang bila orang lain tengah berpesta. Aku pun nak enjoy parti papa jugak!

Pergerakkan kereta dapat aku rasakan semakin lama, semakin perlahan. Sampai di satu masa, kereta berhenti bergerak. Aku cepat-cepat membuka mata aku.

" Dah kenapa? " Tanya aku. Seokjin di sebelah masih kaku. Weh dia ni dah kenapa?

" Seokjin? " Panggil aku. Bahunya aku sentuh lembut.

" Hwa..... "

" Kenapa? "

" Aku.... Aku... "

" Kau kenapa?? "

" Aku lupa isi minyak! "

Bala yang satu dah berlalu, bala yang kedua pula datang.

ㅡ TBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now