Hwayoung ' s °
" Maaaaaaaamaaaaaaa! " Aduhh bergema jugak suara aku di dalam rumah yang besar gedabak macam gerabak kereta api ni. Eh?
Bodoh jugak kau ni Hwa. Apalah nak disamakan dengan gerabak pulak dah. Adoi.
" Ye sayang? Mama tengah prepare breakfast ni. " Aku menyisip dari tepi. Biasalah, hobi aku makan. Kalau aku dah berdiri di tepi mama ni, haaa korang dah boleh agak dah yang tangan aku akan singgah ke makanan yang mama tengah buat. Tengah buat okay, bukan yang dah siap dibuat.
" Heish , budak ni ! Janganlah kacau mama masa mama sibuk ni. " Aku tersengih.
" Alaaa , ma. Kacau macam mana sekalipun, mama tetap sayang kan. Haaa, tak apa lah tu. "
" Hmm.. Yelah. Ni nanti sibuk tak? " Aku mengangguk lesu. Haish, bila je anak mama ni tak sibuk.
Dahlah sekarang ni nak dekat fashion week. Makin lah aku ni bersemayam kat office tu je. Silap hari bulan, boleh bermalam aku kat office aku tu.
" Hmm.... Kalau sibuk, jangan pulak kamu lupa nak balik rumah nanti. "
" Taklah mama. Mustahil la Hwa lupa. " Tangan aku mula mengambil container tempat mama letak kimbap yang telah siap disusun. Makan besar lah aku lunch ni. Nasib baik mama buat kimbap. Aku baru cadang taknak beli makanan. Ehek!
" Dapat balik awal tak? " Aku menjongket bahu. Sungguh aku tak tahu. Dahlah kerja aku ni bukannya boleh harap sangat.
Kejap macam takda kerja. Pastu macam ada kerja yang perlu diselesaikan untuk sepuluh tahun. Aku pun tak paham.
Aku lagi tak paham kenapa aku ni bos kat tempat kerja aku. Kerja dahlah bapak susah tapi aku boleh pulak jadi bos.
Tapi entahlah. Kuasa jadi Cheon Hwayoung kot. Seorang wanita yang berkarisma lagi bergaya, ke mana-mana sahaja kehadiran disenangi ramai. Ha gitchew!
" Kalau nanti Hwa terpaksa lambat balik, nanti Hwa bagitau mama. Tapi , Hwa janji Hwa akan cari jalan dan usaha sungguh-sungguh untuk balik awal demi mama. " Aku mengangkat tangan aku lagak seperti orang yang tengah angkat sumpah. Perlakuan aku tu pun mengundang tawa mama aku. Haa , nasib baik kau lawak Hwa. Takdalah kau nak dengar mama membebel awal pagi.
" Hwa pergi dulu ya ma? " Kata aku sambil mencium pipi mama yang tengah sibuk buat another batch of kimbap. Hmm,, mama aku ni dah mula nak berbisnes kimbap ke sampai nak kena buat banyak-banyak ni?
Takpelah. Mungkin mama ni tau kot ahli keluarga dia semua makan serupa dinasour. Lagi-lagi anak lagi dia yang duk sibuk bina badan tu. Badan tough penuh muscle tapi bila makan dah macam gajah yang tak makan sepuluh tahun. Nasib baik adik aku. Kalau dia tu abang aku, memang kebuluran lah aku sebab makanan semua dia ambik. Haish.
Aku berjalan ke arah pintu rumah sambil tangan aku cuba memasukkan container ke dalam beg. Apesal pulak lah container ni degil sangat nak masuk dalam beg aku ni?!
Ye , aku tau harini isnin dan sebab tu aku malas nak kerja. Tapi kan, takkan lah container pun malas nak pi kerja macam aku?! Hello?! Container je kot???
What kind of madness is THIS?
Merepek eh kau Hwa awal pagi ni?
Sedang aku duk bergelut dengan container aku, tetiba aku menerima panggilan yang memburukkan pagi aku yang separa buruk ni.
" Haa, hello? " Kataku dengan nada yang agak bengang sebab eh semua benda tak kena kot. Gila tak bengang?
" Erm, bos. Tadi ada pihak Q Boutique telefon. Dorang cakap nak beberapa model daripada kita by 3 harini dan kalau model semua tu tak muncul, dorang nak cancel tajaan dorang untuk fashion week kita. "
Bapak awal budak ni bekerja. Aku ni pun masih terkial-kial nak cari kunci nak bukak kereta aku. Haish, bos yang kurang bertauliah betul aku ni.
" Okay habis tu? Suruh jelah bos model hantar 4 ke 5 orang model untuk kita. Apa masalahnya? "
" Itulah masalahnya bos. Bos model taknak bagi kerjasama. Ni mintak tolong bos sebab kami semua ni susah sangat nak berkompromi dengan bos model tu. Dia taknak bagi muka! " Aku mengeluh.
Kerja aku ni kalau si bos model tu takda, aku rasa seribu kali lebih senang dari sekarang.
ㅡ TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...