Hwayoung ' s °
Sehelai demi sehelai dress aku cuba. Semunya hasil tangan si Qayla. 40 helai baju telah siap dihasilkan tapi hanya 10 helai yang terbaik sahaja diberikan kepada aku untuk aku cuba. Katanya baju yang lain berada dalam saiz yang sama, cuma rekaan yang berbeza. Aku pun sekadar mengiakan.
Yelah, kerja aku hanya urus event ni dan pastikan semuanya berjalan lancar. Dari mencari pereka fesyen sampai ke acara peragaan pakaian tu nanti, memang tugas aku untuk handle.
Fitting ni pun aku kena cari model. Sepatutnya ada bos model yang menolong. Dah nama pun bos model, benda-benda berkaitan dengan model ni pun dia sepatutnya yang kena uruskan. Balik-balik aku pulak yang kena bertanggungjawab. Haish. Baru nak bahagia bila kerja aku dah hampir selesai. Datang pulak masalah baru.
Dan sekarang ni aku berdiri di hadapan cermin di dalam butik Qayla Lee bersarungkan dress panjang berwarna putih di hadapan aku. Kenapa boleh jadi macam ni? Sesungguhnya, aku langsung tak tahu.
Alasan bos model, semua model dia ada urusan. Ye, aku tak tahu lah model semua tu sedar ke tidak yang dorang bekerja di bawah telunjuk aku. Hm.. Biarlah. Biarlah dorang tak sedar diri. Bila aku potong gaji nanti, baru semua nak cium kaki.
Aku keluar daripada fitting room itu untuk menunjukkan baju yang terakhir dipakai oleh aku. Sebelum kaki aku ni melangkah, aku menilik seketika situasi yang berlaku di luar.
Amboi. Seokjin tengah bercerita tentang cerita bosan dia tu dan si Qayla ni duk ketawa je sedari tadi. Siap menepuk tampar bahu Seokjin.
Kurang asam punya Qayla. Orang tengah serius dan nak bekerja, dia siap buat dating show dalam butik sendiri. Kalau aku ni tak kenang yang baju cantik yang aku pakai ni rekaan dia, memang lunyai baju ni aku kerjakan.
Eh? Apa kaitan?
Ah, biarlah! Yang penting sekarang hati aku panas. Terasa nak ludah je dua orang manusia tu.
Aku keluar dengan menghentak kaki perlahan. Perlahan je, kalau tak habislah aku ni nanti dipandang serong. Hilang rasa hormat orang kat aku nanti. Kesian aku. Kan?
" Macam mana? " Tanya aku sambil tangan aku didepakan. Sekadar untuk menunjuk potongan dress itu yang memang sempurna di badan aku. Ke badan aku ni yang terlalu sempurna?
EHEHEHEHEHEHE
" Cantiknya baju yang kau pakai ni Hwa! " Aku mencebik. Kalau nak puji aku cantik, cakap je lah! Sibuk nak puji baju konon. Padahal aku yang cantik. Kalau baju ni disarung ke dalam badan unta, belum tentu lagi orang tahu yang baju ni berjenama.
" Hmm... Memang cantik. Sesuai untuk kegunaan sewaktu cuaca panas. Kain pun breathable. Corak simple. Tak terlalu menonjol. " Kata aku sambil tangan aku mengusap perincian baju itu.
" Miss Cheon kalau suka baju tu bolehlah order. Kami akan beri baju yang lebih cantik berbanding ini. Probably, custom made? Kalau miss Cheon nak. "
" Harga macam mana? Sama? " Dia tersenyum seram. Tahu tak macam mana senyuman tu? Senyuman tu macam sebuah senyuman yang kau ukir bila kau nak bunuh orang yang kau benci. Atau bila kau nak bunuh orang yang tidak ada apa-apa salah terhadap kau, sekadar kau suka untuk bunuh dia.
Ha, itulah senyuman dia waktu tu. Creepy kot!
" Harga mana boleh sama miss Cheon. Mestilah lebih mahal berbanding yang ini. " Mak aih! Yang ni pun aku malas nak beli sebab terlampau mahal. Apatah lagi yang custom made. Baik aku borong je baju kat bundle.
" Erm kalau macam tu, takpalah Qayla - ssi. Saya pun masih belum peroleh pendapatan. " Qayla tersenyum sinis.
" Eh bos syarikat besar pun takda duit? Betul ke maju syarikat tu? " WOW.
" Bukan apa Qayla - ssi, cuma banyak benda kena bayar. "
" Oh hutang eh? " Sesiapa tolong halang aku daripada nak sumbat mulut Qayla ni dengan batang penyapu.
" Qayla - ssi , itu syarikat saya dan- "
" Dan itu syarikat tempat saya bekerja juga. Saya pantang tau bila tempat kerja saya dihina. " Aku pandang Seokjin. Dia masih lagi tersenyum namun telinga dia mula kemerahan. Wah, Kim Seokjin hati bata pun terkesan? Hebat ni. Qayla pun terdiam bila dibidas oleh dia.
" Erm kalau macam tu saya nak minta izin dululah. Apa-apa hal, sila berurusan dengan secretary saya. " Aku hanya tersenyum. Amboi Qayla. Dah kena marah sikit terus bitter. Apo?!
ㅡ TBC.
![](https://img.wattpad.com/cover/206775224-288-k23806.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Romance" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...