Author ' s °
" Is it only me or Namjoon tadi asyik tersengih sambil jeling kau? " Matanya fokus dengan jalan raya di hadapan tapi mulutnya bergerak menuturkan soalan yang sedari tadi berligar di fikiran.
" Entah. " Seokjin tersengih nipis. Maki nanti koyak pulak dia.
" Nak rasa kena pukul? "
" Nak dilabel lelaki dayus? "
" Ish kau jawab jelah soalan aku! Tak penat ke hah asyik nak cari gaduh je? " Hwayoung menjulingkan mata ke atas. Dia mengeluh kecil.
" Aku cantik. Dia pandanglah. "
" Aku tak selesa. "
" Kau dah kenapa? " Hwayoung memandang Seokjin. Buat tabiat ke lelaki ni?
" Kau isteri aku. Dia kawan baik aku. "
" And then? "
" Kau memang nak kena tunjal eh? "
" Eh apa pulak tunjal? Betul lah apa aku tanya kan? Kalau dia suka aku pun, aku tetap milik kau. Jangan risaulah. Sejak last boyfriend aku, aku tak buka hati aku kat sesiapa. " Seokjin mengerling ke arah Hwayoung. Bibirnya mengukir senyuman pendek.
" Last boyfriend yang curang tu? " Hwayoung menutup mata. Keluhan berat dia lepaskan. " Hm. "
" Kau janganlah kenang lagi pasal tu. Kalau dia pergi, itu kehilangan dia. Dia tak nampak yang kau bermakna. "
" Kau nampak? " Seokjin ketawa. Sekali lagi dia menjongket bahu. " Mungkin nanti aku akan nampak, we never know. Kita pun tak tahu hubungan ni berterusan atau tak. Kan? "
Hwayoung mengeluh sekali lagi. Cermin mata hitam dikenakan memandangkan matahari yang ingin terbenam mula menampakkan diri.
" Aku tidur dulu. " Seokjin mengangguk cuma. Fokusnya tetap pada pemanduan.
🤯
" Oi. Dah sampai. " Pedal brek ditekan. Brek tangan ditarik. Kereta itu dimatikan tatkala kereta mereka parkir betul-betul di hadapan pagar rumah. Memandangkan di perkarangan rumah seakan-akan penuh dengan kereta, jadi Seokjin tak mahu mengambil risiko untuk berpadat di dalam.
Pintu kereta dibuka dan dia beralih ke tempat duduk belakang. Kek tadi diambil perlahan, takut nanti rosak pula kek itu. Mahal pula tu.
Hwayoung menguap sekilas lalu menggosok mata. Air kosong di dalam beg dicapai dan diteguk. Sambil-sambil itu dia meregangkan badannya. " ARGHHHHHH "
Dengan cepat Seokjin berjalan ke arah Hwayoung. Pintu kereta bahagian Hwayoung dibuka dengan mukanya memaparkan riak cemas.
" Kau dah kenapa? " Tanya Hwayoung. Pejam celik matanya memandang Seokjin. " Kau jerit tadi kenapa? "
" Lahhhh. Aku stretching lah gila. Itu pun nak risau ke? " Kepala Hwayoung menjadi mangsa tunjalan Seokjin. " YAH!! KAU DAH KENAPA ASYIK - ASYIK NAK TUNJAL KEPALA AKU?! "
" Kot ya pun nak stretching, janganlah jerit macam tu. Nanti orang tak dapat beza kalau kau jerit sebab stretching ke atau kau jerit kena culik. "
" Ohh jadi kau berharap aku kena culik lah ni? " Seokjin bercekak pinggang. Bila masa pulak aku sebut pasal minta dia kena culik?
" Dahlah. Eeee tak penat ke gaduh? Buang tenaga aku je. " Seokjin terus berlalu meninggalkan Hwayoung. Hwayoung yang masih memakaikan kasut di kaki merengus dan merenung tajam lelaki itu. Silap hari bulan boleh tembus badan Seokjin dek pandangan tajam Hwayoung.
Usai itu, dia pun masuk ke dalam rumahnya.
Setibanya dia di hadapan pintu runah, Seokjin sudah terpacak di situ dengan kek setia di tangannya. " Kau dah kenapa berdiri macam tunggul kat sini aku tengok? Kena sampuk ke? " Seokjin membalas pertanyaan Hwayoung dengan jelingan.
Loceng di pintu Hwayoung tekan. " Mamaaaaa! " Laung Hwayoung dari hadapan pintu. Mamanya yang masih mengemas hidangan di atas meja makan bergegas keluar menyambut anak dan menantunya.
" Ma- "
" Iya, iya mama datang ni! Ish budak ni tak pandai sabar betul. " Omel Puan Shim. Pintu rumah dikuak dari dalam. Wajah manja Hwayoung dan wajah Seokjin, menantu yang dirindui, menghiasi hadapan pintu.
" Aigooooo menantu mama dah balik! " Tangannya ditekap ke muka Seokjin. Dia menarik wajah Seokjin lalu dikucupnya kening lelaki itu. Seokjin sekadar tersengih tersipu-sipu malu.
" Hmmm untunglah jadi menantu Puan Shim Rawon. Asal muncul depan mata dia je terus anak dia ni tak dihiraukan. " Ujar Hwayoung. Baru sahaja dia nak membuka langkah, tangannya ditarik. Kena pujuk sebelum makin berlarutan rajuk Hwayoung. Payah nak pujuk.
" Apa salahnya mama nak lepas rindu dengan menantu mama? " Pipi Hwayoung diusap perlahan. Matanya direnung lembut. Bibir Hwayoung akhirnya dihiasi senyuman. " Yelah Madam Shim. Hwa naik dulu. "
" Ehhhh nanti dulu! " Sekali lagi langkah Hwayoung terhenti. Dia berpaling sekali lagi memandang mamanya. " Kenapa ma? "
" Tinggal suami nampak? Tolonglah dulu laki kami ni. Tak kesian ke tengok dia bawa berat-berat? "
ㅡ TBC.

YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Dragoste" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...