l i m a

126 16 35
                                    

Hwayoung ' s °

" Dan dia cakap dia dah nak pergi lunch sekarang. " Aku mengeluh. Memang mangkuk bukan sebarang mangkuk lah si Seokjin ni.

" Macam mana Hwa? Kau nak mengalah ke kau nak pergi jumpa dia? " Aku mengeluh sekali lagi bila dengar soalan Jihyo tu.

" Nak buat macam mana lagi Hyo? Kalau aku tak jumpa dia, naya event kita tu nanti. Kau tau kan bos Q tu macam mana? Dahlah connection dia kemain mantap. Nanti kalau dia pi complain kat bos butik lain, tak keruan kita dibuatnya. Nak taknak aku memang kena jumpa bos model tu jugaklah jawabnya. " Jihyo mengangguk perlahan. Mulutnya dimuncungkan sedikit tandanya sedang berfikir.

" Nanti kau jangan nak buat onar dengan dia. "

" Eish, taklah. Aku boleh control, boleh behave lagi tu. Kau jangan risau. "

" Hmm, baiklah. Kalau macam tu, aku rasa kau kena pergi sekarang. Dah nak pukul 11 ni. Bos model tu makan laju. Kot kot nanti kau terlambat sikit, habislah kau ~ " Aku membuat muka menyampah yang mengundang tawa Jihyo. Jihyo kemudian meminta diri untuk pergi ke mejanya, nak siapkan kerja katanya. Aku sekadar mengangguk perlahan dan tersenyum lesu.

Aduhhh, malas betul aku sekarang ni!

🌙

Aku memandang tajam lelaki yang tengah berselera makan di depan mata aku ni.

Sekarang ni aku rasa dah 5 minit aku duduk depan dia ni tapi dia langsung tak memberi sebarang respon. Aku rasa disebabkan aku dah lama sangat duduk depan dia ni sampaikan aku dah boleh hafal pergerakan dia.

Okay macam ni. Mula-mula dia ambik sudu untuk ambik nasi dia. Lepas tu dia masukkan nasi ke dalam mulut dan kunyah 5 kali. Lepas tu dia ambik daging beserta dengan kimchi dan dia masukkan ke dalam mulut untuk dikunyah bersama nasi. Tak lama lepas tu dia hirup pulak sup seaweed dia. Habis semua tu, dia ulang balik semua pergerakan yang dia buat tu.

Haa tengok. Kalau makin lama aku duk perhati dia, dah boleh buat reaction video dah aku. Dia pulak boleh bukak channel mukbang. Yelah, manatau nanti company aku lingkup sebab dia taknak beri model. Daripada buntu sebab tak tau mana nak cari kerja, eloklah aku dah buat plan awal nak bukak YouTube channel. Ada jugak duit kalau subscribers dengan viewers melambak.

Eh, apa kau merapu ni Hwa?!

" Tak penat ke tengok aku? Yelah, aku tau aku ni handsome sampai aku tau takkan ada siapa penat nak perhati aku tapi jujur aku cakap aku tak selesa lah kau pandang aku sambil aku makan ni. Baik aku makan depan camera kalau aku nak orang pandang aku. " Eh gila. Perasan betul dia ni. Aku menjulingkan mata ke atas kemudian meneguk air kosong yang ada di atas meja sebelum memulakan sesi pujuk-memujuk.

" Okay, macam ni lah. Aku taknak buat kepala kau serabut sebab aku pun taknak serabutkan otak aku jadi aku harap sangat kau senangkan kerja kita ni. " Dia masih lagi sibuk berperang dengan makanan, sudu dan mangkuk dia. Eloklah tu berperang dengan spesies sendiri. Spesies mangkuk.

" Seokjin? "

" Kau cakap jelah. Aku dengar ni. "

Aku mengeluh. Penat lah aku.

" Aku nak models. By 2. Aku nak bawak 4-5 orang je kot. Bukannya banyak. Apalah susah sangat? Aku bukan nak bawak lari pun model kau. Lagipun bukan kau puny- "

" Kau jangan banyak sangat cakap boleh tak? Kau tau tak dari pukul 7 tadi aku duk pikir macam mana aku nak bagi kau model sedangkan model aku tus semua tengah cuti. Yang ada pun cuma 10 orang tapi dorang semua ada event. Ada yang tengah photoshoot dan ada yang tengah shooting drama. Aku taknak bagitau kau semua tu melalui orang lain sebab aku taknak kepala otak kau yang dah penuh tu lagi serabut dengan masalah ni. Sebab tu aku prefer kau untuk duduk depan aku macam sekarang ni sebab aku nak kita figure out sama-sama berkenaan dengan penyelesaian masalah kita sekarang. "

Aku pandang dia dengan mata yang penuh berharap. Berharap yang akan ada sumber idea daripada dia. Idea untuk selesaikan masalah ni sebelum syarikat aku diselesaikan.

" Jadi? "

" Jadi apa? Tak nampak ke aku tengah makan ni? Dalam sup ni pun aku dah terbayang consequences kalau model kita semua takda untuk fitting. "

" Kat nasi tu tak nampak ke sebarang solution? "

Dia pandang aku dengan muka tak puas hati. Mulutnya yang sibuk mengunyah makanan tadi kini berhenti mengunyah. Penuh jugaklah mulut dia tu. Harap-harap tak tersembur nasi kat aku.

Tak lama kemudian dia menyambung kembali tugasannya untuk mengunyah makanan. Diam je dia. Aku yang sedari tadi tengah nervous ni dah macam cacing kepanasan. Yelah, kalau dia dan aku tak cari solution dalam masa yang singkat nanti habislah aku. Aku ni kalau dalam rushing dan nervous, kepala otak aku memang tak boleh pakai. Bak kata orang, otak tengah blank.

" HAAAA! " Eh gila. Terkejut aku. Tadi diam kemain, pastu tiber menjerit. Nasib baik aku takda masalah jantung.

" Apa dia? Daging kau tu ada beri solution ke? " Dia tersengih sambil meletakkan sudunya di atas meja. Kedua-dua tangannya merapatkan kedua-dua tangan aku.

" Tak, tapi muka kau yang bagi aku petunjuk untuk solution. " Ceh.

" Aku tau muka aku cantik tapi tolonglah jangan merepek boleh ? "

" Ish, aku serious lah ni! Nak dengar tak? "

Aku pandang dia dengan muka menyampah.

" Haa apa? Apa solution kau tu? "

" Kau dan aku jadi model untuk fitting nanti! "

WHAT?

EEEE DIA NI MANGKUK BETULLAH!

- TBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now