s e m b i l a n

99 18 21
                                    

Seokjin ' s °

" Thank you sebab defend aku tadi. Kalau tak memang berperang aku dengan si Qayla tu. " Aku mengerling memandang Hwayoung di sisi. Tangan dia masih lagi memeluk beg tangan kelabu miliknya.

" Cantik beg kau. " Dia tersengih.

" Tengoklah sapa beli. " Aku sekadar tersenyum simpul. Tangan kanan aku menggenggam erat stereng kereta. Tangan kiri aku menggaru dagu aku.

Bila tak bergaduh dengan Hwayoung ni bahaya juga. Yelah, contoh macam sekarang ni. Kami tak bertekak pun. Dia pulak siap beri terima kasih kat aku. Kekoklah. Seram kut kekok macam ni dengan Hwayoung.

Aku berdehem untuk membuang segala rasa kekok yang terapung di udara.

" Family kau semua sihat? " Dia mengangguk.

Ha sudah. Nak tanya apa lagi ni?

" Mama suruh aku balik awal. Kau tahu tak apa sebab dia? " Aku menggeleng. Takda pulak aku diberikan arahan sebegitu rupa daripada omma. Mungkin urusan Hwayoung saja kot.

" Kau tak diberitahu? "

" Tak pun. Mungkin ada majlis pihak keluarga kau kot. " Dia memandang aku. Tangannya menongkat dagu. Aku hanya mengerling perlahan.

" Takkanlah kau tak diberitahu. After all, kau ni penting jugak dalam keluarga aku kan? Lagipun dorang tahu harini kau 'balik'. Kenapa pulak dorang tak jemput kau? " Aku tersengih.

" Kau janganlah nak bingung sangat. Habis tu kalau dorang jemput aku, kau nak ke hadap muka aku? " Pandangannya yang diberikan kepada aku tadi bertukar kepada jelingan tajam. Dia mengalihkan perhatian ke arah luar tingkap di sebelah kanannya. Tahu pun malas nak layan aku.

Aku ni sekali disuruh menghanat, boleh jenuh orang lain layan perangai aku.

" Kau datang je lah. Nanti apa aku nak jawab bila mama tanya? " Katanya. Matanya masih tidak lari dari memandang ke luar tingkap. Apalah yang menarik kat luar tu. Padahal aku kat dalam ni yang handsome lagikan menawan ni di tepi dia je. Elok tengok aku, lagi ngam.

" Kau pergi? " Alahai Seokjin, bodohnya soalan.

" Rumah aku kot? Soalan kau tak boleh pelik lagi ke? " Aku ketap bibir. Buntu ni buntu. Omma tak beritahu apa-apa pun kat aku. Betul jugak apa yang Hwayoung cakap. Aku ni pun penting jugak dalam keluarga dia.

" Kau tak telefon omma? "

" Kenapa? " Aaaaaaaaa kenapa eh?

" Saja. " Bodoh betul jawapan eyyy tolong pukul aku, anyone?

Dia senyum senget. Sempat dia melepaskan keluhan kecil sebelum tangan dia sibuk meneroka ke dalam beg. Tak lama selepas itu, tangannya menggenggam sebuah telefon merah yang bersinar. Bersinar kauuu! Vogue tak vogue Miss Cheon kita ni?

Dia menekan beberapa punat di telefon sebelum melekapkan telefon itu di telinga. Seketika kemudian dia mula bersuara.

" Hello? Mama! " Jeritnya riang yang mengundang senyuman kecil di bibir aku.

" Haa, ni ada seseorang nak bercakap dengan mama. " Telefon itu dia alih dari telinganya. Punat speaker ditekan dan dia menyuruh aku untuk bercakap dengan omma.

" Annyeong ommaaaaaa! " Jerit aku riang.

" Omoooooo! Menantu omma dah balik ya? " Aku ketawa. Sesekali aku menjeling ke arah Hwayoung. Merah pipi wanita itu. Apalagi, semakin galak aku ketawa disebabkan muka dia yang dah macam kena masak tu.

" Dah omma, baru je tadi. " Yelah tu, padahal balik rumah sendiri. Ini semua Hwayoung punya pasal lah ni. Tak pasal-pasal aku kena menipu ibu mertua kesayanganku.

" Hwa ambik lah ni ya? "

" Haa, ya. Kami tengah on the way nak- "

" Nak dating ler tuuuuuuuuu! " Sahut omma di sebelah sana. Aku sekadar ketawa besar dan Hwayoung pulak nampaknya semakin berasap di tepi aku.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA AKU SUKA BETUL TENGOK DIA BERASAP MACAM NI AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

" Alah omma ni janganlah cakap kuat. Hwayoung dah merah dah wajah dia kat sebelah Seokjin ni. " Omma ketawa. " Ma, Seokjin tengah drive ni. Mama cakap dengan Hwa je lah. Lagipun Hwa telefon ni nak tanya. Kenapa mama nak Hwa balik awal? "

" Lupa lah ni harini birthday papa? " Mata aku membulat memandang Hwayoung. Hwayoung menampar dahinya sendiri.

Masakan kami berdua boleh lupa?!

ㅡ TBC.

[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTSWhere stories live. Discover now