Jihyo ' s °
Eish, Hwayoung ni. Benda senang macam ni pun nak kena aku pulak yang buat.
Ni nanti macam mana dia nak menerajui Aesthete kalau aku cuti beranak nanti. Dahlah aku ni je orang kanan dia yang paling dia percaya. Nak harapkan dia bekerjasama dengan bos model tu memang mimpi di siang hari jelah jawabnya.
Laju kaki aku melangkah ke bilik bos model yang terletak di hujung koridor tingkat 3 bangunan Aesthete ni. Ni pun satu. Pindah sini lepas tu buat bilik jauh-jauh dah kenapa? Tak consider ke aku yang tengah sarat ni. Dahlah anak aku ni berat, lepas tu nak kena jalan jauh lagi. Agak-agak nya kalau aku berjalan dalam kelajuan biasa, aku rasa memakan masa sejam kalau nak sampai ke bilik si bos model ni.
" Jihyo-ssi , nak pergi mana? "
Aku tersenyum sambil memegang perut aku. Takut je kalau anak aku buat hal sebab omma dia tak reti nak duduk diam.
" Oh, nak pergi jumpa bos model. Dia ada? " Secretary bos model, Lisa Park, mengangguk. Muka dia agak blur tengok aku. Mungkin dia kagum sebab aku yang mengandung ni sanggup jalan jauh ke bilik bos model walaupun aku boleh sampaikan apa-apa pesanan kepada dia. Kalaulah dia tau tujuan aku jumpa bos model, mesti dia lagi kagum dengan semangat setia kawan aku kat Hwayoung.
Aku kemudian mengangguk dengan penuh hormat kepada Lisa dan meminta diri untuk berlalu. Dia dengan fail yang masih dipeluknya, mengangguk kembali ke arah aku dah berjalan meninggalkan aku.
Aku sambung kembali perjalanan aku ke bilik bos model. Tak lama kemudian dengan tak sedar aku sudah berdiri di hadapan pintu bos model. Inilah akibatnya bila kau mengelamun walaupun kaki kau masih bergerak. Nasib baik aku sempat tersedar sebelum aku terhantuk kat pintu bos model ni.
Aku mengambil nafas panjang. Nervous jugak eh nak berhadapan dengan bos model ni walaupun aku lagi senior daripada dia kat company ni. Takpa, Jihyo. Kau boleh!
Dengan perlahan aku mengetuk pintu bilik bos model.
" Masuk. " Jawab orang di dalam dengan agak serius.
Aku membuka pintu dan menjengulkan kepala aku yang comel dan bos model memandang tepat ke arah mata aku.
" Eh, Jihyo! Masuklah. Duduk depan saya ni. "
Aku tersenyum dan terus mengambil tempat duduk di hadapan dia.
" Kenapa datang sini? Dahlah jauh, lepastu awak tu pula tengah sarat. Kenapa tak beritahu je kat Lisa suruh dia sampaikan pesanan kat saya? " Aku tersengih kecil. Sambil-sambil tu aku bermain dengan plaque nama yang bertulis 'Kim Seokjin' di hadapan aku. Sekadar nak membuang nervous yang masih tersisa.
" Erm, Seokjin-ssi. "
" Ya? "
" Busy? "
" Tak juga. "
" Dah makan? "
" Oh, sarapan tadi dah. Tapi lepas ni nak pergi lunch. "
" Aaa, okay. Kat mana? "
" Kedai bawah je. Kenapa? Nak join? "
" Eh tak! " Jawabku cepat dan secara tidak sengaja aku meninggikan suara aku sikit ke arahnya yang membuatkan dia agak tersentak.
" Aha. Baiklah kalau tak. Tapi ni kenapa nak jumpa saya? Awak boleh cakap dengan jujur, saya tak makan orang tau? " Katanya berseloroh. Wah, dah ada peningkatan. Sebelum ni tak pernah dia nak berseloroh dengan semua orang kat company ni.
" Erm, sebenarnya Cheon Hwayoung yang suruh saya datang ke sini. " Sebaik sahaja aku menyebut nama Hwayoung, raut wajahnya berubah. Tadi elok je dia tersenyum ke arah aku dan sekarang senyuman dia tu kian pudar. Eish, aku pulak rasa bersalah sebab rosakkan mood dia.
" Sebab model? " Aku mengangguk.
" Maafkan saya, Kang Jihyo. Tapi kalau boleh awak beritahu kat dia saya tak suka dia susahkan awak semata-mata untuk pujuk saya beri model kat dia. Kalau dia nak sangat model tu suruh dia jumpa saya. Eii, tak kesian ke dia tengok awak yang tengah sarat ni berjalan jauh ke sini untuk kepentingan dia tu? Geram pulak aku. Ugh! "
" Tapi Seokjin-ssi, model tu bukan untuk kepentingan dia je. Kalau Seokjin-ssi bagi kelulusan untuk dia bawa model ke Q Boutique tu, satu company akan happy. Haa! " Seokjin ketawa kecil. Eh, ketawa pulak dia tatkala aku tengah serious ni.
" Kenapa ketawa? "
" Tak, takda apa. " Dia berdehem seketika dan kembali membuat muka seriusnya.
" Walau apapun saya nak dia jumpa saya personally dan bukan hantar orang lain macam dia hantar awak. "
" Tapi saya yang nak pergi sini. Dia tak suruh pun. Saya kesiankan dia sebab dia dah buntu sebab awak tak beri dia model lagi. "
" Hmm, yelah. Saya tak salahkan dia dan tapi dia kena jugak bertemu dengan saya kalau masih nak model dia tu. Lepas ni saya nak pergi makan. Kalau dia nak, jumpa saya kat sana. "
Aku mengeluh perlahan dan mengangguk. Sempat aku berikan senyuman kepada dia sebelum berlalu.
ㅡ TBC.
YOU ARE READING
[OG] Honey Not Moon ➳ Seokjin BTS
Roman d'amour" Kau dengan aku datang sini sebab kerja je tau? Jangan nak melebih pulak. " " Hek eleh. Kau ingat aku nak bercuti dengan kau? " Al kisah dua orang manusia yang merupakan sepasang suami isteri tapi saling membenci terpaksa 'honeymoon' bersama-sama...