*Surprise* "Rose!?"
*Excite* "Boss..."
"Awak dah sedar!"
*Nod* *Smile* "Mm!"
*Glad* "Baguslah..." Haru bangun lantas memimpin tangan Rose yang berdiri di muka pintu lalu mengarahnya duduk bersebelahan Dayang.
Haru melihat tangan Rose yang terputus akibat terkena serangan Dullahan berjaya disambungkan semula.
"Mana yang lain?" Soal Haru.
"Ada yang dah sedar, ada yang belum dan diaorang dalam keadaan baik." Balas Rose dengan nada sedikit lemah. Dia masih belum pulih sepenuhnya dan cuba merahsiakannya daripada pengetahuan Haru namun tidak berjaya.
*Worry* "Awak betul dah okay?" Tanya Haru sambil melihat wajah Rose yang kehilangan sedikit warna.
*Nod* "Hm."
"Tapi muka awak nampak pucat."
"Saya okay jer boss, cuma kena banyakkan berehat dan tangan ni pun dah kembali berfungsi seperti biasa." Jawab Rose sambil menggerakkan tangannya yang berbalut.
"Awak sepatutnya berehat kenapa datang sini?"
"Sebab tak sabar nak jumpa Boss."
"Ha..? Hahaha..." Haru ketawa kecil mendengar jawapan tersebut lalu mereka berdua berbalas senyuman.
*Observe* Tanpa sedari tingkah laku mereka itu sedang diperhatikan oleh yang lain.
Haru dan Rose kelihatan seperti sepasang kekasih kerana pandangan dan percakapan antara mereka sangat mesra.
Gadis yang bernama Rose itu mempunyai susuk tubuh tegap walaupun kurus, rambutnya lurus melepasi bahu berwarna perang, matanya bersinar - sinar penuh keceriaan dan bibirnya tidak berhenti dari memberikan senyuman menawan.
Dia adalah contoh seorang gadis jelita, kecantikannya mampu bersaing dengan Dayang yang berbangsa Elves itu.
*Whisper* "Siapa tu?" Bisik Marie kepada Mira.
"Hmm... Pembantu dia rasanya, dia panggil Boss kan." Balas Mira dengan nada tidak pasti.
"Pembantu?"
Mira juga tidak mengenali Rose meskipun dia yang merawat tangannya.
*Talk* Haru dan Rose masih berbual walaupun menyedari pandangan mereka sedang tertumpu ke arahnya.
*Cough* "Huk! Ahem! Siapa gadis cantik ni Haru?" Tanya Marie sambil memandang Rose.
*Startled* Haru sedikit tersentak kerana terlalu gembira sehingga terlupa untuk memperkenalkan Rose.
Itu bukanlah kali pertama Rose menjumpai mereka. Dia bertugas sebagai Royal Knight maka kerap kali dia bersua muka tetapi tidak pernah lagi bertegur sapa.
"Perkenalkan semua, ni Rose, pembantu aku. Rose kenalkan, ni Dayang, Marie dan Mira." Balas Haru sambil menuding jari ke arah mereka bertiga.
*Shock* Rose terkejut gadis kecil dipangkuan Marie itu adalah Hero Mira namun tidak menanya.
*Bow* *Smile* "Salam perkenalan, Saya Rose, pembantu di premis Haru. Terima kasih kerana banyak membantu Haru dan berbakti untuk negara. Sage Mira, terima kasih merawat saya, bila ada peluang nanti saya akan balas jasa Sage Mira."
"Sama - sama, masalah kecil jer, tak perlu nak bagi apa - apa."
*Shake Hand* Mereka bertiga bersalaman.

YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...