" Awak dah makan ke, Hwa ? Kalau belum, saya masak sikit. Dalam peti ais ada lauk juga tu.", soal Aurora sebaik sahaja pulang daripada kafe.
"Dah tadi. Makan dengan si San dengan Hongjoong."
"Aurora dah makan juga ke, sayang ?", Seonghwa pula bertanya dengan nada lembut.
Tiap kali suaminya itu memanggilnya sayang, mahu sahaja jantungnya tercabut. Membahang sekejap pipi Aurora.
Wanita itu hanya mengangguk laju tanpa memandang wajah Seonghwa.
Tiba-tiba tangan Seonghwa melingkar di pinggang Aurora. Terjerit kecil wanita itu dibuatnya.
Wajahnya disembamkan ke leher Aurora. Hembusan nafas lelaki itu membuatkan leher Aurora berasa geli.
"Hwa, leher saya gelilah .", kepala Seonghwa ditolak menjauhi lehernya.
Seonghwa merengek kecil tatkala Aurora berbuat demikian.
"Dahlah pergi mandi sana.", arah Aurora kepada Seonghwa.
"Okey.", lelaki itu melepaskan pelukan lalu berjalan menuju ke tingkat atas.
"JOM MANDI SAMA - SAMA !", Seonghwa mencempung badan isterinya dan berlari naik.
"YAH PARK SEONGHWA !", Aurora memukul dada lelaki itu. Seonghwa gelak memandang Aurora yang menutup wajahnya. Menahan malu agaknya.
❁❁❁
"Dah lama tak mandi dengan kesayangan saya ni.", Seonghwa keluar daripada bilik mandi.
Tersedak air liur aku dibuatnya.
Hanya lower body sahaja yang dilitup dengan tuala.
"Dah lama pula dia ni tak buat free show depan muka aku.", aku berkata sendiri.
"Hah? Aurora cakap apa tu ? ", Seonghwa bertanya dengan nada curious.
"Tak ada apa. Cepatlah pakai baju. Haramlah tayang body !", aku bebel menghadap dinding bilik.
"Yang haram ini lah yang jadi suami awak tau tak.", bidas Seonghwa. Bibir dimuncungkan sedepa.
Aurora sekadar menggulingkan anak matanya.
Seusai memakai baju tidur, Seonghwa terus menuju ke katil.
"Sayang ~", peha si isteri dicuit.
"Nak minta urut boleh ? Penatlah tadi boss suruh angkut pasu bunga dia naik pejabat.", pinta lelaki itu.
"Hurm. Pusing cepat.", balas Aurora. Berkilau mata Seonghwa. Senyuman mahu sahaja cecah ke telinga.
"Hehe thank you sayang.", ciuman sekilas hinggap di bibir milik isterinya itu.
"Ish dia ni . Dahlah cepat pusing ! Saya tak nak urut baru tahu.", pinggang Seonghwa dicubit .
Aurora mula mengurut badan suaminya. Seonghwa pula memeluk patung beruang putihnya.
Tiba-tiba wanita itu teringat kejadian di rumah ibu mertuanya.
" Awak kenal ke dengan Yoon Jina? ", soalnya. Soalannya itu membuatkan Seonghwa toleh ke tepi.
" Yes I know her. Dia anak kawan mama. Macam mana sayang boleh kenal dia ?", tanya Seonghwa pelik.
"Wait... please don't say that -", lelaki itu menghadap wajah isterinya. Wanita itu hanya diam memandang wajah lelaki itu.
"Kenapa tak bagitahu dekat Hwa ? Kenapa mama nak jumpa sayang ? ", bahu Aurora dicengkam kuat. Lelaki itu mahukan jawapan.
"Hwa, please ! ", Aurora meninggikan suaranya. Air mata hampir jatuh namun mampu ditahan.
Terus badan wanita itu dipeluk. Dia sayangkan wanita itu. Terlalu sayang.
"Hwa sentiasa sayang isteri Hwa. Hanya Aurora seorang sahaja boleh bahagiakan Hwa.", air mata jantannya tumpas. Sudah lama dia tahan.
Teruk sekali isterinya itu diperlakukan oleh ibunya sendiri.
"So, please.... kuatkan diri sayang demi saya. Demi rumah tangga kita. Pertahankan rumah tangga kita, sayang. Hwa merayu. Please...", tangan kecil Aurora digenggam kuat.
Seonghwa merapatkan wajahnya dengan Aurora. Aurora memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu.
"Saya cuba.", bibir mereka bertaut. Berjujuran air mata pasangan itu.
Tangan Aurora mula melingkar dileher Seonghwa manakala lengan kekar Seonghwa berada di pinggang wanita itu.
Ciuman mereka menjadi semakin hangat.
"In the name of love, I will always and forever loving you Aurora Jung."
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanficI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)