𝐬𝐢𝐱𝐭𝐞𝐞𝐧

127 19 18
                                    

"SAYANG ! CEPATLAH NANTI LAMBAT PULA NAK PERGI CHECKUP BABY !",jerit Seonghwa dari bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYANG ! CEPATLAH NANTI LAMBAT PULA NAK PERGI CHECKUP BABY !",jerit Seonghwa dari bawah.

Teruja sangat bapa budak seorang ini.

"Sabarlah. Susah tahu tak nak turun tangga. Dengan budak dalam perut.", bebel aku sambil menuruni tangga.

"Sini duduk. Hwa tolong pakaikan kasut.", dia menepuk kerusi di luar rumah.

"Aww sweet sangatlah daddy kita sekarang.", aku memuji Seonghwa. Bukan boleh dipuji lelaki itu, senyum itu kalau boleh sampai telinga dia punya lebar.

Aku perhati sahaja dia memakaikan stoking dan kasut untuk aku. 

"Jangan tenung lama sangat. Tahulah saya handsome macam selalu.", Seonghwa memandang aku semula.

"Biarlah nak tenung ke apa. Mana tahu boleh terkenan dekat baby ? Boleh jadi handsome macam daddy dia. Kan baby ?", aku usap perutku. 

"Ha tengok baby tendang. Baby pun kata betul.", kataku tatkala bayi dalam kandungan menendang.

"Yelah ~ Dah jom gerak.", balas Seonghwa sambil membukakan pintu kereta.

--------------------------------------------------------------

"Semuanya okay saja. Baik ibu dan bayi.", jelas doktor yang merawat Aurora.

"Terima kasih doktor. Ada apa - apa yang perlu isteri saya elakkan ?", soal Seonghwa penuh semangat.

"Setakat ini Aurora kena jaga pemakanan dan elak daripada berjalan atau berdiri lebih daripada 1 jam. Lain - lain itu rasanya awak berdua sudah sedia maklum."

"Oh dan lagi satu, awak berdua nak tahu tak jantina baby ?", soal doktor itu.

"NO !", jerit suami isteri itu. Terkejut doktor itu dibuatnya.

"Eheh maaf doktor. Kami nak tunggu sampai dia lahir. Buat sekarang, kami tak nak tahu jantina baby. ", sengih Aurora. Doktor itu sekadar tergelak kecil.

"Baiklah kalau itu pilihan awak berdua. Bulan depan jangan lupa datang buat checkup lagi ya.", tambah doktor itu lagi .

"Baik doktor. Kami pergi dulu. Terima kasih doktor.", kata Aurora sebelum keluar.

----------------------------------------------------------------

"Ada nak pergi mana - mana ke ?", soal Aurora kepada suaminya yang sedang memandu.

"Kita pergi Seoul Forest sekejap. Ingat lagi kan tempat itu ?", balas Seonghwa.

"Gila tak ingat. Kita kahwin dekat situ kot. "

[C] AURORAWhere stories live. Discover now