Gadis disebelah mama aku pandang dengan wajah kosong.
Sepertinya aku sudah boleh jangka apa yang akan berlaku.
"Kenalkan ini Yoon Jina. Anak kawan mama.", mama menyentuh bahu gadis itu.
Not bad. Mukanya manis sahaja bila dipandang.
"Hi. Aurora Jung.", tanganku dihulur untuk menyapanya. Cukup ringkas pengenalanku kerana mungkin mama sudah beritahu siapa diri aku kepada Jina.
"Ada apa mama panggil Aurora ? Macam serious sahaja.", aku menyoal mama yang khusyuk berbual dengan Jina.
Jelingan tajam diberi sebelum menjawab persoalan aku.
"Kita ringkaskan saja cerita ya.", air kopi dihirup laju.
"Mama nak jadikan Yoon Jina sebagai isteri kepada anak tunggal mama."
Ya tuhan. Jantungku seakan terhenti ketika itu. Air mata cuba kutahan.
"Tapi dengan syarat.", sambung mama.
"Seonghwa perlu ceraikan kamu. Mama tak suka keturunan mama ada yang bermadu. Lagipun, mama tengok kamu ini macam dah tiada guna dalam keluarga ini. Kamu kan tak dapat berikan cucu buat mama. Kata saja nak bahagiakan anak mama. Anak pun tak boleh beri.", ayat mama begitu tajam menyucuk ke hatiku. Pedih.
"Ke-kenapa mama kejam ?", terketar-ketar aku ketika itu.
Siapa sahaja yang sanggup berpisah dengan lelaki yang mereka cintai ?
"Eh tak. Mama tak kejam. Mama buat semua ini demi kebahagiaan Seonghwa. Dan sekarang, Jina akan bahagiakan Seonghwa. Berikan zuriat buat anak mama.", tangan mama mengusap lembut rambut Jina yang daripada tadi diam membisu.
Aku menahan air mataku daripada mengalir keluar. Mataku memandang kearah Jina. Muka yang langsung tiada secalit rasa bersalah. Tangan dikepal menahan amarah.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.
"Hwa..", kataku perlahan.
"Mama, maaf tapi saya terpaksa pulang. Terima kasih jemput Aurora datang sini.", aku gapai beg tangan disebelah lalu keluar dari rumah mertuaku.
"Oh Aurora.",panggil ibu mertuaku.
Aku toleh dengan senyuman.
"Pertimbangkan kata-kata mama ya ? ", mati terus senyumanku.
"Sampaikan salam sayang saya buat Seonghwa juga tau Aurora !", Jina pula menambah.
Dua-dua buat aku rasa seperti bukan sesiapa langsung dalam keluarga itu.
❁❁❁
"Hello sayang. Kenapa tak angkat call Hwa tadi ?", suara Seonghwa menerpa di gegendang telinga Aurora.
"Sorry tadi sayang busy layan pelanggan. Cafe penuh hari ini.", balas Aurora.
"Oh ye ke ? Jadi sayang balik lambatlah ye ?", tanya si suami.
"Tak pun. Ni Aurora tengah kemas-kemas cafe. Ni kenapa Hwa call ?", Aurora duduk di sudut cafe.
Matanya menikmati keindahan malam di kota Seoul.
"Haa eloklah tu. Hwa pun baru balik. Hwa ambil Aurora tau. Aurora tunggu situ. Jangan keluar dari cafe.", suara Seonghwa sedikit teruja. Aurora hanya tersenyum kecil mendengarnya.
"Iya sayang tahu. Lagipun Yunho dengan Jongho pun tak balik lagi. Mereka temankan saya.", jelas Aurora sambil memandang ke arah dua lelaki itu. Khusyuk betul main game.
"Itu lagi bahaya. Yunho tu bukan boleh percaya ! Nanti dia kebas isteri saya seorang ini macam mana ? "
"Apa kau ni merepek ! Aduh sayang ! Dia kawan Aurora lah . Banyak tengok drama betul. Dahlah cepat sikit datang ambil. Kang bukan Yunho yang ambil sayang, sayang yang pergi dekat dia.", seronok Aurora mengusik suaminya itu.
"Yah ! Jangan berani-berani ! Pandai eh sekar-"
Talian dimatikan.
Aurora tidak berhenti gelak.
"Apa yang lawak sangat tu noona ?", tegur Jongho yang duduk tidak jauh daripada tempatnya.
"Tak ada apalah. Suami noona buat lawak bodoh tadi.",balas Aurora dengan gelak yang masih tersisa.
"Bahagia betul ek korang berdua ?", Yunho mencelah.
"Aku bersyukur tuhan tetapkan dia jodoh aku, Yunho. Baik, penyabar.", mindanya melayang memikirkan 5 tahun dia gagal memberikan zuriat buat Seonghwa.
"Noona.", Jongho memegang bahu Aurora.
"Ho minta maaf kalau Ho ada salah cakap tapi noona tak boleh selamanya diselubungi rasa bersalah pada suami noona. Yelah pasal anak kan ? Ho tahu noona dengan Seonghwa hyung baik orangnya jadi tuhan bagi korang berdua dugaan macam ini. Cuma, Ho yakin suatu hari nanti doa noona dengan suami akan tuhan dengar. Noona sabar sikit saja lagi.", jelas Jongho yang jauh lebih muda daripadanya. Namun sikap positifnya itu jauh lebih baik bagi seseorang yang seusianya.
"Tak apalah Aurora. Sekurang-kurangnya kau dah kahwin. Cuba kau tengok aku ni. Sampai sekarang menyendu.", Yunho kembali menceriakan suasana yang agak kelam sebentar tadi.
"Kau yang jual mahal ! Ramai je yang mengorat kau. Queenka sekolah pun pernah try kau kan ?", bebel Aurora sambil menepuk meja.
"Queenka sekolah buat apa ? Aku nak cari queen dalam hati aku. ", bidas Yunho. Sememangnya mereka berdua suka berdebat sejak dahulu lagi.
Ketiga-tiga mereka gelak sehingga tak perasan Seonghwa memerhati daripada luar kafe.
"Sekurang-kurangnya awak masih boleh tersenyum, Aurora.", suami Aurora itu tersenyum tersendirian.
"Please always be happy, my dear wife."
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanfictionI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)