Jantungku berdebar. 3 tahun lebih aku tidak bersua muka dengan Wooyoung. Anak kembar kami usah disoal.
Hari mereka lahir itulah hari ayah kandung mereka ditangkap."Awak okay tak ?", satu tangan memegang bahuku.
Yunho berdiri dibelakang sambil menenangkan aku.
Wooyoung memasuki bilik melawat. Satu cermin memisahkan ruang pelawat dan banduan.
Wajah lelaki itu tidak berubah banyak melainkan dirinya berkumis dan rambutnya sedikit panjang.
Dia duduk menghadap aku. Diam tanpa sebarang ekspresi.
Gagang telefon aku capai lalu diletak ditelinga.
"Woo..woo sihat ke ?", kataku dengan suara bergetar.
"Macam yang kau nampaklah sekarang. ", jawabnya.
Suaranya aku rindu. Yang teramat.
"Ada apa kau datang sini dengan dia ? Nak hantar kad kahwin ke ? Kalau itu, tak perlulah sebab aku bukan boleh keluar.", soal Wooyoung sambil anak matanya terarah kepada Yunho.
"T-tak. Jina datang sebab ini.", sekeping gambar dikeluarkan dari beg tangan.
"Jung Jiwoo dan Jung Jiho.", kataku.
Wajahnya terus berubah sayu.
"Selepas apa yang aku buat pada kau, kau masih letak 'Jung' pada nama mereka?"
"Hubungan kita mungkin dah tiada apa tapi awak masih bapa kandung mereka. Darah daging awak."
Lelaki itu diam seribu bahasa.
"Mama !", Jiwoo dan Jiho memasuki ruangan itu selepas dibawa oleh Yunho.
Mereka memandang ke arah Wooyoung.
"Eo ? Macam familiar lah muka uncle. Mana eh Jiwoo nampak?", soal Jiwoo kepada bapanya.
"Ha ! Dalam phone Mama kan ? Betulkan Jiho ?", Jiho mengangguk laju.
Air mata dikesat cepat.
"Ada muka uncle dalam phone Mama awak berdua ? Betul ke ? Handsome tak ?", Wooyoung berbual dengan si kembar.
"Eung. Betullah uncle. Tapi, Papa Yuyun lagi handsome. Hehe.", gelak Jiho.
Aku memandang Yunho. Dia sekadar memberikan senyuman kecil padaku.
"Kalau kamu berdua nak tahu, Papa Yuyun bukan papa sebenar awak. Tapi uncle Wooyoung papa betul Jiho dan Jiwoo.", Yunho terus berterus terang kepada kedua beradik itu.
Muka mereka tampak keliru.
"Tak. Papa kami baik ! Papa Yuyun papa kami. Uncle jahat sebab itu uncle masuk penjara !", jerit Jiwoo.
Anak kecil itu berlari keluar dari ruangan itu diikuti Jiho.
"Yah Jiwoo Jiho.", Yunho bergegas mendapatkan mereka.
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanficI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)