"Unnie dah berapa hari tak ada dekat sini."
Tercengang aku mendengar kata-kata Amanda.
"UNNIE PERGI SEORANG DIRI KE ?!", soalku dengan nada sedikit tinggi.
Gadis didepan aku itu sekadar mengangguk.
"KENAPA BIAR DIA KELUAR SEORANG ? ASAL MANDA TAK IKUT DIA ? BAHAYALAH !"
Amanda berkerut pelik me dengar bebelan aku.
Dia berdecit.
"Ceh cakap macam dia tak pernah tinggal unnie seorang diri. Kalau bukan sebab oppa, unnie tak pergi bawa dirilah ! Nak sangatkan hilangkan diri ? Ha sekarang unnie pula menghilang tinggalkan oppa. Padan muka ! Biar unnie beranak seorang, jaga anak seorang. Lagi bagus biar sampai anak tu tak kenal siapa appa dia. Kenal pun buat sakit jiwa saja.", gulingan mata adik ipar aku itu sangat menampakkan betapa marahnya dia pada aku.
"Ya oppa tahu oppa salah. Sekarang oppa dah sedar dan nak betulkan semula keadaan. Tapi Manda tolong bagitahu dekat oppa. Unnie pergi mana ?", rayuku.
"Tak nak. Manda dah janji nak kunci mulut. Unnie tak bagi Manda bagitahu location dia pada orang terutama sekali suami terpaling bengap dia.", tolak Amanda mentah-mentah.
"Ala please Manda. Kalau Manda bagitahu, oppa janji oppa tunaikan apa yang Manda nak.", terpaksa aku guna taktik "genie" sebab aku tahu adik ipar aku yang seorang ini boleh tahan demand juga kalau minta upah.
Dia pandang aku atas bawah berkali-kali.
"Fine tapi jangan cakap Manda yang bagitahu oppa. ", aku senyum gembira.
Amanda mengeluarkan telefonnya daripada poket baju.
"Unnie selalu update pada Manda location dia. Sekejap Manda share pada oppa."
Ting !
Aku buka chat Amanda.
Ada yang kena hempuk dengan kuali budak ini.
"Yang Manda bagi location 'ayank lep lep baby pooh' dah kenapa ?", soal aku dengan muka "eww".
"Eh... Oh shi- SALAH HANTAR ! SORRYY.", gelabah dia menekan punat 'delete for everyone'.
"Dah ini baru betul. Buat-buat tak nampak yang tadi itu. Faham ?", pipinya memerah tahan malu.
"Thank you ya Manda. Apa-apa nanti oppa call Manda. Jaga diri. Kunci rumah. Jangan bagi siapa siapa masuk rumah kecuali yang Manda betul - betul kenal dan percaya sahaja.", pesan terakhir aku sebelum beredar dari situ.
------------------------------------------------------------
Langit biru kota Busan kelihatan begitu cantik sekali. Deruan ombak pantainya juga menenangkan sesiapa sahaja yang berada disitu.
Tempat yang cukup sesuai untuk Aurora menenangkan diri buat seketika.
Wanita itu duduk di sebuah bangku tidak jauh daripada pantai.
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanficI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)