"As you wish.", sebilah pisau dihalakan tepat ke arah Yunho.
Lelaki itu tidak sedar akan situasi itu kerana dia membelakangi Wooyoung.
Langkah kakinya berderap laju ke arah lelaki yang dianggap "perampas" itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Yunho ! Belakang kau !", aku menoleh ke arah suara itu.
Aurora.
Dia berdiri dihadapan aku.
Bilah pisau Wooyoung menghiris tangan Aurora yang cuba menghalang lelaki itu daripada mencederakan aku.
"Aurora ! Ya tuhan !", badannya aku cepung sebelum jatuh ke lantai hospital.
"Shit ! Bodoh !", pisau bersalut darah itu dijatuhkan lalu Wooyoung cuba meloloskan diri.
Namun gagal kerana pengawal keselamatan di pintu masuk hospital itu berjaya menangkapnya.
Ah ! Itu tak penting.
"Sabar Aurora. Kau akan selamat.", kataku dengan nada cemas berbaur tangisan.
"Kau o..key ke ? Tak ada cedera kan ?", matanya menatap wajah aku sebelum tidak sedarkan diri.
Tapak tangannya penuh dengan darah.
Aku abaikan dan diam sehingga tiba di hadapan ruangan kecemasan.
"Encik tunggu disini. Kami akan uruskan dari sini.", kata jururawat yang menyambut Aurora.
Nafasku tercungap - cungap.
Segalanya berlaku dengan sekelip mata.
"Kau buat apa depan ruang kecemasan ni ?", Seonghwa berhenti dihadapan aku.
"Asal kau berdarah ? Kau okay tak ?", riak wajah suami Aurora begitu terkejut.
Darah Aurora berbekas di t-shirt putih aku.
"Bukan aku.", jawabku ringkas.
"Jadi, darah siapa ?", soalnya.
Buntu. Aku tak pasti aku patut beritahu atau diam.
"Au-"
"Oh Aurora kata dia nak jumpa kau. Nak tanya pasal Jina. Excited betul bini aku macam dia pula yang beranak.", gelak Seonghwa perlahan. Tidak mahu membuat bising di hospital.
"Seonghwa.", aku membuatkan lelaki itu berhenti gelak.
"Aurora.", aku menarik nafas panjang.
"It's her.", darah dibaju aku tunjuk.
Muka lelaki itu berkerut keliru.
"Apa maksud kau ? Aku tak faham."
"Aurora selamatkan aku daripada bekas kekasih Jina, Wooyoung."
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanfictionI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)