"Awak !", jeritku dari balkoni memanggil si suami.
Dapat kudengar derapan tapak kaki yang kuat menuju ke arahku.
"Ha kenapa kenapa? What happen ?", menggelabah muka mamat ni.
"I got that job!", aku melompat-lompat gembira. Seonghwa masih tidak dapat menangkap apa yang cuba aku sampaikan.
"Job ... yang awak apply dekat kafe tu?", soalnya dengan wajah penuh tanda tanya.
Aku balas dengan anggukan. Terlalu gembira.
Sekurang-kurangnya dapat juga aku ringankan beban suami untuk menanggung perbelanjaan harian.
"Bila sayang dah boleh bekerja ?", nadanya sedikit suram.
Seonghwa sebenarnya melarang aku untuk bekerja. Katanya takut waktu dia balik nanti tiada orang di rumah. Tiada aku yang selalu jadi bantal peluk dia. Gedik alasan dia kan?
Bukannya aku mati ke apa. Kerja je.
"Esok. Awak hantarkan saya boleh ?", aku kebilkan mata berulang kali ke arah lelaki itu.
"Hmm.", ringkas dan tak ikhlas. Gaya tangannya disilang antarabsatu sama lain.
"Alah awak ni. Bukannya saya balik lambat macam awak sampai 3 pagi. Dekat rumah saya boleh buat apa je? Bosan tahu tak .", aku muncungkan bibir serupa itik.
"Saya diam je tau! Awak yang fikir bukan-bukan.", lenganku ditepuk kuat oleh Seonghwa.
"Dah selamat malam! Saya nak tidur. Jangan sibuk nak cuddle dengan saya.", laju kakinya menapak ke katil. Comforter ditarik ke paras dada.
Aku hanya membuntutinya dari belakang. Baru aku berniat nak tidur menghadapnya tapi dia hadap tempat lain.
Merajuk betul kau ye.
❁❁❁
"Oi! merajuk lagi ke?", Aurora mencuit peha Seonghwa yang sedang memakai tali leher.
Jelingan tajam pula yang dapat.
"Siapa yang merajuk? Tak inginlah nak merajuk. Pergilah kerja sana. Dahlah oi kan suami. Tak berkat hidup baru tahu. Yang tali leher ni pun dari tadi tak jadi jadi dah kenapa ?", Seonghwa memarahi tali leher yang hampir 15 minit dia betulkan.
Aurora tergelak kecil lalu menarik kuat tali leher lelaki itu sehingga dia tertarik ke arah Aurora. Wajah mereka berdua hanya punya jarak dalam 5 cm sahaja.
"Nak marah je kerja awak hari ini kan? Tali leher ni pun, awak dah tengok saya buat hari - hari bukannya nak ingat ke apa. Kalau satu hari nanti saya tak ada siapa nak pakaikan tali leher ni?", wanita itu memakaikan tali leher berwarna biru muda itu ke leher suaminya.
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanfictionI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)