" HAA apa yang bosan sangat duduk rumah ni ?", keluh Amanda sambil menukar siaran di kaca televisyen.
Bila difikirkan, menyesal pula gadis itu menolak ajakan kakaknya untuk duduk di kafe.
Sekurang - kurang ada wajah Jongho untuk ditenung.
Fon diambil lalu nombor seseorang didail.
"Hello ?"
"Kakak ... Amanda bosan."
"Huh kakak dah boleh jangka dah. Kau mana reti duduk rumah lama - lama. Dah macam cacing kepanasan."
"Emm kakak ambillah Amanda dekat rumah ~"
"Nantilah masa rehat kakak ambil. Jangan tak mandi pula !"
"Eh hello ~ Amanda dah lama siap mandi okay . Duduk rumah pun pakai lawa - lawa."
"Duh what ever. Amanda tunggu lah nanti sampai ada orang hon. Bye !"
Panggilan ditamatkan. Gadis itu kembali tersenyum .
"Boleh jumpa Jongho ~", nyanyinya girang.
-------------------------------------------------
Pin ! Pin !
Berlari Amanda keluar daripada rumah.
"Sekejap !", jerit gadis itu.
Dalam keterujaan itu, tak lupa dia untuk mengunci pintu dan pagar rumah.
"Hai kakak !", Amanda memasuki kereta Honda SUV berwarna hitam itu.
"Saya bukan kakak awak.", kaku Amanda di tempat duduknya.
Suara lelaki pula yang menyapa.
"ARGH JONGHO !", menjerit gadis itu tatkala ternampak wajah lelaki itu dan bukannya Aurora.
Berkerut muka Jongho mendengar suara nyaring gadis di sebelahnya itu.
"Noona yang minta saya ambil awak. Dah pakai seatbelt dulu.", kata Jongho namun Amanda hanya diam merenung wajahnya.
"Haih termenung pula.", Jongho memakaikan seatbelt Amanda.
Pipi Amanda memerah kerana jaraknya dengan Jongho terlalu dekat.
"Awak dah kenapa ? Demam ke ?", lelaki itu menyentuh sekitar mukanya.
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanfictionI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)