𝐭𝐞𝐧

130 21 82
                                    

"Woo", panggil Jina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woo", panggil Jina. Teman lelaki nya itu sibuk menilik telefonnya sambil menuju ke dapur.

"Sarapan tak buat ke ?", soal Wooyoung mendapati tiada langsung makanan di atas meja.

"Tak sebab saya nak-", kata - katanya terhenti selepas seseorang menelefon . Lelaki itu meletakkan jari ke bibir meminta gadis itu senyap.

"Puan Park.", Jina membaca gerakan bibir Wooyoung.

Gadis itu duduk di meja makan memerhatikan teman lelakinya yang sibuk dengan Puan Park.

Sekali - sekala dia mengusap perlahan perutnya yang masih belum punya baby bump itu.

"Apa nasib kamu sayang .... perlu lalui semua ini sebelum kamu lahir lagi. Ibu minta maaf.", sayu sekali perbualan antara Jina bersama kandungannya. 

"Aku keluar sebentar. Jangan lupa pula makan tengah hari dengan makan malam.", lelaki itu bergerak keluar daripada rumah.

"Woo kejap !", berlari Jina mendapatkannya. Lelaki itu menjungkitkan keningnya sebelah.

Lama untuk Jina berfikir sama ada hendak berkata sesuatu atau tidak.

"Tak ada apa cuma-", pipi teman lelakinya itu dicium sekilas.

"Jangan balik lambat sangat.", gadis itu memberikan senyuman ikhlas.

Wooyoung sekadar memandang dengan pandangan kosong lalu keluar daripada rumah.

"Kita jumpa doktor berdua sajalah ya sayang ? Tak sabar ibu nak tengok awak.", katanya lagi kepada kandungannya.

"Selagi ibu ada, ibu akan sentiasa lindungi awak.", sayu hatinya ketika itu hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu.

---------------------------------------------------------

" Tengokkan suami aku sekejap tau, Yunho ? Ada nak kirim apa - apa tak ? Makanan ke ?", tanya Aurora kepada Yunho yang mengambil alih tugas menjaga Seonghwa.

" Kirim bini satu boleh ? ", tersengih lelaki itu sambil menunjuk jari satu.

" Haih bagi janda bilik sebelah Hwa baru tahu. ", Aurora menggelengkan kepalanya.

" Alah aku guraulah ~ dahlah cepat balik . Mandi bagi segar badan kau. Makan sekali . ", pesan Yunho kepada kawannya itu.

Aurora memberikan tanda 'okay' lalu keluar daripada bilik wad suaminya.

_____________________________

Lantai lift aku tenung. Agak perlahan lift ini bergerak turun. Ada kala aku humming untuk atasi rasa bosan. 

"Dah sampai.", kataku sendiri selepas tiba di aras bawah hospital.

Sedang aku berjalan, aku ternampak susuk tubuh seseorang duduk di ruangan menunggu.

[C] AURORAWhere stories live. Discover now