10 tahun kemudian
"Eomma appa ~ Haneul datang bawa berita gembira.", kata budak lelaki berusia 13 tahun yang masih berpakaian seragam sekolah.
Sekeping sijil dikeluarkan daripada bag galasnya.
"Haneul jadi tokoh murid dekat sekolah sebab Haneul aktif masuk semua aktiviti sekolah."
"Byul pula hari ini ada aktiviti yang melibatkan ibu bapa datang ke sekolah. Mujur ada Uncle Yunho dengan Aunty Jina wakilkan eomma dengan appa. Adik gembira sangat. Kalau eomma appa nak tahu, adik Byul hari - hari mengadu cemburu tengok kawan yang lain ada ibu ayah lagi.", Haneul cuba tersenyum meskipun dirinya tidak kuat.
"Tapi Haneul selalu pesan pada Byul, eomma appa kita istimewa sebab eomma appa jaga kita dari atas sana. Eomma appa tak lupakan Haneul dan Byul."
Haneul diam. Dadanya perlahan-lahan berombak
"Rindu eomma dengan appa. Kenapa eomma appa tinggalkan kami celat sangat ?", tangisnya kuat.
Mana tidaknya. Seawal 3 tahun sudah dipaksa untuk belajar hidup sendiri tanpa jagaan orang tua serta menjaga adiknya.
"Haneul balik dululah eomma appa. Esok Haneul datang lagi bawa Byul. Jaga diri okay ? Kami berdua sayang sangat pada eomma appa."
‐-------------------------------------------------------------------
Haneul memasuki kedai serbaneka untuk membeli sedikit makanan sebelum pulang ke rumah.Sedang dia berjalan ke kaunter pembayaran, seseorang lelaki tanpa sengaja tertolaknya sehingga jatuh ke lantai.
Habis bajunya kotor terkena kuah ramen yang dibawa oleh lelaki tersebut.
"Omo omo mian ! Hyung tak perasan adik tadi.", lelaki itu berlari mendapatkan Haneul dan membantu anak lelaki itu untuk berdiri.
"Tak apa... sikit saja yang kotor. Balik nanti boleh basuh.", kata Haneul perlahan.
"Damn habis semua baju kotor, makanan tumpah ke lantai. Adik duduk dulu biar hyung gantikan semula makanan awak. Minta maaf sangat-sangat.", Haneul akur dengan arahan lelaki itu.
Sekali-sekala dia memandang wajah lelaki yang melanggarnya itu. Mukanya seakan sama dengan seseorang namun tidak begitu jelas kerana wajahnya ditutup oleh topeng muka.
Lelaki itu berjalan membawakan satu tray penuh dengan makanan dan air buat Haneul.
"Terima kasih. Hyung jomlah makan sekali dengan Haneul.", Haneul tunduk tanda terima kasih lalu mengajak lelaki itu untuk makan bersama dengannya.
"Adik tak takut ke dengan hyung ?", soal lelaki itu.
"Ada sebab ke Haneul perlu takutkan hyung ? Hyung orang jahat ke ? Hyung tinggal di mana ?", balas Haneul dengan soalan.
"Hehe bukanlah. Hyung kerja dekat atas kedai serbaneka ini.", tawa lelaki itu lalu menanggalkan topeng mukanya.
Terkejut Haneul selepas melihat wajah lelaki itu. Mirip sekali dengan mendiang appa nya, Park Seonghwa.
Situasi itu seakan dejavu ataupun kelahiran semula.
"Appa..", kata Haneul perlahan.
Dia terus memeluk lelaki asing itu dengan erat.
"Appa... Haneul rindu appa!", tangisnya.
Cuak lelaki itu dibuatnya.
"A-adik salah orang ini. Hyung bukan appa awak."
‐-------------------------------------------------------------------
"Mian. Haneul peluk abang secara tiba-tiba. Haneul cuma rindukan appa Haneul. Muka hyung sama sangat dengan muka mendiang appa.", aku menundukkan kepala.
YOU ARE READING
[C] AURORA
FanfictionI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)