𝐧𝐢𝐧𝐞

133 20 68
                                    

Sudah hampir seharian Aurora setia menunggu Seonghwa yang terbaring di atas katil hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah hampir seharian Aurora setia menunggu Seonghwa yang terbaring di atas katil hospital.

Tangan sejuk lelaki itu digenggam erat bagaikan mengharap haba daripada tangannya boleh menghangatkan tangan suaminya.

Fikirannya melayang memikirkan ayat doktor yang merawatnya Seonghwa.

"Suami puan didapati menghidapi congenital heart disease. Suami puan sudah menghidap penyakit ini sejak lahir lagi cumanya ianya berlaku sekejap sahaja. Tapi nampaknya, penyakit itu datang semula berdasarkan simptom serta pemeriksaan kami. Ada banyak kemungkinan penyakit ini boleh terjadi. Antaranya atas faktor keturunan, pengambilan dadah oleh si ibu dan juga diabetes yang menjejaskan kesihatan kandungan. Kami akan sentiasa memantau perkembangan Encik Seonghwa ."

"Awak kena kuat tahu, sayang. Saya tak puas lagi hidup dengan awak. ", Aurora bercakap dengan Seonghwa seperti lelaki itu sedar.

"Kakak ? Jom turun makan. Daripada oppa masuk wad lagi kakak tak makan.", Amanda memanggil Aurora dari luar wad.

"Tak apalah. Nanti takut oppa bangun. Amanda kalau nak makan pergilah.", balas Aurora.

"Ho boleh temankan Seonghwa hyung lah noona. Kalau hyung bangun ke apa nanti Ho call noona.", tambah Jongho yang berdiri disebelah Amanda.

Lama wanita itu berfikir. Akhirnya dia mengangguk.

"Apa - apa terus call noona . ", pinta Aurora kepada Jongho.

"Nae ~ akan Ho laporkan kepada noona. Noona dan Amanda sila turun makan sekarang.", tubuh Amanda dan Aurora ditolak perlahan oleh lelaki itu untuk keluar daripada bilik wad.

----------------------------------------------------------

" Kan Amanda dah kata, kakak mesti lapar punya.", kata Amanda memandang ke arah Aurora yang sudah menambah nasi buat kali ketiga.

" Kakak memang cepat laparlah sekarang. Mungkin sebab time kerja tak makan sangat.", Aurora menyumbat makanan ke dalam mulutnya.

" Yalah sebab kerja. Entah - entah tengah bawa baby dalam perut.", Amanda menyakat kakaknya.

Tersedak Aurora mendengarnya. Dia hanya diam tersenyum memandang adiknya.

"Aurora...", sapa seseorang daripada belakang.

"Eh papa ? Baru sampai ke ?", Aurora dan Amanda bangun memberikan tunduk hormat buat orang tua Seonghwa.

"Baru saja sampai. Seonghwa dah sedar ke ?", soal Tuan Park.

"Seonghwa belum sedar lagi, papa.", sebaris senyuman nipis Aurora paparkan diwajahnya.

[C] AURORAWhere stories live. Discover now