𝐟𝐢𝐟𝐭𝐞𝐞𝐧

104 18 17
                                    

Jantung aku masih berdegup laju sejak kejadian di kafe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jantung aku masih berdegup laju sejak kejadian di kafe. Tiba - tiba sahaja Jina mengadu sakit.

"Boleh saya tahu siapa kenalan Puan Yoon Jina ?", seorang doktor perempuan memanggil.

Aku toleh kiri dan kanan. Tiada siapa. Hanya aku saja.

"Err.. s-saya .", kataku sambil mengangkat tangan.

"Oh encik suami dia ke ? Mari masuk.", senyum doktor itu.

"T-tapi saya bukan..", belum sempat aku menghabiskan ayat. 

Aku ikut sahaja doktor itu.

"Duduk."

Aduh dah macam nak jawab exam . 

"Tiada apa yang perlu dirisaukan tentang isteri encik. Bila dah masuk trimester ketiga , bayi semakin aktif bergerak dan menendang . Sebab itu ada kalanya perut ibu hamil mengeras.", terang doktor itu dengan serious.

Aku hanya mampu melopongkan mulut . Aku tak tahu untuk menunjukkan reaksi apa.

"Dan lagi satu. Puan Jina mengandung anak kembar."

"Oh kembar. Ha ? Kembar ? Maksud doktor lebih daripada 1 budak ?", mataku membulat. 

"Ya encik. Tahniah ! Kalau tiada apa - apa masalah, isteri encik dah boleh discharge petang ini.", tangan aku dijabat olehnya.

Aku tak tahu nak berkata apa. Ada juga rasa gembira untuk Jina. 

"Doktor, boleh ke saya jumpa dengan Jina ?", tanyaku. Doktor itu membalas dengan anggukan.

"Saya minta diri dulu ya. Terima kasih doktor."

------------------------------------------------------------------------------

"H-hai awak.", tegur Yunho sebaik sahaja memasuki wad.

"Hai Yunho.", senyum gadis itu. Dia cuba untuk mengubah posisi kepada duduk.

"Sekejap saya tolong.", cepat - cepat Yunho membantu Jina.

"Thanks.", sungguh dia terkejut.

"Hehe no problem. ", lelaki itu senyum. Dia mengambil tempat disebelah katil Jina.

Suasana menjadi janggal. Kedua - duanya tidak tahu hendak berkata apa - apa.

"Ehem err Jina.", Yunho memecahkan rasa sunyi di bilik itu.

"Congrats for having twins.", sekeping gambar diberikan kepadanya.

"Hah ? Twin ? ", Jina melihat ultrasound itu .

"Takkanlah awak tak tahu ? Dah 7 bulan kot.", tanya Yunho pelik.

[C] AURORAWhere stories live. Discover now