Chapter : 1

4.3K 216 4
                                    

1

🌼🌼🌼🌼

STOP

🌼🌼🌼🌼🌼

Isi kandungan yang tertera pada skrin laptop dia baca sekali imbas untuk kali terakhir sebelum menekan butang 'ENTER' sebelum ia dihantar terus ke pensyarahnya. Apabila perkataan 'SENT' muncul pada skrin baru la dia tolak dirinya keluar dari bawah meja dan memusingkan kerusi kerjanya beberapa kali sebelum berhentikan sendiri setelah dia merasa pening.

Maybe dia kena belajar untuk berhenti jugak?

Ya. Berhenti.

Berhenti berusaha untuk sayangkan orang lain lebih dari dia sayang diri sendiri.

Berhenti cuba untuk menjadi terbaik di mata orang lain sedangkan dia tahu dirinya hanya mampu setakat mana.

Berhenti bila dia tidak mampu lagi?

Boleh tak?

          "Kerja kau dah siap ke, Rossie?"tanya Tania kepada dia dari atas katil.

Kepalanya di sandarkan ke kerusi sebelum melepaskan ngerangan lega. Baru dia sedar tiga jam sejak tadi dia habiskan masa di meja belajarnya.

Dia suka belajar...bukannya tak suka. Tapi itulah....tak ada penghujungnya.

Sebab orang kata, sampai mati kita kena tuntut ilmu.

Fakta atau auta? Dia tak peduli. Bagi dia semakin banyak ilmu kita pegang di dada, banyak perkara kita belajar.

          "Yup."balasnya sambil termenung memandang ke siling. Memandangkan semua tugasan dan nota telahpun dia siapkan, lepas ni dapat la dia keluar bersama kawannya.
Menjadi pelajar dekan bukan bermakna dia perlu hadap buku dan assignment semata. Kalau bijak menguruskan masa, pelbagai perkara boleh dia cover dalam suatu tempoh tu. "Dia orang dah WhatsApp ke sampai pukul berapa?"

           "Kata Gina dia on the way...kau nak bersiap dulu sambil tunggu dia orang sampai?"cadang Tania apabila dia bangun dari perbaringan di katil. Dalam kedudukan bersila, dia pandang rakannya di situ.

             Rossie tegakkan kepalanya dan pusingkan kerusi untuk menghadap Tania. "Kita nak ke kelab mana?Jangan yang mahal-mahal. Aku sendiri belum gaji lagi. Orang tua kepala botak tengah tu tak nak bank in awal..."keluhnya.

            "Gina beritahu dia nak bawa kita ke satu daripada kelab terkenal dekat pusat bandar...tak sure apa namanya. Tapi itu la dia beritahu."jawab Tania.

Mahu tak mahu, Rossie bangun dari situ.. Dia masuk ke bilik air dan bersiap untuk ke kelab itu sementara menunggu ketibaan rakannya yang lain. Seusai mandi, rambut brunet paras bahunya di ikat satu ke belakang dengan tinggi dan mengenakan sepasang baju kemeja crop top lengan panjang dan skinny jean. Dipadankan sama combat boot high cutnya. Serik dia nak pakai higheel. Takut terkehel lagi seperti hari tu. Tiga minggu dia pakai casing di kaki!

Tepat jam 9 malam, Bersama Gina, Tania,dan Gabby, Rossie bergerak sama ke kelab itu menaiki uber yang di tempah awal oleh Gabby sewaktu on the way hendak menjemput mereka di apartmentnya.

Dan...

          "Great...we're going into debt!"lafaz Rossie apabila dia sedar yang dia sedang berdiri di laluan masuk ke kelab malam mewah yang terkenal L'Franco Bleu. Yang mana merupakan satu dari pada kelab terbaik yang ada di situ. Mesti semua benda dalam tempat tu mahal!

Koyak!

         "It's okay...kita nak hilangkan stress je...bukan nak berseronok tak ingat dunia!" ujar Gabby semasa jalan melewati dia menuju ke arah pintu masuk.

Tania merangkul lengan Rossie dan berjalan sama di belakang Gabby dan Gina.

Mereka berempat kemudiannya bergerak dalam barisan menunggu giliran untuk masuk. Apabila giliran mereka tiba, dua orang bouncer buffy menyambut mereka. Meminta ID dan kepastian umur sebelum dibenarkan masuk ke dalam.

          Sedang Rossie mencari IDnya di dalam dompet dari poket, kawannya pula menonong masuk tidak toleh ke belakang, bodyguard itu berkata. "Miss.. your ID?Barisan panjang di belakang tu.."

Kalut bagai nak apa, Rossie pun kelam kabut meraba seluarnya. Mana pulak letak ID dia ni?Ke tertinggal dekat rumah tadi sebab dia sendiri tak ingat! Aduhmak!Kenapa la tak keluarkan dari tadi ni!

Tidak semena, bouncer tadi memegang lengannya dan mula menarik Rossie untuk jauh dari barisan itu. Namun belum sempat dia di bawa jauh, satu tangan melingkar dari belakang badan ke sekeliling pinggang Rossie. Menghalang gadis itu dari bergerak.

          "Dia dengan saya."suara dalam dan bernada demanding kedengaran sesaat kemudian.

Bersama mimik muka terkejutnya, Rossie palingkan kepala. Dia pandang dengan kening terangkat tinggi!

Oh sh*t!

Tak boleh ke nasib dia lebih buruk lagi dari bertemu dengan lelaki ni di sini jugak?

Perkenalkan, the one and only. Hayden Mikhael, The most obnoxious badboy yang pernah ada dalam kolej dia. Making out dengan mana-mana gadis, ke hulu hilir bertukar ganti pasangan seperti mengganti pakaian. Kasanova berlesen yang mana tidak akan dibenci sesiapa tidak kira sebesar mana kesalahan yang dia buat dan rebutan ramai chica di luar sana! Pendek kata, lelaki ini seorang anak orang kaya tapi tidak berguna.

Pernah ada satu kejadian yang menjadi punca Rossie bencikan lelaki ni dan memusuhinya sampai bila-bila. Iaitu kejadian dimana lelaki ini driving kereta mewah tak pandang- pandang lepas hari hujan. Dengan lajunya kereta tu lalu sebelah laluan pejalan kaki dimana Rossie berada lantas melanggar lopak air.

Splash!Basah kuyup!

Dah lah hari tu dia ada exam...kertas slip daftar masuk dipegang pada masa yang sama, ikut basah lenjan sekali dengan dia. Masuk dewan exam dengan keadaan basah macam tu. Memang malu dia tak boleh bawak bincang!

Sejak tu dia pasang niat yang dia akan membencikan Hayden sampai habis belajar di kolej tu.

         "Maaf. Saya tak tahu. Silakan."ujar bouncer itu dengan hormat kepada anak kepada ketua mafia di tempat mereka itu. Semua orang tahu siapakah lelaki muda berusia 24 tahun ini. Dan kalau boleh mereka tidak mahu macam-macam.

Hayden membuat muka semasa turunkan tangan dia dari belakang badan Rossie.

          "Kau ikut atau tak ni?"soal Hayden dengan marah semasa berjalan masuk ke arah pintu Utama kelab itu. Memandang Rossie dengan muka tak puas hati.

Ceh!Nak marah tu dah kenapa? Rossie hanya mampu mencarut di dalam hati semasa atur langkahnya mengekori belakang badan itu. Masuk sahaja dia ke situ, kepala dia sedikit berpinar kerana begitu terpempan dengan kelab itu.

Kelab itu dilengkapi lantai menari yang luas, lampu disco ball, DJ booth, dan lampu berkerlipan yang banyak. Tidak dilupakan juga, sebuah bar yang sangat besar dan luas dilengkapi dengan pelbagai jenis minuman terletak di sebelah kanan ruangan tersebut.

          "Thanks."ucap Rossie semasa dia pandang sekeliling, mencari kelibat rakannya. Mana pulak tiga gummy bear dia ni! Hampeh betul!Ada ke patut tinggalkan dia sendirian!Kan tak pasal-pasal dia bertembung dengan Hayden!

            "Pergi je la kau ke kawan-kawan kau sana."halau Hadyen grumpy tidak semena.

Mendengar kata itu, Rossie langsung tak terkejut dengan perangai Hayden. Dia pandang atas ke bawah.

Judging so hard.

Kalau boleh lelaki ini hendak mengalahkan perempuan yang sedang period je. Marah dan grumpy tak pasal-pasal. Entah macam mana la perempuan lain boleh kemaruk sangat dengan mamat kepala angin ni! Tak faham betul dia! Lantak la situ. Asalkan dia dah berbahasa sudah!

           "Fine...have a good evening then." pamit Rossie cauh tak acuh dan bergerak ke suatu arah apabila ternampak kelibat tiga orang rakannya sedang mengurat bartender yang ada di belakang kaunter bar tersebut.

Pemergian Rossie itu di perhatikan oleh Hayden buat seketika sebelum lelaki itu bergerak ke arah bertentangan dan menghilang di celah kesibukan pengunjung kelab di situ.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now