63
🌼🌼🌼
Illusions
🌼🌼🌼🌼🌼
"Izack?"sebut Noah dengan mata terbutang luas. Lalu semua orang yang ada di situ mengangkat kening dengan tinggi dengan terkejut.
Hayden a.k.a Izack yang menukarkan rupa parasnya sebijik seperti Hayden tersenyum jahat. "Yup...aku."kulit muka palsu itu di jatuhkan ke kakinya. "Terima kasih untuk habuannya ya...kau memang mudahkan kerja aku dengan mengumpulkan dia orang semua.."
"Hah?"nganga Noah. "Ap-apa maksud kau??"gagapnya kerana kebingungan.Apa yang telah berlaku!Kenapa Izack menyamar menjadi Hayden!Bagaimana lelaki ni lakukan!
"Ini...."jawab Izack apabila semua yang menyamar jadi konco dia mula mengeluarkan senjata, squad khas polis mula jalan berarak masuk ke Gudang itu dengan shield dan combat suit, cahaya lampu sorot muncul dari cermin atas bumbung Gudang lalu diikuti dengan bunyi bising helicopter.
"AWAS!ANDA TELAH DIKEPUNG!INI ADALAH INTERPOL!!!"suara makluman yang kuat membuatkan ketua mafia yang sedang duduk di kerusi bangun dari tempat mereka dan kelam kabut pandang kiri bagai nak apa!
Tidak sempat hendak mengangkat senjata mahupun melakukan serangan, mereka semua telah di kepung setiap penjuru. Hendak larikan diri pun tidak sempat.
"Tak...tak mungkin!"geleng Noah yang cemas memikirkan apa yang sedang berlaku ketika itu. DIa lost sama sekali!Otaknya jadi blank kerana kebingungan.
Izack tersenyum jahat. "Ya...semua ini adalah perangkap...orang yang selama ni kau perhatikan bukan la Hayden dan Rossie. Sebaliknya aku dan Gabby..."beritahu dia sewaktu juih bibir ke arah tempat dimana Rossie yang tadi rebah kini dibangunkan oleh squad keselamatan yang tiba di situ.
Mereka berdua menyamar menjadi Rossie dan Hayden selama ini untuk pancing anaknbuah Noah memerhatikan mereka.
Dengan penuh kengerian mereka yang membelasah Rossie palingkan kepala ke arah gadis itu.
Selesai dirinya di bebaskan, dari pita pelekat, gadis berhoodie itu angkat kepala sambil menanggalkan topeng muka Rossie dari wajahnya. Mendedahkan rupa sebenar yang sepenuhnya. Walaupun dalam kesakitan, Gabby dengan penuh keyakinannya mengangkat kepala. memandang ke arah Noah dengan tangan memegang dada dimana tembakan kena. Mujur la dia gunakan jaket kalis peluru dari awal. Kalau tidak mampus!
"Yup...kita orang menyamar jadi Rossie dan Hayden untuk yakin kau supaya culik dia...dengan tu..kau boleh dedahkan aku dekat mana tempat persembunyian kau selama ni.."kata Izack lagi.
Orang bertopeng yang mendampingi Izack tadi turut menunjukkan diri mereka. Tania dan Gina. Dua orang itu berdiri di samping Izack dengan renungan dingin tidak perasaan. "Hai Noah.."sengih Tania dengan sinis. "Lama tak nampak.."
Terbeliak mata Noah dibuat hal tu. Dia silih ganti memandang Izack, Tania, Gina dan Gabby yang di situ. Bertapa tercengangnya dia. "Apa yang dah berlaku sebenarnya?Kenapa kau buat semua ni?"soalnya kepada Izack.
Izack ketawa kecil. "Sebab kita orang adalah ejen khas yang ditugaskan untuk menangkap penjenayah seperti kau orang ni...dan terima kasih jugak pada kau sebab tolong aku kumpulkan semua segala bapak ayam , mastermind dan kepala di sebalik semua kegiatan haram kau di sini"
Habis sahaja Izack berkata, semua squad keselamatan dan polis di situ mengepung setiap penjahat dan ketua mafia di situ dan mempenjurukan mereka supaya tunduk meniarap di atas lantai. Mahu tak mahu mereka semua terpaksa menurut kerana tidak berdaya untuk melawan. Jumlah anggota di situ terlalu ramai dan mereka semua di lengkapi dengan sut serta senjata yang lebih canggih dari mereka di situ. Takut mereka belum sempat hendak melawan kepala mereka sudah berkecai.
Gabby menyertai Gina dan Tania tidak lama selepas itu. Mereka masing-masing perhatikan setiap penjahat di situ di berkas dan di bawa pergi dari situ.
Noah dan yang lain cuba melawan, siap ada yang menjerit bagai di sampuk hysteria. Namun tidak di hiraukan oleh sesiapa di situ malah mereka di heret secara paksa dalam keadaan bergari keluar dari kawasan Gudang tu.
"Kau okay Gabby?"tanya Tania dengan kening berkerut risau saat membelek rakannya itu.
Gabby mengangguk kepala. Dia pegang perlahan pipinya yang sakit dek tamparan konco Noah tadi. "Aku okay. Sikit je ni"
Waktu itu Gina kerling ke Izack. Melihat ketua mereka dengan renungan curiga. Siapa sangka ini rupanya pelan yang ketua dia maksudkan. DIa fikirkan Izack hendak gunakan Rossie, padahal Izack gunakan rupa dan hubungan Hayden dan Rossie untuk memancing Noah keluar.
Selama lima hari persediaan dan rancangan ini di jalankan, naun sekelip mata sahaja segalanya telah di selesaikan!
"Saya tak sangka ketua sebijak ni"puji Tania yang akhirnya berpuas hati dengan keputusan yang mereka peroleh.
Izack yang waktu itu sedang perhatikan samseng dan ketua mafia di situ di bawa keluar tersentak. Dia palingkan kepala ke arah mereka bertiga dengan kening terangkat. "Apa kau orang cakap?"soalnya kerana tidak jelas.
"Saya cakap, ketua bijak sebab boleh terfikirkan cara ni"ulang Tania semula.
Lantas Izack ketawa kecil. Dia tarik sengih sinis meleretnya. "Siapa cakap ini idea aku." ujar dia saat buat muka funny kepada mereka bertiga.
Tania, Gabby dan Gina masing-masing berkerut kening tidak faham.
"Kalau bukan ketua ini idea siapa?"tanya Gina pula.
Tidak menjawab soalan itu, Izack terus berpaling membelakangkan mereka. Sambil dia berjalan telefon yang ada di dalam poket seluarnya di keluarkan. Masih tersenyum dia tunduk menaip sesuatu di skrin telefon itu.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...