20
🌼🌼🌼
Polis And Thieves
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Kalau gelap mesti ada terangnya.
Kalau malam pasti akan siang.
Jika hitam akan ada putihnya.
Jika ada langit perlu ada bumi.
Sama seperti jahat dan baiknya
Sama dengan yin dan yang.
Semua ini merujuk kepada keseimbangan antara dua unsur. Sekiranya salah satunya terlebih, masalah akan timbul, sekiranya salah satunya terkurang, lain pula isunya. Pendek ceritanya, sekiranya ada yang negatif pasti akan ada positifnya.
Sebab itulah, dalam dunia ni ada orang jahat dan orang baik.
Setiap jenayah pasti akan tukang pengadilannya.
Polis.
Penguatkuasa.
Itulah gelaran yang diberikan kepada mereka yang bertugas menjadi penegak kebenaran dan penghapus penindasan.
Di Headquater Polis Negara....
Lelaki bersut dan berpakaian uniform polis berlegar sana sini dalam tempat itu. Setiap ruang di sibuk dengan kelibat staf yang bekerja di situ. Ada dengar bunyi deringan telefon, mesin faks, orang bercakap, bunyi ketikan papan kekunci.
Pada masa itu, sebuah lif berhenti lalu terbuka sebelum tiga orang pegawai polis bersut jalan keluar dari situ dan merentasi koridor tingkat 20 itu menuju sebuah ruangan. Setiba mereka di depan pintu dua daun, lelaki paling hadapan tolak ia ke dalam. Lantas mereka bertiga jalan dengan seragam sehingga la mereka berdiri di hadapan meja.
"Selamat pagi Tuan Javie!"tabik mereka bertiga dengan serentak.
Lelaki berjambang kemas dan mengenakan cermin mata petak itu larikan pandangannya dari skrin. Berhenti dari membaca email yang dia terima. "Selamat pagi."ucapnya.
"Kami dapat laporan mengenai pergerakan dua kelompok mafia dari dua persatuan yang berbeza sedang aktif menjalankan sesi pembersihan dan rombakan kuasa di beberapa daerah."beritahu lelaki pertama.
Lelaki kedua pula gerak menghulurkan fail yang dilengkapi dengan hasil siasatan dan maklumat yang mereka peroleh.
"Saya tahu..."beritahu Javie sambil capai fail tersebut. Lantas dia buka. "Saya sudah mendapat laporan tu dua hari lepas...dengar ceritanya Ketua kumpulan Scorpion yang kita nakkan tu dah mati...dibunuh dengan ahli Corleones."
Tiga orang pegawai polis itu agak terkejut sewaktu mengetahuinya. Mereka ingatkan hanya mereka sahaja yang tahu soal itu. Sebab kes ini adalah kes rahsia yang perlu di uruskan tanpa pengetahuan orang sebab berkelas tinggi.
"Adakah dia yang memberitahu tuan?"tanya pegawai polis ketiga. Mereka ada rakan sekerja juga yang bertugas untuk menjadi penyamar. Bagi membanteras kes jenayah mafia yang semakin berleluasa dan memudaratkan kebelakangan ini.
Javie tersengih mendengar soalan itu. Dia selak helaian kertas yang seterusnya sebelum meneliti butiran yang ada di situ. "Kalau bukan dia, siapa lagi yang reti buat kerja dekat sini.."katanya sambil angkat kepala memandang ke tiga orang pegawai polis dihadapannya. "Nak harapkan kamu bertiga,mungkin belum tentu dapat maklumatnya...."
Mereka terus tundukkan mata ke lantai. Tangan berada di belakang badan. Berasa malu sendiri.
Fail yang ada ditangannya ketika itu ditutup lantas di campak ke meja.
"Kamu lebih takutkan mati...sedangkan rakan kamu di luar sana mempertaruhkan nyawa dan keselamatannya sendiri untuk kebaikan semua orang...."tambah Javie.
"Kami akan lalukan yang terbaik tuan." ucap lelaki pertama.
"You better do....if not. I'll will ask others to replace your job."ujar Javie yang membetulkan duduknya dari sandar ke tegak dan kembali memandang skrin komputer. Tetikus di pegang.
Tiga orang polis itu memberi tabik hormat pada ketua polis mereka lantas melangkah keluar dari situ.
Setelah tiga orang itu melangkah pergi, Javie di kerusi itu membaca semula butiran yang ada di dalam email yang diterima. Mahu pastikan setiap butiran dan maklumat yang ada di situ sebelum membalas email tersebut dengan jawapan dan arahan selanjutnya.
Dua fail berperkataan 'SULIT' di letakkan atas meja dimana dua orang pegawai polis sedang duduk. Dua pasang mata itu turut memandang akan fail tersebut.
"Seperti yang dimaklumkan oleh ketua jabatan kamu, kamu dipanggil ke sini atas satu tugas."
"Tugas apa tuan?"
"Saya mahu kamu menyamar...dekati organisasi Legion Of The Concrete Jungle ni...dapatkan maklumat siapakah ketua mereka, dalang modus operandi, pusat kegiatan, rahsia dan sebagainya mengenai merekamaklumat asas telah saya bekalkan di dalam fail tersebut. Kamu baca dan telitikannya."
"Bila saya perlu mulakannya?"
"Awal bulan ni....pastikan tiada siapa tahu mengenainya. Berpura-pura sebaik mungkin kerana kamu sudah pun dilatih sejak kecil lagi untuk menjadi seorang agen rahsia...maka ini la masanya untuk kamu berbakti pada negara."
"Baik tuan."
"Ingat pesan saya.tidak kira apa sekalipun yang berlaku. Jangan biarkan perasaan dan emosi kamu menguasai rasionaliti kamu. Silap kamu melangkah, musnah segalanya.."
"Saya akan ingat tuan."
"Fail pertama adalah maklumat mengenai target Utama kita, fail kedua adalah identity dan segala maklumat yang kamu perlu beritahu pada orang sekiranya mereka bertanya akan latar belakang kamu kelak. Tentang hal lain jangan risau. Sudah saya uruskan yang lain."
"Saya faham."
"Semoga berjaya. Dan kekal la setia pada negara kamu.Jangan mudah berbolak balik..."
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Done 5 chapter untuk hari ni.
Lambat sikit update sebab tak asa mood siang tadi.
Tengah malam macam.ni baru dapat idea.
Macam mana?
So far?
Okay tak?
Hope you guys enjoy it.
Terimakasih sebab baca dan vote.
Dont forget to vote and comment
See you at next chapter!
Adios!
👋🏻
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...