18
🌼🌼🌼
Samseng Tak Jadi
Vs
Malaikat Maut
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Menggunakan duit yang diberikan oleh Rossie itu la, dia upah samseng jalanan yang dia dapat untuk kerjakan Hayden. Seperti yang dia ketahui lelaki itu pasti akan munculkan diri di sekitar kawasan kafe berdekatan dengan kelab besbol. Bersama 10 orang lelaki bertubuh buffy dan bersenjata, dua buah kereta berhenti tepat di hadapan tempat parker premis tersebut.
Kebetulan pada masa itu Hayden sedang berjalan menuju ke kafe tersebut sambal diekori oleh rakan-rakannya di belakang.
Terkejut dengan kehadiran dua buah hilux itu, secara refleks, Hayden dan gengnya toleh ke belakang. Mereka Nampak ada lelaki-lelaki bertopengkan kain bandana di sekitar mulut dan berkayu besbol dan hockey stick di tangan masing-masing berarak mendekati arahnya.
Kebingungan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Noah, Izack. Hardin dan Hayden berdiri kaku di situ tidak bergerak kecuali mengedipkan mata apabila 10 orang lelaki mengelilingi mereka. Sampailah Ryan muncul di hadapan mereka dengan muka berlagak mintak penumbuknya!
"Jumpa pun kau..."sengih Ryan dengan bangga. "Aku dah kata kan aku akan balas balik apa kau buat pada aku hari tu?"tangannya di silang ke dada.
Hayden tidak memberi sebarang reaksi atau respon mengenai kenyataan itu. Dia malah tenang bersahaja memandang muka Ryan. Di dalam kepala, sudah pun berkira-kira hendak apakan nanti dia pada cencorot di depannya ini. Di kerat 16 atau di bakar hidup-hidup atau di korek isi perut dan biarkan gagak menghurung?Banyak pilihan sampai rasa nak buat semua pun ada.
"Kau dah puas hidup sangat ke?"tegur Izack dengan serius.
"Ah!Kau jangan nak menyibuk..jangan sampai dengan kau-kau sekali aku kerjakan!"bentak Ryan.
Noah berdengus kecil, dia palingkan kepala ke Hayden sebelahnya itu. "Wei...apa yang kau dah buat dekat dia sampai panggil geng samseng bagai ni"soalnya dengan nada hendak ketawa.
"Aku tumbuk muka dia sebab dia belasah Rossie depan mata aku"beritahu Hayden dengan nada tidak berminatnya. Disebabkan darah Rossie mengalir di dalam badan dia selama ini, maka tidak sesekali dia benarkan setitis pun darah keluar dari badan tu. Apa lagi luka!
"AHahaha.."Hardin meledak ketawa. "Takkan la baru kena tumbuk mental dah koyak...tak gentel la gitu"
Ryan menjadi berang. Dia pandang empat muka di situ dengan kening mencerlung. "Kau orang tunggu apa lagi!Belasah mamat muka berlagak tu!"arah dia sambil tunding jari ke arah Hayden.
Samseng-samseng di situ apa lagi, mereka pun berteriak saat lari menghayun besi besbol dan hockey stick ke arah Hayden dan kawan-kawannya. Ryan berdiri di belakang kekecohan tersebut. Maka riuh la tepi jalan itu dengan pergaduhan tersebut.
Dua lelaki menyerang Noah pada masa yang sama. Tetapi Noah dengan mudah memengkes bawah ketiak seorang dari mereka hingga dapat merampas hockey stick dari tangan samseng itu. Dengan gagah sekali dia patahkan hockey stick itu kepada dua lalu ditikam tepat pada perut dan dipukul ke leher dua penyerangnya dengan serentak.
PRAK!
Hardin tumbuk rahang samseng yang mengacu pisau belati ke arahnya hingga darah tersembur keluar dari mulut itu. Tidak setakat itu, dia Berjaya mengambil alih pisau belati tersebut lalu digunakan untuk mengelar arteri yang ada di pegelangan tangan dan tepi betis penyerangnya. Habis menjerit kesakitan samseng itu dibuatnya.
"ARGHHH!!!"teriak samseng bertubuh lampai dan buffy apabila Izack memberikan highkick tepat di tulang rusuk dan bawah celah kangkangan silih berganti tanpa henti seperti berkungfu. Masuk sepakan kali keenam, Izack berikan tendangan akhir yang padu pada badan samseng itu hingga tubuh itu tercampak ke belakang dan mendarat di atas hood kereta berdekatan.
Hayden yang diserang tiga lelaki dengan serentak, tidak bergerak banyak. Dia hanya mengeluarkan spygun yang sentiasa dia bawa kemana-mana setiap kali berada di luar, lantas menembak tepat di kepala setiap seorang di situ dalam masa lima saat.
Ryan yang sakitkan semua itu ternganga sendiri. Hampir mahu melotot biji mata dia saat menyaksikan semua itu. Tidak menyangka yang Hayden ada senjata dan rakan-rakan lelaki itu berani sakiti manusia sebegitu kejam sekali!
Dalam masa 20 saat, semua kekecohan tersebut di selesaikan oleh mereka berempat tanpa ada sikit pun cela atau calar di wajah empat sekawan itu.
Malah tidak tercungap-cungap letih sedikit pun. Seakan tiada apa-apa yang brrlaku. Mereka hanya berdiri di kelilingan gelimpangan tubuh badan yang berdarah dan tidak sedarkan diri memandang Ryan. Tangan masing-masing ada yang kemerahan dan juga kotor dengan darah.
"Next?Siapa pulak?"tanya Hayden kepada Ryan di tepi kereta hilux tu. "Kau ke?"tanya dia.
Mata Ryan terbutang luas, kaki lututnya menggeletar seperti mahu terkucil di situ juga. "Si-siapa kau orang hah?Macam mana kau orang boleh buat semua tu?"tanya dia tersekat-sekat sebabt terlalu terkejut.
Dengan jelingan tajamnya, Hayden tenung tepat ke mata Ryan. "Malaikat maut kau."hujung bibirnya ikut terjungkit setelah dia berkata begitu.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...