65
🌼🌼🌼
ROSSIE CHARLOTTE
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sambil tersenyum dia lirik akan butiran di skrin telefonnya. Jarinya menaip laju akan mesej yang diterimanya itu. Dan pada masa itu lah pintu bilik air terbuka, buatkan Rossie yang sedang baring mengiring di atas katil tersentak. Cepat-cepat dia lock telefon dan sembunyikan telefonnya di tepi pinggangnya.
Angkat saja kepalanya ke arah pintu, Hayden berjalan keluar dari situ dalam keadaan berseluar jean hitam tetapi badan masih basah dengan sisa air mandiannya. Tersengih meleret Rossie bila melihat lelaki itu.
Hayden yang tidak menjangka Rossie akan ada di situ berhenti mendadak kerana terkejut. Tangannya yang sibuk mengeringkan rambut dengan tuala terus jatuh ke bawah. "Rose...bila kau dekat sini?"tanya dia saat kerling ke sekeliling bilik tidurnya.
"Lama la jugak...sejak awak masuk bilik air.."beritahu Rossie sambil mematai Hayden dari atas ke bawah. So marvelicious! Posisinya masih mengiring dengan tangan menopang kepala di atas katil tu.
Terbit sengih nakal di bibir Hayden. "Kenapa kau nampak lain macam kebelakangan ni?"tanya dia dengan curiga. Sambil tu dia jalan mendekati katil. Sejak kejadian dia menemui Rossie di apartment Tania tempoh hari, sejak tu Rossie tidak pernah berenggang dengan dia. Kalau boleh Rossie enggan dia ke mana-mana kecuali duduk di rumah atau hadirkan diri ke kolej sahaja.
"Apa yang lain macam?Awak nak saya keluar ke?"tanya Rossie dengan kening terangkat sebelah. Tapi matanya tidak lepas dari memerhatikan Hayden yang mula tiba di katil dan duduk dibirai menghadapnya.
"Tak adalah...cuma lain macam yang aku suka.."kata Hayden saat perlahan-lahan sondongkan badannya ke bawah mendekati Rossie yang sedang mengiring.
Perasan akan perubahan angin di dalam ruangan itu, Rossie tersentak.
Tidak memberi peluang kepada Hayden, Rossie cepat-cepat bangun. Dia duduk bersimpuh di situ sebelum lelaki tu sempat berbuat apa-apa. "You know what...I'll give you some space to change...saya tengokkan ayah awak dulu..."
"Not so fast bunny!"cepat-cepat Hayden cengkam lengan Rossie lalu menumbangkan tubuh itu dengan mudah katil itu semula. Dalam sekelip mata dia memerangkap Rossie dari atas. "Mana boleh kau blah macam tu je lepas kau belanja posing dekat aku..."
"Hei!"Rossie menjerit kecil impak dari rentapan itu. Nak melompat keluar jantung dibuatnya. "Lepaskan saya!"
"No!"Hayden tersenyum segak!Menampakkan lekukan pada kedua-dua belah pipinya. "Beritahu aku...kenapa dengan kau kebelakangan ni?Kau dah jatuh cinta dekat aku ke?"soalnya penuh berharap. DIa memang dah lama sukakan Rossie. Tapi sekalipun dia tidak pernah dengar atau lihat Rossie beritahu yang gadis ini turut menyukai dia.
Mata Rossie tidak berkedip dari memandang muka segar baru mandi Hayden di atasnya. Matanya bergerak kanan dan kiri saat meneliti setiap inci wajah handsome Hayden dalam-dalam. Akhirnya lepas ni Hayden boleh bebas dari tekanan dan juga masalah lepas Noah dan Izack berhenti dari memburunya lagi. Lepas ni dapatlah Hayden luangkan lebih masa pada ayah lelaki itu.
"Kenapa?Awak nak saya jatuh cinta pada awak ke?"tanya Rossie dengan nada berbisik lembutnya.
"Kau tak nak?"tanya Hayden ketika perlahan-lahan turunkan badannya ke bawah. "Tiga tahun aku tunggu kau...takkan la sikit pun tak ada perasaan terhadap aku dalam hati kau tu?"
Rossie menggeleng kepala.
"Sikit pun?Kau tak rasa berdebar sikit pun?"tanya Hayden lagi.
"Kalau saya cakap tak ada...apa awak nak buat?"tanya Rossie sambil perhatikan badan tidak berbaju lagikan penuh dengan tatu itu mendekatinya. Tidak seperti kali pertama, kali ini dia tidak gugup mahupun bertindak untuk melawan.
Apabila dia sudah berada di jarak yang selamat, Hayden rehatkan kedua-dua lengannya di tepi kepala Rossie. Kakinya berada di celah antara kaki Rossie dan kakinya sendiri. "Even kalau aku buat macam ni?"sebutnya sebelum mengucup tepi mata kiri Rossie dengan lembut.
"Tak."dengan pantas Rossie berbisik.
"Kalau ini..."Hayden beralih ke mata pula. Bibir dinginnya hinggap sedikit lama di situ.
Bibir Rossie mengukir senyuman nipis kerana suka. "Tak jugak."
Hayden angkat bibirnya dari mata Rossie. Dia berkerut kening sambil buat muka terasa. "What?"
Rossie pun membuka matanya. Dia pandang reaksi Hayden dengan dada sebu penuh bersama perasaan berbunga senang. Hampir hendak ketawa bila melihat muka tu. "Awak nak saya sukakan awak kan?"tanya dia lagi.
Hayden mengangguk kepala.
"Kalau saya mintak awak tinggalkan semua ni...awak nak ke?"tanya Rossie lagi. Dia tidak mahu terlibat dengan semua ni lagi. Dia dah lakukan yang terbaik untuk bantu Hayden. Tapi kalau lelaki ni nekad hendak teruskan hidup dalam dunia ni, dia tak janji untuk Bersama dengan Hayden buat selamanya. Lagipun dia ada kehidupan yang dia inginkan.
Air muka Hayden terus berubah. Elok dari dia terasa kepada muka tercengang. "Kau apa?"
"Saya dah puas tengok orang sakiti dan tinggalkan saya...saya tak sanggup untuk tanggung rasa kecewa ni lagi.."kata Rossie dengan kening mencerlung. Dari ibubapa dia, Tania orang yang dia percayakan, Ryan yang dia pernah cintai. Kalau dia terima Hayden dan hal sama berulang, mungkin dia akan give up untuk teruskan hidup ni.
Kening Hayden mencerlung, dia jatuhkan badannya sepenuhnya ke Rossie perlahan-lahan sebelum membenamkan wajahnya ke ceruk leher itu. "Rossie please..jangan mintak aku buat pilihan.."rengeknya semasa lingkarkan tangan ke sekeliling badan tu erat-erat.
Dalam-dalam Rossie menarik nafasnya sebelum dilepaskan dengan Panjang. Matanya terarah pada siling bilik Hayden. Kedua-dua mereka mendiamkan diri untuk seketika. Hanya ditemani dengan bunyi degupan jatung masing-masing.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
Roman d'amourHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...