10🌼🌼🌼
Buku Temu Ruas
🌼🌼🌼🌼🌼
"Ke mana kau pergi hah?"rentap Ryan sambil tarik Rossie menjauh dari kereta yang gadis itu baru keluar tadi.
"Awak...ianya bukan seperti yang awak fikirkan...saya cuma beli makanan je.." berkerut kening Rossie kerana tahan sakit cengkaman pada lengannya ketika itu. "Please..."
"Beli makanan konon!Kau keluar dengan lelaki lain kan!Curang belakang aku!!"bentak Ryan sekuat hati di depan muka Rossie sambil menolak narik lengan gadis itu depan belakang ketika berkata.
Sambil mencebik bibir untuk elak dari menangis, Rossie menggeleng kepala. "Tak...saya tak curang pada awak.. Ryan.. tolonglah. Sakit ni"
"Tahu pun sakit...habis sakit hati aku ni kau tak peduli pulak."
"Tak...saya berani sumpah. Saya tak curang...maafkan saya. Saya janji hal ni takkan berulang lagi." geleng Rossie.
"Patut la kau beria nak mintak putus dengan aku...sebab kau ada lelaki lain kan!"Ryan cengkam sebelah lengan Rossie pula lalu menggoncang badan itu dengan kuat. "Beritahu aku!Kau curang belakang aku kan!!!"
"Arghhh!!!"jerit Rossie penuh ketakutan di situ. Dia cuba tolak badan itu tetapi tiada gunanya.
"HOI!!"bentak suara lantang dari arah belakang.
Ryan terus berhenti dari menggoncang Rossie dan mencampak gadis itu ke lantai macam itu saja tanpa kisah. Kemudian dia pandang ke tuan punya suara. Keningnya mencerlung tajam dan kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangan.
Hayden jalan seluas mungkin ke arah Ryan. Dan setiba dia dekat pada lelaki itu, tanpa amaran hayunan penumbuk naik ke udara dan mengenai ke tepi rahang kanan itu. Bunyi 'krak' kedengaran pada masa yang sama.
Tubuh Ryan jatuh tepat di tepi Rossie yang sedang terduduk di lantai itu. Suara ngerangan kedengaran dari lelaki itu sebaik saja dia terbaring di situ.
Tidak berhenti setakat itu, Hayden cekau rambut Ryan dan paksa lelaki itu bangun dan di berdirikan semula dekat situ.
Wajah Ryan kemerahan dan ada darah yang mengalir keluar dari dalam mulutnya.
"Hebat sangat kan...mari la tunjuk tenaga tu. Nak lawan biar dengan orang yang sama level...bukan yang bertentangan dari tu..."kata Hayden semasa kepal penumbuk sekali lagi mahu menumbuk rimbuk itu pula.
Takut dengan apa yang bakal menimpa Ryan, Rossie tanpa berlengah bangun dari situ dan mendapatkan Hayden. "Hayden... cukup...saya merayu...lepaskan Ryan..."Dia pegang lengan itu saat dongak memandang tepi muka Hayden.
Kepala Hayden berpaling, dia pandang wajah Rossie yang sudah basah dengan air mata itu buat seketika. Hairan dia!Kenapa Rossie masih lagi mahu Bersama dengan lelaki seperti Ryan ni! Malah dipertahankan lagi tu. "Dia yang buatkan kau Lebam macam tu kan?"soalnya yang ketika itu sedang menyirap marah!
Rossie menggeleng kepala lagi."Dia tak salah...semuanya salah saya...tolong la.." mintanya dengan terdesak.
Ryan tiba-tiba ketawa, dia pandang Hayden dengan sengih meleret walaupun sedang basah dengan darahnya sendiri. "Kau nampak tu?Dia tak kisah!Yang kau nak sibuk kenapa hah!B*ngs*t!"
Mata Hayden bergerak laju ke muka Ryan kerana kata-kata itu. Tidak mempedulikan rayuan Rossie, Hayden tarik tangannya dari cengakaman Rossie dan tolak Ryan sehingga terjatuh. "F*ck this!" dibalas baik tidak mahu terima!Buang masa dia saja!
Rossie berundur ke belakang akibat rentapan Hayden itu. Dia pandang kejung ke arah Hayden. Betapa terkejutnya dia melihat rupa berang Hayden. Sungguh dia tidak faham kenapa Hayden bersikap begini terhadap dia!Sedangkan mereka bukan mempunyai hubungan yang baik. Sejak dulu lagi mereka berdua saling membencikan antara sama lain pada kali pertama jumpa di dewan sewaktu orientasi 3 tahun yang lalu!
"Kau berhambus dari sini sebelum aku pecahkan betul-betul muka tak semengah kau tu!"tunding Hayden ke Ryan.
Sambil tersengih, Ryan bangun dari situ. Tangannya memegang mulutnya yang berdarah. "Kau cari pasal dengan orang yang salah. Kau ingat aku takut dengan kau ke!Tunggu la lepas ni!"tundingnya pula ke Hayden. Sama sekali tidak mengetahui siapakah Hayden yang sebenarnya kerana dia bukan orang tempatan di situ. Dia berpindah ke situ kerana ingin menyambung pelajarannya sahaja.
"Berhambus aku kata!"Hayden tolak badan Ryan supaya pergi dari situ dengan paksa.
Seketika kemudian, Ryan pun berjalan pergi dari situ. Meninggalkan Rossie dan Hayden di situ tanpa menoleh sekalipun.
Dengan sisa amarah yang masih berombak didadanya, Hadyen pandang ke Rossie semula.
"Apa nak jadi pada kau lepas ni, tanggung la sendiri!Hamak sangat dengan teman lelaki sampah kau tu kan!" getus Hayden sebelum berpaling dari situ meninggalkan Rossie di situ kemudiannya. Lelaki itu berjalan laju dengan marah.
Pemergian Hayden di perhatikan oleh Rossie dengan keadaan dia masih menggigil dan terketar-ketar ekoran kejadian tadi. Betapa devastated perasaan dia waktu itu. Sampaikan dia tertanya-tanya kenapa la sejak lahir sehingga la dewasa, urusan hidupnya tidak pernah mudah!?
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
So hari ni Tinta update lagi 5 chapter untuk Buddies.
Macam mana? Okay kan?
Kalau Buddies tengah baca dn rasa mcm.keliru tu...percaya la...Tinta pun rasa begitu.
Kalau Buddies tengah baca dan feel penulisan Tinta...maksudnya sampai la feeling tu.
Kalau tak rasa dua2...maknanya Tinta kena improve lagi.
Hope you guys like the chapters for today.
Terima.kasih ya buat mereka yang komen dan vote tu.
Have a good day.
🤗
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...