3
🌼🌼🌼🌼
Son of Mafia
🌼🌼🌼🌼🌼
"Setuju atau tidak...itu deal aku. Kalau kau nak cakap banyak...bincang dengan ayah aku. Real leader is him..I'm just the middle man.."ujar Hayden pada lelaki gempal bersut yang sedang duduk di kerusi hadapannya.
"Jangan la macam tu...kamu kan dah lama dalam hal ni...lagipun kalau kamu tak cakap ayah kamu takkan tahu... 30 peratus komisen akan diberikan kepada kamu kalau berikan saya dua kawasan tu secara rahsia...kalau satu tempat je...tak untung la. Barang saya tak laku."mintak Trevor, si pemilik kilang penghasilan dadah jenis ketamin dan senjata haram.
Hayden bersandar malas pada kerusi itu. Memalingkan kepala ke kanan sebelum bawah dagunya digosok cuba menahan sabar.
"Sampai bila kamu nak jadi kuli ayah kamu...nanti dia mati kamu juga akan jadi penerus dia...boleh la ya..."
"So kau panggil aku hanya semata untuk mintak aku tikam ayah aku dari belakang dengan beri kerjasama pada kau demi duit seciput tu?"soal Hayden yang kemudiannya tolak dirinya dari sandar dan rehatkan kedua-dua tangan di lutut. Menyondong ke depan memandang bengang akan Trevor.
Trevor mengangguk kepala. "Kalau nak saya berikan kamu 40 peratus komisen,tak rugi pun. Dalam jangka masa yang pendek kamu boleh dapat pengikut dan pengaruh dalam masa yang pendek. Dengan mudah kamu dapat tangani kuasa ayah kamu yang merupakan ketua mafia di sini!"
SPRANG!
Sebuah gelas dicampak hingga pecah di atas lantai bersebelahan Trevor.
"Callate la puta boca!"(Shut the f*ck up!)ludah Hayden dengan benci sekali pada lelaki itu. Berani betul lelaki ni cuba paksa dia berpaling tadah pada ayahnya! Sebenci mana sekalipun dia pada ayahnya, tak pernah dia terlintas hendak mengkhianati orang tuanya sendiri!
Melompat terkejut lelaki itu. Tidak menjangka akan reaksi itu, Trevor menelan air liurnya kerana takut.
"Asal?Sebab nampak aku masih muda lagi kau pandang rendah pada aku?Macam tu?Tanpa duit atau pengaruh kau, aku still boleh jadi orang berkuasa dekat sini la....simpan je duit kau tu. Mulai esok, aku nak kau tutup tempat kau dan alihkan perniagaan kau ke tempat lain. Aku tak nak ada satu cebisan pun kelibat kau dekat sini lagi. "beritahu Hayden sebelum dia bangun dan berjalan laju keluar dari bilik karaoke itu.
"Hayden!"panggil Trevor di belakang dengan tergamam.
Dalam keadaan dia yang sedang menyirap dan bengang, Hayden jalan melepasi orang yang lalulalang di koridor tersebut sebelum tiba di di bawah tangga. Niat dia mahu membelok ke arah pintu keluar, sekali tu satu terpaan muncul dari arah kirinya dan buatkan mereka berlanggar sebelum dia sempat pegang badan itu.
"What the f-"sebut Hayden yang terhenti apabila gadis yang berada dalam pelukannya itu dongak memandang dia. "Kau lagi??"soalnya dengan kening berkerut.Ada beberapa gadis juga yang sudah berlari melepasi dia. Tapi dia cuma sempat sambut seorang sahaja sebab orang itu paling hampir dengan dia.
"So-sorry...saya tak nampak!"ucap Rossie sambil toleh ke belakang. Dia cuba tolak dirinya menjauh dari Hayden.
"Ada apa ni?"tanya Hayden yang turut memandang ke belakang.
Dalam keadaan cemasnya, Rossie pandang ke depan dan Hayden silih berganti. Mencari kelibat rakannya yang sudah selamat melarikan diri dari situ. Bertuah punya member!. "Kalau awak nak marah..lain kali je..bukan sekarang. For now I'm quite occupied." katanya semasa cuba lepaskan diri dari kekangngan Hayden.
Mata Hayden tertangkap kelibat lima lelaki yang muncul di situ tidak lama kemudian. Mengesan ada yang tak kena, dia eratkan cengkamannya pada pergelangan tangan Rossie.
Bila kumpulan lelaki itu bertembung dengan Rossie dan Hayden di situ, mereka serta merta berhenti dengan mendadak. Masing-masing terkedu di situ sesaat selepas bertentang mata dengan mata itu.
"Kau kenal dia orang?"tanya Hayden tanpa mengalihkan renungannya ke mereka.
Laju-laju Rossie palingkan kepala ke belakang. Dengan muka gelabahnya dia membutang mata sebaik lihat akan lelaki miang yang cuba dapatkan dia dan rakan-rakannya tadi. "Gila apa!Memang tak la!Mereka cuba dekati saya dengan kawan-kawan saya.." beritahunya.
Seperti ahli plantun berdiri menghadap komando mereka, kelima-lima lelaki di situ pandang Hayden dengan muka cuak masing-masing.
"Hi...Hayden...berjumpa kita dekat sini ya.."tegur mereka dengan kekok di situ. "Perempuan tu-"
"Berhambus."pintas Hayden tanpa menunggu kata-kata itu dihabiskan. Sudah la dia tengah marah, jangan sampai ada kepala yang pecah dikerjakan dengan dia nanti!
"Okay...sorry sebab ganggu. Kita orang tak tahu."dengan kalut mereka berkata saat mengundurkan diri pergi dari situ dengan tangan terangkat 'surrender'. Memang tidak la mereka hendak cari pasal. Hayden bukan lawan mereka. Silap langkah nyawa bos mereka jadi taruhan!
Melihat pemergian mereka itu, Rossie buat muka tak faham. Hairan dia dekat situ. Dah kenapa pulak mamat miang tadi takut dengan Hayden macam baru nampak hantu? Apapun baguslah! Tak adalah dia lari seperti tak cukup tanah tadi!
"Boleh tak berhenti muncul depan aku."sentap Hayden sewaktu tolak Rossie jauh dari dakapannya.
Hampir tersandung dia dibuat tolakan itu. Mujur la pakai kasut, sempat la dia seimbangkan diri. Sambil pegang bekas cengkaman maut Hayden tadi, Rossie pandang tak percaya mendengar kata-kata itu.
"Memangnya dekat dunia ni cuma ada awak je yang hidup ke?Saya pun nak hidup la...ingat saya nak sangat ke muncul depan awak"ada ke!Pe'el macam mintak makan penampar je dia menengokkan!
Geram!
Hayden pandang Rossie dengan sengih mengejeknya. Ramai-ramai orang dalam tempat ni, cuma Rossie je yang berani lawan kata dia. Kalau orang lain dah siap melutut tau tak! "Yang kau pergi kelab ni kenapa...banyak kelab dekat luar sana...sini jugak kau bertapak! Tahu tak tempat ni tempat apa?" bidasnya pula.
Rossie menjuling mata menyampah. Marah mengalahkan ayah dia sendiri! Dah kenapa la dia cakap banyak dengan kasanova ni. Buat sakit hati je. "Apa-apa je la. Thanks sebab tolong."dia melambai tangan tidak peduli saat pusingkan badan hendak pergi dari situ. Lama-lama dekat situ buat dia nak mencarut je!
Tidak menghalang atau mempedulikan langkah Rossie, Hayden berdiri di situ mengeluarkan telefon dari poket jaketnya. Bila di pegang akan gadjet itu, dia sentuh skrin dengan kening mencerlung marah. Nama yang tertera di skrin itu di sentuh. Memang nak kena betul la!
Beberapa nada dering kedengaran beberapa kali sebelum panggilannya di jawab.
"Hello...?"sapa suara di balik panggilan itu.
"Kawal budak-budak kau sebelum aku yang tolong kau yang kawal."beritahu Hayden dengan nada mendatar penuh amarannya. "Sekali lagi aku nampak dia orang berlegar buat perangai sampah dekat tempat aku... nahas kau!"
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...