Chapter : 62

1.6K 136 8
                                    

62

🌼🌼🌼

The Incident

🌼🌼🌼🌼🌼





SLAP!

SLAP!

SLAP!

SLAP!

Kanan dan kiri muka itu di tampar.

Bunyi tamparan pula bergema di sekeliling gudang kosong tersebut.

Tangan itu tidak berhenti sejak tadi hingga merah kedua-dua pipi tu. Darah turut telah mengalir dari mulut itu kerana luka dalam yang alaminya.

Sewaktu kejadian itu terjadi, seseorang turut merakam tindakan tersebut sambil diperhatikan oleh beberapa orang samseng dan konco kongsi gelap yang ada di situ. Masing-masing bertatu dan mempunyai parut di wajah mereka. Menampakkan lagi karakter sebenar mereka.

          "Kau pasti Hayden akan ke mari?"tanya ketua gangster dari daerah lain.

          "Sebelum kau bunuh pastikan aku dapat bahagiannya juga.."ujar ketua gangster yang lain pula.

Noah yang berada di sekitar kumpulan ketua gangster dan mafia di situ hanya diam memerhatikan Rossie sedang di kerjakan sejak tadi. Niatnya adalah dengan merakam video tersebut untuk dijadikan tontonan Hayden.

         "Tapi betul ke gadis yang kau bawa ni benar-benar kekasih Hayden yang sebenar?Bukan sebahagian dari spare part dia?"

         "Macam mana kalau dia tidak termakan dengan perangkap kita ni?"bicara baki ketua gangster di situ.

         "He will.."balas Noah dengan yakinnya. Dia tahu Rossie adalah kelemahan Hayden. Dan dia yakin sekali yang kawan baiknya itu akan hadirkan diri ke tempat pertemuan mereka ini tanpa di arahkan!

Orang lelaki yang bertugas untuk merakam kemudiannya datang mendekati Noah untuk menyerahkan telefon yang digunakan untuk mengambil video kepadanya. Sementara yang mengerjakan Rossie sudahpun berhenti dari menyakiti gadis itu.

Pada masa itu la bunyi deruman enjin kereta kedengaran lalu diikuti dengan cahaya lampu terang memasuki ke dalam Gudang tersebut. Empat buah kereta hitam di parkit tepat di tepi kawasan dimana para samseng tersebut berkumpul. Mengelilingi kawasan tu.

Lalu berbondong-bondong lelaki keluar dari kereta tersebut. Mereka keluar dengan serentak sebelum yang terakhir sekali melangkah keluar dari kereta yang hitam paling hadapan sekali.

Noah dan yang lain kemudiannya perhatikan akan lelaki lampai yang perlahan-lahan jalan mendekati mereka tanpa menunjukkan sedikit pun rasa takut!

Hayden jalan mendekat sehingga la dia menghadap enam orang kuat dan juga mafia paling dikehendaki oleh pihak berkuasa di situ. Dengan renungan dingin dia lirik ke arah Rossie buat seketika. Melihatkan gadis itu terikat di kerusi, dia jeling dengan tajam sekali ke Noah.

          "See...aku dah cakap. Dia mesti datang punya.."sengih Noah dengan bangga.

Beberapa orang pengikut Hayden yang mengenakan topeng di mulut mereka diam berdiri di situ memerhatikan ketua mafia yang menjadi penyokong dan juga tulang belakang kegiatana Noah selama ni.

           "Lepaskan Rossie."arah Hayden dengan nada serius dia.

           "Hahaha...kalau tak?Apa kau nak buat?Bunuh aku?"sengih Noah saat pandang mengejek ke Hayden. "Ingat sikit dekat sini yang superior adalah aku.kau tak ada kuasa dekat sini dah...sebab apa?Sebabnya kalau kau macam-macam aku tembak kekasih kau ni.."ugutnya.

           "Oh really?Tembak la..."cabar Hayden. "Kau fikir aku akan lemah hanya disebabkan seorang wanita?"

            "Jangan cabar aku Hayden...."ketap Noah dengan berang.

            Sambil menarik sengih misteri, Hayden seluk tangan ke dalam poket seluar. Dia pandang setiap wajah mereka yang selama ini telah bekerjsaama dengan Noah menjalankan aktiviti jenayah. "Serahkan diri kau Noah. hentikan semua kegilaan ni...dan aku janji aku akan mudahkan urusan kau di masa depan kelak"mintanya.

            Noah melepaskan dengusan mengejek. "Apa kau cakap?Serahkan diri?Pada siapa?Pada kau?Supaya aku boleh jadi kuli kau semula?"tanya dia.

            "Tak adalah.serahkan diri pada pihak berkuasa.."beritahu Hayden dengan nada tenang tanpa reaksinya.

             "AHAHAHAH!"meledak ketawa Noah di buatnya. "Jangan nak buat lawak la wei!Sejak bila kau berlagak jadi baik pulak ni...hah?Kau ingat kau tu apa?Polis?Hahahaha!"

Hayden pandang ke balik bahu, memberi isyarat kepada anak buahnya di belakang supaya siap sedia. Dan mereka yang faham akan maksud tindakan Hayden diam-diam memegang senjata yang tersembunyi di belakang kot, di balik poket kot mahupun dari bawah lengan baju yang mereka kenakan.

             "Tak adalah...aku bukan polis..."beritahu Hayden setelah itu.

              "Kau tu yang patut serahkan diri pada aku!Serahkan semua kuasa kau pada aku...dengan tu baru aku bebaskan Rossie. Kalau kau tak nak...nyawa perempuan ni jadi taruhannya."ujarnya Noah lagi.

             "Hahah...kalau aku tak nak?"

             "Aku bunuh dia!"

Dua orang itu saling membalas renungan ke antara satu sama lain. Seperti berlawan siapa yang tundukkan pandangan dahulu. Sementara ketua mafia yang lain diam memerhatikan dua orang lawan itu silih ganti dengan perasaan penuh debar. Ingin tahu apa yang terjadi.

              "No."jawab Hayden dengan mendatar.

               "Well..then..she dead!"sebut Noah yang mana membuatkan lelaki paling hampir dengan Rossie tadi acukan pistol lalu melepaskan tembakan ke dada gadis itu.

BANG!

Gema dari bunyi tembakan itu melantun ke merata arah. menjadikan suasana menyeramkan tempat itu semakin menyeramkan.

Rossie jatuh tumbang ke belakang Bersama-sama dengan kerusi yang terikat bersamanya.

              "Sekarang kau nampak aku.."Noah depakan tangan dengan megah.

               Hayden malah tersenyum. Dia sedikit pun tidak terkutik dengan apa yang menimpa Rossie. Malahan dengan yakin dan bersahaja dia mengangguk kepala. "Aku nampak...tapi boleh kau agak ni?"tanya dia sambil angkat tangan lalu mengopek  kulit di sideburn kanannya sambil memandang Noah.

Perlahan-lahan kulit yang dicubbit Hayden mengelupas dan terus membuatkan muka lelaki itu tertanggal dari wajahnya. Tindakan itu di perhatikan oleh semua orang di situ dengan tergamam. Mereka fikirkan Hayden salin kulit ke atau bertukar menjadi alien ke apa, rupa-rupanya

Muka sebenar dari balik topeng kulit sintentik itu mendedahkan empunya badan. Dan orang itu tak lain tak bukan adalah







🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now