Chapter : 34

1.9K 154 1
                                    

34

🌼🌼🌼

Dilupakan

Tak Tersimpan

🌼🌼🌼🌼🌼🌼




Dua minggu kemudia berlalu begitu sahaja sejak apa yang terjadi.

Tiada siapa yang tahu mengenainya.

Segala kejadian yang menimpa Rossie tidak disebarkan oleh Gabby, Gina dan Tania.

Sejak itu tempoh seminggu tamat, sejak itu geng Hayden tidak lagi berhubung dengan mana-mana rakan Rossie kerana Hayden yang melarang setelah Rossie meminta lelaki itu jauhkan diri dari mana-mana rakannya itu.

Little did she know, geng Hayden ada masa juga curi-curi intip dan berjumpa dengan sengaja rakan-rakan Rossie. Mungkin rindu atau telah tersuka tiada siapa tahu. Hayden tahu mengenai hal itu, tetapi dia tidak menghalang atau memberitahu Rossie. Apa dia pesan pada mereka adalah pastikan Rossie tidak tahu mengenainya.

Khabar angin mengenai kehilangan Ryan telah di tutup dengan pihak kolej atas kerjasama dekan atas permintaan Hayden. Disebabkan pengaruh Hayden kuat di kolej, maka tiada siapa berani hendak buka mulut atau bertanya lebih lanjut mengenai kehilangan Ryan. Apa yang mereka tahu Ryan telah berhenti belajar di kolej itu atas factor kewangan.

Ditambahkan lagi dengan gossip yang berlegar di seluruh kolej dimana Rossie dan Hayden mempunyai hubungan yang serius. Berita itu telah menggemparkan ramai scandal dan peminat Hayden sendiri. Mereka bagai tidak percaya kerana selama tiga tahun Hayden di situ lelaki itu tidak pernah ada hubungan yang serius dengan mana-mana gadis.

Semua orang dalam kolej tu sedia maklum akan sikap Hayden setiap kali ada hubugan akan berkelakuan seperti pasangan itu barang pakai buang.

Tapi mereka tidak tahu siapakah Hayden yang sebenarnya. Hanya penjenayah dan orang jahat sahaja yang mengenali latar belakang akan lelaki itu.

Di suatu hari yang indah dan cerah, segalanya di mulakan dengan kelas dan kuliah selama berjam lamanya. Lalu diikuti dengan makan tengah hari sebelum bersambung lagi akan kelas berikutnya. Para pelajar di kolej itu yang seperti robot, dengan automatic dan berjadualnya gerak ke dewan kuliah dan lakukan kerja mereka sebagai seorang pelajar.

Sama la dengan situasi yang di hadapi oleh Rossie dan Hayden.

Selaku barisan pelajar dekan di kolej, pelajaran tetap tidak diabaikan. Dari satu tugasan ke satu tugasan yang lain, dari kuiz kepada pembentangan projek kepada perbincangan kumpulan. Semuanya di lakukan dengan sebaik mungkin.

Seakan tiada apa-apa yang berlaku kehidupan berlangsung seperti sedia kala dan harmoni.

Namun disebalik tabir, hanya sesetengah mereka sahaja yang tahu!

Di bilik prep perbincangan, Rossie dan beberapa lagi orang pelajar dari kelas dia berkumpul untuk membuat perbincangan bagi projek akhir sebelum final exam mereka. Rossie, Tania, Noah dan Hayden termasuk sekali dalam kumpulan berjumlah 7 orang itu.

"Disebabkan final projek kita ni 60 peratus kita kena buat sepadat dan seringkas yang mungkin."aju ketua kumpulan di tepi sebelah kanan bulatan.

Mereka yang ada di sekeliling mengangguk kepala faham dan akur.

"Macam mana dengan tajuk 3 dan 5...saya rasa dia bersangkut paut.."suara Rossie berkumandang sesaat kemudian.

Hal itu buatkan ketua kumpulan dan semua di situ pandang ke Rossie. "Tak apa ke?Takut nanti kita tak sempat buat research..lagi pun tajuk 2 dengan 4 ni kita dah pernah ada intipatinya jadi tak susah sangat nak siapkan.."beritahu ahli kumpulan yang lain.

Tania di sebelah Rossie tekun meneliti kertas yang terisi dengan tajuk projek mereka. Dia sendiri pun berbelah bahagi. Nak ikut kata ketua kumpulan dia Nampak sangat la mereka ni nak cari jalan mudah je...kalau ikut kata Rossie susah pulak mereka nanti!

"Kalau macam tu kita buat undian la tajuk mana yang nak di pilih."sampuk Haydena yang bersilang kaki di kerusi sambil tunduk memandang skrin telefon. menaip dan meneliti sesuatu sejak perbincangan mereka di jalankan.

Terus terdiam semua orang dekat situ bila Hayden yang bersuara.

"Tak apa lah...kalau itu yang awak semua nak...kita teruskan saja pada pilihan 2 dan 4 tu..."ngalah Rossie serta merta bila Hayden cakap macam tu. Nanti apa pulak orang fikir pasal dia! Dah la semua orang bash dia sebab jadi teman wanita Hayden.

"Hayden cadang undi..kita undi je la.."kata Noah pula yang selesai meneliti butiran di kertas itu. "Kalau nak pilih tajuk yang ketua cadangkan tadi...Nampak sangat la kumpulan kita ni nak jalan mudah je selesaikan tugasan ni. Walaupun tajuk yang kau pilih tu susah...still kalau kita buat betul-betul rasanya bukan setakat 60 peratus je kita dapat.."

Kepala Tania tersentak. Dia pandang terkejut ke Noah kerana lelaki itu suarakan apa yang dia fikirkan sejak tadi. Seperti tahu-tahu Noah turut memandang ke arah dia. Buatkan mereka berdua saling bertentang mata untuk seketika.

Noah pandang Tania tapi tidak lama, beberapa saat kemudian dia palingkan kepala ke arah ketua kumpulan mereka.








🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now