Chapter : 15

2.4K 176 8
                                    

15

🌼🌼🌼

Legion Of The Concrete Jungle

🌼🌼🌼🌼🌼







Legion Of The Concrete Jungle nama yang diberikan kepada pusat bandar oleh mafia di situ. Tempat itu di kendali oleh sebuah organisasi bernama Montana Cartel, yang diketuai oleh Hayden. Tetapi keseluruh daerah di negeri itu diketuai oleh geng sekutunya. Menjadikan mereka geng mafia dan penjenayah yang kebal tidak tersentuh. Pihak berkuasa dan polis sendiri tidak berani hendak campur tangan dengan urusan mereka.

Malah tiada polis pun yang meronda di tempat itu kerana ianya dikawal ketat oleh ahli-ahli geng tersebut. Menjadikan Montana Cartel sebagai penguatkuasa dan orang yang mentadbir tempat tersebut. Ramai saja yang cuba ambil alih dengan mengadakan rampasan kuasa, tetapi ianya tidak semudah itu. Silap hari bulan tempat itu boleh jadi kawasan pertumpahan darah secara besar-besaran. Penjenayah kecil-kecilan pun tidak berani hendak buat perangai di situ. Balik-baliknya mereka akan berakhir menjadi anak buah dan konco geng di situ.

Seperti biasanya, pada waktu malam bermula jam 12 tengah malam, mereka yang bersembunyi dalam tanah akan keluar untuk mencari makan dan mangsa seterusnya. Begitu la ahli kumpulan Diaz Cartel geng bawah jagaan Izack dan Noah akan beraksi mengikut arahan ketua mereka iaitu Hayden.

Sejak kejadian yang berlaku terhadap Hayden lama dulu, mereka tidak pernah berhenti dan mengesan sesiapa sahaja yang cuba berlaku khianat atau pelan sesuatu di luar pengetahuan mereka. Dan sekiranya mereka dapat tahu, orang itu akan berakhir dengan maut.

Dua buah kereta mewah berenjin kuasa tinggi berhenti di hadapan sebuah premis tiga tingkat. Satu daripadanya keluarnya dua lelaki segak. Satu lagi kereta muncul tiga lelaki bersut hitam. Yang bertatu pada tangan dan belakang leher mereka.

Valet yang menjaga depan premis itu kejung di tepi tiang itu apabila menyedari siapakah yang datang. Tidak sempat hendak berbuat apa-apa, seorang dari mereka berarak laju ke arahnya dan mengacu pistol tepat di jantungnya.

Baki yang lain mengekang bodyguard yang berjaga di depan pintu masuk itu. Dengan mudah mereka jatuhkan dua pengawal di situ hingga tidak sedarkan diri.

            "Bos kau ada dekat dalam?"tanya Izack saat menyedut asap dari puntung rokoknya.

Noah pandang sekeliling sewaktu mengunyah gula-gula getah di dalam mulut. Menonjolkan lagi penampilan samsengnya.

             "Ada.."jawab valet itu dengan cemas.

              Sambil tersengih, Noah pandang valet itu. "Blah..tinggalkan tempat ni dengan senyap. Jangan bagi tahu sesiapa."beritahynya.

Valet itu mengangguk kepala dengan laju. Dia takut-takut menjauh dari hujung pistol dan larikan diri.

Bersama derap langkah yakin mereka, Izack, Noah dan tiga lagi pengikutnya masuk ke dalam kendang ahli kongsi gelap yang dikatakan melakukan perjumpaan dengan ketua geng dari Barat. Kalay Hayden yang panggil buat perjumpaan, boleh pulak tolak!Kalau dengan orang lain laju je berjumpa!

Mereka nak tahu apa yang berlaku, sebab itu mereka ke situ.

Sebaik saja tiba di tingkat tiga, mereka berlima di sambut oleh anak buah yang kebetulan berdiri di koridor tersebut. Dan anak buah itu cuba menghalang mereka, tapi tidak Berjaya. Hanya sekali tolak sahaja mereka berlima sudah Berjaya masuk ke ruangan pejabat di situ dan berhadapan dengan lelaki gemuk di belakang meja tersebut.

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now